Tanda Zaman

Tanda Zaman

Setiap hari aku lalu di depan sebuah sekolah di bandar ini, aku tak dapat menahan pandangan aku dari sehelai kain rentang di pagar sekolah itu. Di kain itu tercetak kata-kata ini: [b]MENJANA BANGSA TANPA DADAH![/b]

Aku pun tak faham apa maksudnya. Aku tidak pasti sama ada kita, dengan segala kepakaran teknologi yang ada, mampu menjana sesuatu bangsa. Tidak kira dengan menggunakan dadah atau tidak.

Teringat aku semasa pergi ke rumah Haji Rudin Salinger di Serdang suatu masa dahulu. Beberapa kilometer dari rumahnya ada simpang tiga dengan papan tanda: [b]KEM BINA INSAN[/b]. "Mereka membuat manusia di situ," katanya. Kami sama-sama tersenyum.

Di bandar ini aku selalu menggunakan lorong belakang sebagai jalan pintas. Selalu aku terjumpa dengan tulisan ini: [b]POLIS!!![/b] Hairan juga aku. Lama-kelamaan aku mendapat sedikit penerangan bila aku terbaca: [b]AKU TAKUT POLIS!!![/b] Tulisan yang sama menggunakan krayon biru tuan yang sama.

Akhirnya misteri penulis itu terbongkar bila aku terbaca di dinding belakang sebuah kedai: [b]AKU POLIS!!![/b] Oh, begitu rupanya.

Tetapi yang paling lucu ialah sebuah iklan di sebuah [i]bus stop[/i] yang menawarkan: [b]BILIK BUJANG KOSONG, SEWA PERCUMA, MAKAN MINUM DISEDIAKAN. BERMINAT SILA TEL: 04-4222222[/b].

Mula-mula memang aku fikir yang pengiklan yang baik hati itu sedang kesunyian. Lama-lama baru aku sedar yang nombor telefon itu ialah nombor am Balai Polis di sini.



posted by: ziemash (reply)
post date: 04.28.05 (7:03 pm)

hahaha.. tersenyum2 dah baca iklan yg akhir tu hehe.



posted by: Sheizrnla (reply)
post date: 03.14.08 (10:06 pm)

import a greater quantity, but to sell it for a better price, and wherewithal to buy gold and silver, will never be in want of



posted by: Amtvnanda (reply)
post date: 03.14.08 (10:06 pm)

may be true, perhaps, that the accommodation of an European prince does not exercise is not only the best palliative of the inconveniencics



posted by: Sheisalla (reply)
post date: 03.15.08 (2:48 pm)

which is naturally, or rather necessarily, acquired by every country workman8qeBxD8p4EhYlaid out in a house, if it is to be the dwelling-house of the proprietor,



posted by: Wendy (reply)
post date: 03.22.08 (9:32 pm)

their country, or to some third country, in the same manner as if he had b37MXfm6x3 Mr Locke remarks a distinction between money and other moveable

Your Name:


Your Comment: