Aku Dirasuk!

Aku Dirasuk!

Aku berada di dalam sebuah majlis pemujaan; bukan sebagai peserta tetapi hanya pemerhati. Di dinding-dinding di situ terdapat lakaran muka-muka dewa yang menakutkan. Aku melihat para peserta berlari ke sana ke mari seperti orang yang dirasuk hantu. Mereka bergerak seperti robot tanpa kawalan dari dinding ke dinding dan berhenti sejenak seperti memberi penghormatan kepada apa yang diwakili oleh lakaran-lakaran ngeri tersebut.

Dalam kehairanan terhadap tingkah laku mereka ini, aku merasa seperti ditarik ke arah mereka. Aku panik dan cuba melawan tetapi sedikit demi sedikit aku merasa diriku seolah diresapi oleh sesuatu kuasa yang tidak aku mengerti. Akhirnya seluruh badan dan pemikiran aku hilang kawalan dan aku menyertai mereka seperti zombie; berlari ke sana ke mari dari dinding ke dinding dan merenung bertafakur kepada muka-muka dewa yang terlakar di dinding-dinding tersebut. Dan aku yakin muka-muka ngeri itu merenung aku kembali dengan pandangan yang menyenangkan.

Akhirnya para peserta pesta gila ini termasuk aku sendiri diletakkan di dalam sebuah bas untuk dibawa ke tempat lain. Semua penumpang masih berada di dalam rasukan dan dengan rela mengikut sahaja seperti ayam daging yang mahu dibawa ke pasar. Aku berfikir mungkin kami seisi bas akan dijadikan korban untuk menyenangkan dewa-dewa itu. Aku gelisah tentang kesudahanku dan mula melawan untuk mendapatkan semula kawalan diri. Aku mengembeling segala tenaga yang ada dan cuba melawan kuasa yang merasuki diri dan pemikiranku.

Aku meronta dan bertempik, "Get me down now! I don't wanna go!" (Ya, siap cakap omputih lagi) Ketika itu aku mendengar pemandu bas berkata, "Siapa tadi yang nak turun kat Sungai Buluh tu boleh turun di sini. Selepas ini tak ada tempat rehat lagi." Aku bingkas bangun, ucapkan terima kasih kepadanya dan bergegas turun mengambil beg pakaian aku dari dalam perut bas tersebut. Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari zombie-zombie ini.

Selepas bas itu bergerak ke selatan, baru aku perasan yang aku mengigau teruk ketika tidur di dalam bas tadi. Aku harap aku tidak apa-apakan penumpang di sebelah aku tadi. [u]Aku juga terperasan yang aku telah turun di tempat yang salah[/u]. Aku sebenarnya mahu turun di Restoran Jejantas Sungai Buluh untuk bertemu seorang kawan, bukannya di Rehat & Rawat Sungai Buluh ini, cis!!!

Aku berjalan ke salah sebuah wakaf yang ada di situ, ambil wudhu dan solat subuh. Selepas solat, aku berbaring sekejap dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah aku sekarang: Macam mana aku nak ke Restoran Jejantas Sungai Buluh itu dari sini? :evil:



posted by: senja (reply)
post date: 02.12.05 (6:20 am)

ya Allah.. akak ingat betul betul lah kena rasuk..

patut lerr.. siap boleh naik bas lagi.. mimpi rupanya..

ciss! tipah tertipu bang..




posted by: tiff (reply)
post date: 02.13.05 (3:50 am)

ler.... kuar dari pertapaan trus jer mengigau? btw, hang pi dating ka kat jejantas sungei buluh tue? he he



posted by: kris (reply)
post date: 02.13.05 (4:14 am)

Reply to: senja
Mimpi ngeri, senja. Harap2 orang sebelah tu tak terkena pukulan siku 12 saya, ha! ha!



posted by: kris (reply)
post date: 02.13.05 (4:18 am)

Reply to: tiff
Kan semua orang suruh aku cari kat selatan, jadi aku pergi ler. Tak der pong :-(



posted by: tiff (reply)
post date: 02.13.05 (5:36 am)

incik krismann sungei buloh tue ditengah no bukan selatan cik abang oooiiii



posted by: senja (reply)
post date: 02.15.05 (7:09 am)


betul tu tiff.. sungai buluh tu maseh ditengah.. jauh lagi nak ke selatan..

patutnya kris.. hang kena naik bas tu balek.. sambung mimpi lagi.. baru lah boleh sampai di tanjung puteri..

Your Name:


Your Comment: