Pin Tokcik Hashim
03.22.05 (9:55 pm) [edit]
Musim kemarau sekarang mencapai kemuncaknya dengan terjadinya [i]equinox[/i] semalam. Harap-harap selepas ini kemarau akan beransur pergi. Sawah ladang yang kering kontang sudah lumat dibajak menunggu diisi air supaya tanahnya dapat diputar sekali lagi hingga menjadi lumpur dan benih-benih baru dapat diserak.
Banyak pokok-pokok durian yang sedang berbunga di dusun mati kekeringan. Mereka yang mempunyai sumber air boleh menyiram bumi untuk memastikan pokok-pokok durian mereka terus segar. Tetapi kebanyakan pemilik dusun hanya boleh mengharapkan hujan yang lebat supaya dusun-dusun mereka kembali bermaya. Apa pun, tuaian tahun ini nampaknya tidaklah begitu mengembirakan kami di kampung.
Begitulah halnya dengan orang-orang kampung. Kami gembira syukur ketika dilimpah kesenangan dan mengetapkan gigi menahan perit ketika dilanda kesusahan. Seperti Pin Tokcik Hashim yang kehilangan sebelah kakinya ketika menjadi kelindan mesin menuai beberapa musim yang lalu. Aku selalu mendapat semangat dan motivasi baru setiap kali aku melihat Pin.
Pin sedang mengawasi operasi sebuah mesin menuai di sawah beberapa tahun lalu apabila lubang penerima tangkai padi yang baru dituai menjadi tersumbat. Dia cuba membantu dengan menolak tangkai-tangkai padi yang tersumbat itu dengan kakinya. Jentera itu berjalan semula dan menangkap kaki kirinya masuk ke dalam.
Dalam kesakitan dan panik itu, dia masih dapat berfikir dan berpaut di bibir peti penerima tangkai padi itu sambil menggunakan kaki kanannya untuk menahan dirinya daripada dibaham oleh mesin sepenuhnya. Jeritannya meminta tolong ditenggelami deruman mesin menuai rasaksa itu dan pemandu jentera itu terus menjalankan tugasnya tanpa menyedari keadaan Pin di atas.
Entah bagaimana pemandu itu terdorong untuk menoleh ke atas dan baru ternampak jari-jari Pin di bibir tong penerima tangkai yang semakin lemah pegangannya. Dia menjadi panik dan takut apabila melihat keadaan Pin yang berlumuran darah dibaham oleh mesinnya sendiri. Setelah mematikan enjin jentera itu dia berlari beribu meter ke tepi jalanraya untuk mendapatkan pertolongan.
Ketika bantuan tiba, semua isi kaki kirinya telah diraut oleh mesin itu dari atas paras lutut. Dia segera dibawa ke hospital dan kakinya terpaksa dipotong. Dan bermulalah kehidupan Pin sebagai seorang cacat anggota.
Apa yang menarik dan memberangsangkan tentang Pin ialah dia tidak mahu menggunakan kaki palsu walaupun ia dibekalkan oleh pihak hospital. Selepas keluar hospital dia belajar menaiki basikal semula dan menggunakannya untuk kembali ke sawah. Kemudian dia membiasakan diri menunggang motosikal dan boleh membawa isterinya, Mek, yang membonceng di belakang.
Ramai orang kampung yang menegur Mek tentang risiko yang dihadapinya dengan membonceng motosikal yang dipandu oleh suaminya yang berkaki sebelah dan menukar gear dengan membongkok dan menggunakan tangan. Jawapan Mek mudah dan mencerminkan sikap kebanyakan wanita kampung, "Dia suami aku!"
Pin menggunakan motosikal Suzuki yang boleh dihidupkan ketika berada di dalam gear, dan dia berpaut pada tiang rumah atau batang pokok untuk menendang alat penghidupnya. Motosikalnya sentiasa berada di dalam gear dua, jadi ia bergerak secara perlahan dari mula. Kini dia menggunakan skuter yang bergear automatik, hasil pakatan anak-anak yang sudah jemu melarangnya dari menunggang motosikal.
Apa yang lebih mengkagumkan ialah Pin dapat bersolat seperti orang biasa yang cukup sifatnya -- berdiri, roko' dan bangun semula dari sujud di atas satu kakinya! Di bulan Ramadan, dia mampu menghabiskan seluruh bilangan raka'at solat tarawih tanpa perlu bersolat sambil duduk seperti yang diharuskan untuk orang yang kurang upaya. Kini dia semakin berumur dan mengambil tempat di tepi dinding kalau-kalau dia letih mengimbangkan diri ketika solat tarawih, tetapi dia tetap berdiri seperti makmum lain.
Begitulah cerita Pin Tokcik Hashim. Kita boleh mengharungi hidup ini dengan menyalahkan segala kekurangan kita untuk meraih simpati orang lain. Atau kita boleh memilih untuk bangkit dari segala kekurangan itu dengan megah dan berani untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain seperti Pin. [b]Hanya sikap yang dapat menentukan tahap seseorang[/b].

posted by: senja (reply)
post date: 04.06.05 (5:15 pm)
assalamualaikum.. pekaba kris.. lama akak tak jenguk blog kris.. bila baca kesah Pin ni akak rasa sedih ada.. ngeri ada.. kagum pun ada.. semangatnya begitu kuat untuk hidup seperti orang biasa..
takdapat akak gambarkan ketika dia menerima musibah kakinya di baham mesen padi tu.. ngeri betul ..
posted by: amoi (reply)
post date: 04.13.05 (6:58 am)
Alangkah bahagianya dunia ini jika semua Melayu mempunyai ciri-ciri berani sebagaimana Pin.
Ingin rasanya aku bawa cerpen ini dan ajarkan kepada anak-anak muridku yang tak ngerti akan kesusahan dan keperitan.
Mudah benar mereka menyalahkan ibu bapa dan guru , lantas mengambil dadah untuk bersenang-senang.
Haram jadah punya budak-budak sekarang.
amoi.tblog.com