Hitam-Hitam Si Tampok Manggis
04.28.05 (2:21 am) [edit]
Musim buah sudah bermula di kampung aku. Buah bacang dan kuinin, tanda bermulanya musim buah-buahan, sudah mula berkurangan. Selepas ini ia akan di ikuti oleh buah-buah kayu yang lain.
Aku geram sebab tahun ini kuinin dari pokok kami hampir semuanya dijangkiti ulat. Ada aku sebut kepada ibuku tentang ulat-ulat ini. Seperti kebanyakan orang tua-tua yang bijaksana, dia memberitahu aku, "Buah bacang, mangga dan kuinin tidak boleh dijolok dengan galah. Buahnya akan dimakan ulat pada musim-musim berikutnya."
"Siapa pula yang kait buah ini dengan galah?" aku bertanya. "Akulah!" jawab ibuku ringkas. Itulah keistimewaan menjadi orang tua-tua -- mereka tidak perlu dengar pesan orang tua-tua.
Aku nampak buah manggis sudah mula dijual di tepi-tepi jalan. Rupa-rupanya orang Barat sudah mengetahui khasiat buah ini. Mereka telah membuat jus dari isi dan kulit buah [i]the Queen's Fruit[/i] (kerana Ratu Victoria sangat menyukainya) dan memasarkannya [url=http://www.xango.net]secara komersial![/url]

Mengikut [url=http://www.mangosteenplus.org...]kajian[/url] mereka, terdapat [i]xanthones[/i] di dalam buah ini yang berkesan untuk menjaga kesihatan, terutamanya untuk membantu kelenturan sendi, meransang keseimbangan mikrobiologi, mengekalkan kesihatan sistem immuniti dan memberikan sokongan yang positif kepada minda.
Memang kita sendiri telah lama menggunakan buah ini untuk mengawal "kepanasan" badan, mengubati cirit-birit dan lain-lain lagi. Agaknya bila pula ada usaha untuk membotolkan jus ini dan memasarkannya sebagai [url=http://www.bettermangosteen.c...]minuman kesihatan[/url] .
Ketika harganya jatuh tahun lepas, buah ini disepak dipijak sahaja di bawah pokok. Sampaikan kalau ada orang nak beli pun kena panjat sendiri. Dan semua ini menbuat aku teringat kepada [b]Abdul Wahab Ikhsan[/b]. Mana engkau, Wahab?

posted by: tiff (reply)
post date: 04.28.05 (7:45 am)
siapa tue abdul wahab ikhsan? ermmm salah satu daripada tiga abdul dalam citer p ramlee tue ker
posted by: ziemash (reply)
post date: 04.28.05 (7:01 pm)
hahaha tiff :p
nampak pic manggis tu, rasa mcm teringin pulak. tapi yg beli rasanya tak la se`umph' yg tanam & petik sendiri dari pokok
posted by: SM (reply)
post date: 04.29.05 (4:54 am)
Kri, Auwat yang hang lepas makan manggis tiba-tiba teringat kan Abdul Wahab Ikhsan. Nanti aku mailkan e-mail dia
posted by: krismann (reply)
post date: 04.29.05 (10:57 am)
Jus Manggis tengah hot sekarang nih, SM! Dan Wahab ada sumber untuk mengkomersialkannya, dah jemu aku asyik makan Jem Manggis jer...
posted by: anasalwa (reply)
post date: 05.08.05 (7:54 am)
kri,
Saya memang suka buah manggis. Musim manggis habis baju saya kena getah manggis. Nampaknya tahun ini tak adalah jem buah manggis buatan aruah Mak saya.
posted by: krismann (reply)
post date: 06.29.05 (8:10 am)
Reply to: anasalwa
Kesiannya dia. Aku rasa ada kot jem manggis yang dipek secara komersial. Kira OK ler tu.
posted by: adhimas (reply)
post date: 03.21.07 (1:11 am)
kula menika pancen tresna kalian manggis.Kula nyuwun data sing detail tentang manggis !!!!!!
posted by: zainon (reply)
post date: 07.04.07 (12:47 am)
betul ke juice buah manggis boleh mengubati
kanser payudara
posted by: zainon (reply)
post date: 07.04.07 (12:49 am)
betul ke juice buah manggis boleh mengubati
kanser payudara
posted by: Richard (reply)
post date: 09.11.07 (12:45 am)
Balas Zainon- Ada contohan dan testimonia di mana penyakit kanser dapat di kawalkan Tapi takda la 100% jaminan oleh sebab tahapinmume badan individu ada la berlainan.
Dgn minum Xangosteen sebelum dan selepas Chemo terapi, kita juga dapat mencepatkan proses pemulihan badan kita.
SMS 012 711 1182 utk keterangan lebih lanjut.