Deja Vu, Pak Ngah!
04.22.05 (2:15 am) [edit]
Dah dua tiga malam aku makan malam pada pukul dua tiga pagi. Jadi, malam semalam aku keluar awal sedikit, lebih kurang dalam pukul 11:00.
Sampai di kedai si Syakira, aku terus pesan Nasi Daging Merah dan mencari meja yang kosong. Aku ternampak Pak Ngah Laksa, seperti kebiasaannya, duduk lepak-lepak di hadapan TV selepas habis berniaga dan sebelum pulang ke rumah. Aku pun duduk semeja dengannya, ada juga teman berborak sambil makan-makan.
Ada sesuatu mengenai Pak Ngah yang terngiang-ngiang di belakang kepala aku tetapi aku tak berapa ingat ketika itu. Sambil duduk aku bertanyakan cerita apa yang sedang ditonton. Cerita karut, katanya. Terlalu banyak sampah sarap di TV sekarang.
Kalau di rumah, sambung Pak Ngah, dia tak akan benarkan anak-anaknya menonton semua ini. Dia mahukan ketenangan dan keamanan ketika berada di rumah. RTM pula berniat jahat dengan menyiarkan siri drama pada waktu Maghrib, Pak Ngah berceramah lagi.
Eloklah tu, aku berkata di dalam hati. Awak lepak di depan TV di kedai kopi sampai habis siaran, tetapi ketika di rumah awak kuatkuasakan Akta Penapisan Filem sendiri!
Ketika makanan aku sampai, baru aku sedar kesilapan aku. Rupa-rupanya itulah yang cuba diberitahu oleh akal fikiran aku ketika mula-mula duduk tadi! Pak Ngah ialah seorang yang tidak pernah puas hati dengan apa yang
berlaku di dunia ini.
Itu tak kena, ini tak kena dan dia bukanlah teman makan semeja yang sesuai. Dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku kepada aku. Tetapi nampaknya sudah terlambat dan tidak sopan untuk aku menukar meja ketika itu.
Aku cakap pada Pak Ngah yang alat kawalan jauh itu ada di tangan masing-masing. Stesen TV tidak pernah memaksa kita untuk menonton tayangan mereka. Dia tidak boleh terima alasan itu, Nasi Daging Merah aku pun mula rasa macam tak sedap sahaja.
Cepat-cepat aku habiskan makanan dan minuman yang dipesan sementara Pak Ngah beralih dari topik sosej dicemari khinzir kepada tindakan JAKIM di kelab-kelab malam hinggalah kepada tabiat anak-anak Melayu [b]melepak[/b] :roll: hingga larut malam. Banyak benar komplennya.
Habis makan, aku ke kaunter Syakirah dan membayar harga makanan aku lalu bersegera pulang ke pejabat. Pak Ngah masih duduk di meja sambil menonton TV. Hanya dia yang dapat menyelamatkan negara ini dari keruntuhan. Dunia ini memerlukannya. Lain kali aku akan duduk di meja lain, jauh darinya.

posted by: tiff (reply)
post date: 04.22.05 (4:24 pm)
ie, klu dier dah asyik melepak kat kedai syarikah tue.. camner dier tahu yang anak dier tue tak nonton tv... dier ader tropong sakti ker? he he he
posted by: Orla (reply)
post date: 04.22.05 (6:46 pm)
Aik.. Makan malam 2-3 pagi? Tu makan sahur tu..habis sarapan pagi, makan tengahari jam berapa eh? Tiff....kesiannya dia...
posted by: kris (reply)
post date: 04.23.05 (2:27 am)
Reply to: tiff
Bila dia balik ke rumah dia tak kasi orang lain buka TV. Dia nak peace & quiet katanya.
posted by: kris (reply)
post date: 04.23.05 (2:28 am)
Reply to: Orla
Tu ler tu, Orla. Kesian dia kan?