Pos Tak Laju
04.23.05 (12:39 am) [edit]
Baru-baru ini aku ke Pejabat Pos untuk mengepos bungkusan kepada adik aku yang berada di Simpang Rengam. Dia memesan sepasang seluar nelayan yang menjadi fesyen di Singapura dan Johor sekarang. Di tempat aku ramai nelayan memakainya ketika pergi ke laut; aku sendiri memakainya ketika tidur.
Semasa aku sampai ke Pejabat Pos, hari sudah petang lebih kurang pukul empat lebih. Aku lupa mengikat bungkusan itu dengan tali jadi aku bertanya kepada petugas kaunter jika dia mempunyai seutas tali yang boleh aku gunakan. Memang mereka tidak pernah menyimpannya, jadi kenalah aku ke kedai untuk membelinya.
Petugas itu, seorang yang sudah separuh umur dan beruban penuh di kepala, memberitahu yang waktu pungutan telah berakhir. Bungkusan aku itu tidak akan ke mana-mana hari itu, dia memberitahu aku. Maksudnya, walaupun aku keluar membeli tali dan mengikatnya, seluar adik aku itu akan tidur di Pejabat Pos itu sahaja. Tak payahlah aku susah-susah lari sana, lari sini.
Ini bukan satu kecemasan; aku yakin adik aku mempunyai seluar lain yang boleh dipakai sementara bungkusan ini sampai. Tak mengapa, aku cakap, jalan besok pun tak apa. Dia berhenti menulis entah apa yang ditulis dan mengangkat kepalanya. Besok cuti hujung minggu, katanya dengan nada membeku tanpa emosi. Barulah aku sedari yang dia memang tidak berminat untuk menerima bungkusan aku hari itu.
Kehadiran aku dan bungkusan aku mengganggu
ketenteramannya. Buku daftarnya telah ditutup untuk hari itu. Hari itu adalah hari kerja yang sibuk baginya dan dia dah tak sabar nak pulang ke rumah. Maklum, dia juga mempunyai anak isteri.
Aku pun mengambil bungkusan aku dan berjalan keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepadanya. Sedikit pun aku tidak berasa terhutang budi kepadanya terhadap layanan mesranya itu.
Perkhidmatan pos telah diswastakan tetapi masih ada kakitangannya yang menganggap pelanggan yang membawa bisnis sebagai beban.

posted by: tiff (reply)
post date: 04.22.05 (4:22 pm)
ermmm tue ler salah satu sebabnyer ngapa aku tak suka berurusan dengan kakitangan kerajaan.... maklum ler aku nie high blood pressure he he he
posted by: mimi (reply)
post date: 09.27.06 (11:22 pm)
nak buat macamana...sabar jer laaaaaaaa....