Menarilah
03.06.05 (1:02 am) [edit]
Aku menonton "Shall We Dance?" semalam. Selain daripada lagu dan tarian yang menarik, ada satu adegan yang sangat menyentuh hati aku iaitu pengakuan John Clark (Richard Gere) kepada isterinya.
John memberitahu isterinya yang dia bangga kerana telah dapat memberikannya kegembiraan sepanjang perkahwinan mereka. Tetapi dia sendiri tidak bahagia dengan kehidupannya dan dia tidak dapat memberitahu isterinya kerana mahu menjaga hati isterinya.
[i]Sounds familiar?[/i] Tidakkah kebanyakan kita berada di dalam situasi ini? Jika anda bahagia, tidak semestinya pasangan anda juga bahagia. Mungkin dia menderita dalam senyap-senyap demi membahagiakan anda. Mungkin ada perkara yang dia tidak suka lakukan tetapi digagahi juga kerana ia mengembirakan anda. Mungkin ada perkara yang anda lakukan dia tidak suka tetapi ditolenransi juga kerana ia membahagiakan anda. Begitulah juga sebaliknya, pernahkah anda memerhati atau anda hanya pentingkan kebahagiaan sendiri?
Jika anda gembira, adakah dia juga gembira? Jika dia telah membahagiakan anda, adakah anda juga telah membahagiakan dia?

posted by: tiff (reply)
post date: 03.05.05 (9:12 pm)
so kris, ko bahagia tak?
posted by: SM (reply)
post date: 03.07.05 (2:26 am)
Kri, pernah dengar ini? Bahagia kerana membahagiakan orang lain, sudah selalu kan! Tapi kalau menderita kerana membahagiakan orang lain, itu hipokrasi namanya, kalau tak suka jangan buat. Menderita tidak boleh di terima, penat dan letih sampai mengigau-ngigau, termimpi-mimpi mungkin. Kita harus bergembira kerana membahagiakan orang tersayang, hilai tawa, senyuman mereka akan mengubat penat lelah kita. Itu lah berkorban namanya. Gunungkan didaki, selat diharungi, berkorban apa saja ....Jawab Kri jangan tak jawab! soalan cepumas tu!
posted by: amoi (reply)
post date: 03.07.05 (5:11 am)
Ada orang bahagia
walaupun orang lain lihat tak bahagia
Ada orang miskin tapi bahagia
Orang kaya belum tentu bahagia
Anak sikit mungkin bahagia
Anak ramai lagilah bahagia
Prameter bahagia belum tercipta
amoi.tblog.com
posted by: krismann (reply)
post date: 03.07.05 (5:33 am)
Reply to: SM
Begitulah, SM. Ada mazhab kata hipokrisi; ada mazhab lain kata devotion dan tanggungjawab. Ada yang terperangkap dengan keadaan. Ada juga mazhab yang kata cinta dan anggap semua itu pengorbanan. Apa-apa pun, aku sokong Carlos Santana: Make somebody happy!
posted by: krismann (reply)
post date: 03.07.05 (5:34 am)
Reply to: tiff
Kenapa aku yang selalu dapat soalan yang susah-susah?
posted by: krismann (reply)
post date: 03.07.05 (5:36 am)
Reply to: amoi
Ini satu parameter: Don't worry, be happy.
posted by: tiff (reply)
post date: 03.07.05 (9:47 pm)
ala kris.... aper susahnyer soklan tue.... senang jer... ko jawab YA atau TIDAK tue jer :-)
posted by: ziemash (reply)
post date: 03.08.05 (4:15 pm)
a'a kris.. jawab je. na'am @ la hehe.. tapi bila kita mampu buat org lain bahagia.. sekurangnya rasa bahagia tu akan terpercik jugak kat kita walau sikit.
posted by: krismann (reply)
post date: 03.10.05 (5:21 am)
Ya, Yes, Na'am, Ji ha,
aku gembira, aku bahagia!
posted by: ianz (reply)
post date: 03.12.05 (5:57 pm)
ian dah tengok citer nie jugak...the dance step are so fantastic man...i love it