Senja di Sungai Merbok

Senja di Sungai Merbok

Terpaksa pulang ke rumah awal hari ini (Khamis, 2 Jun) kerana anak aku, Dana, berada di rumah seorang diri. Buat pertama kali setelah sekian lamanya, aku dapat menyaksikan keindahan alam ketika matahari sedang terbenam di ufuk barat. Pemandangan dari jambatan yang merintangi Sungai Merbok sungguh mempesonakan. Segala puji bagiNya yang Maha Indah dan Maha Pencipta.

Sayang sekali kerana aku tidak bawa kamera. Betapa aku inginkan kehidupan yang normal kembali seperti orang lain. Alahai...



posted by: Embunpagi (reply)
post date: 06.02.05 (4:16 pm)

Betapa suasana saperti itu akan kita nikmati lagi , setelah berhijrah mencari sesuap nasi demi menyambung kehidupan warisan.

Sesekali pulan gkekampong tidak sama sapeti satu waktu dulu, tika kita boleh bermain di antara lelaki dan perempuan tanpa ada nafsu meredah sungai , kampong ke kampong, dusun ke dusun....

keseronokan yang tidak akan berulang lagi....



posted by: senja (reply)
post date: 06.17.05 (1:42 am)

Memang indah alam ciptaan Tuhan..

InsyaAllah.. moga kehidupanmu lebih baik dari semalam.. moga diberkati dan dirahmati Allah..

Lama akak takjenguk kesini.. maklumlah.. sebuk bermain ngan cucu jer..




posted by: krismann (reply)
post date: 06.29.05 (7:59 am)

Reply to: Embunpagi
Tidak mungkin dapat kita lalui semula saat-saat gembira tanpa dosa itu.



posted by: krismann (reply)
post date: 06.29.05 (8:01 am)

Reply to: senja
Sudah dapat cucu rupanya, Kak Senja! Ini yang pertama?

Your Name:


Your Comment: