Aku Mungkir Janji

Aku Mungkir Janji

Baiklah. Aku mungkir janji. Aku sepatutnya bercuti dari [i]blogging[/i] selama sebulan tetapi aku kembali kerana Tahun Baru 2005 dan Bencana Tsunami. Aku berfikir dua belas hari dua belas malam sebelum membuat keputusan untuk kembali ke sini; aku seorang pemikir yang lembab, OK? Selepas ini aku akan kembali ke pertapaan aku.



Pertamanya aku ingin mengucapkan [b]Selamat Tahun Baru 2005[/b] kepada semua pembaca blog Kata Mereka ini. Tentu anda semua telah mengkaji semula resolusi tahun lepas dan membuat resolusi baru untuk tahun ini. Resolusi tahunan ini samalah seperti menetapkan matlamat dan matlamat tanpa tarikh pencapaian hanyalah angan-angan kosong. Jadi tetapkan resolusi anda dan tetapkan tarikh ia dijangka menjadi kenyataan, kemudian barulah berusaha ke arah pencapaiannya. Boleh gitu?

Harap-harap ada di antara resolusi anda yang melibatkan peningkatan jasa baik terhadap orang lain. Pada peringkat kerohanian, dikatakan jika seorang hamba melangkah setapak ke arah Tuhan, Tuhan akan sepuluh tapak lebih rapat mendekatinya. Pada peringkat separa-sedar, amalan dan ingatan baik adalah sebaran tenaga positif yang akan berganda-ganda kembali kepada penyebar asalnya. Jadi tidakkah pada peringkat keduniaan ia juga begitu? Lemparkan sebuah senyuman dan seluruh dunia akan ikut tersenyum kepada anda. Berikan sangkaan baik kepada orang lain dan anda akan menerima belas kasihan berlipat ganda dari orang-orang di sekeliling.

Jadi, lakukan sesuatu yang baik hari ini. Sayangi seseorang. Gembirakan seseorang. Lambai kepada murid-murid di dalam bas sekolah. Usapi kepala seseorang anak kecil. Kemudian perhatikan bagaimana perasaan gembira anda sendiri meningkat secara mendadak. [i]You feel good, baby![/i] Itulah kuasa pantulan tenaga yang positif. Tak susah pun 'kan?



Bercakap tentang amalan baik, buatlah apa yang termampu untuk membantu mangsa-mangsa bencana Tsunami yang malang itu. Paling tidak, doakanlah kesejahteraan mereka yang terselamat dan hadiahkan bacaan ayat-ayat suci kepada mereka yang tidak. Jika anda ke [url=http://www.geocities.com/manw...]Kri's Chronicles [/url] anda akan tahu yang Singkir, kampung aku, juga berada dekat dengan laut. Kota Kuala Muda, salah satu tempat yang paling teruk dilanda ombak Tsunami berada tidak berapa jauh ke selatan dari sini.

Tidak terkecuali, muara Sungai Singkir juga telah dilanda Dan Kami menerima pukulan Tsunami di kuala Sungai Singkir di Singkir Laut. Banyak bot-bot nelayan yang rosak. Tetapi apa yang menyayat hati ialah nasib yang menimpa sahabat aku, Imam Masjid Kariah Singkir Laut. Dia telah turun ke laut pada hari kejadian dengan seorang kawan yang lain. Nasib baik anaknya yang berumur 11 tahun tidak ikut serta.

Ketika mereka di tengah laut memasang pukat mereka ternampak ombak besar itu menerpa ke arah mereka. Dengan tergesa-gesa mereka menarik pukat naik ke dalam bot dan berkejar pulang ke pantai. Ombak besar itu lebih laju dari bot kecil mereka dan dalam perjalanan bot mereka dihimbau ke pantai ke arah bot-bot nelayan lain yang terikat di muara sungai. Mereka terpaksa menyelam untuk mengelakkan diri dari berlanggar dengan serpihan bot-bot pecah ketika alunan ombak itu melantun dari pantai ke laut semula.



Di dalam kelam kabut dan keadaan cemas itu Tuan Imam sahabat aku ini terperangkap ke dalam rumpunan karang batu di mana sekumpulan ikan sembilang sedang berteduh dari asakan gila Tsunami itu. Sahabat aku ini telah disengat dengan sengit oleh kumpulan ikan sembilang itu di kebanyakan bahagian bawah badannya. Aku diberitahu sampaikan anunya pun disengat ikan berbisa itu! Anda tentu tahu tentang bisa sengatan ikan sembilang.

Apabila ombak itu reda mereka berdua pun berenang ke pantai. Air laut ketika itu pekat dengan lumpur dan berenang ke pantai memerlukan kekuatan yang banyak. Dia akhirnya diselamatkan oleh orang-orang kampung dan dinaikkan ke pantai dan terus dibawa ke hospital. Syukur, dia selamat dan kini dapat berjalan sendiri.



posted by: tiff (reply)
post date: 01.16.05 (12:48 am)

ermmm quite a disaster...



posted by: SM (reply)
post date: 01.17.05 (11:55 pm)

Kri, Hang OK no..Bagus lah, aku tanya Che' Jatt, dia Khabaq dia pun tak tau, ramai yang tanya aku, aku pun Khabaq aku tak tau, dah lama hang tak memblog. Jangan lah tiggalkan blog tu lama-lama, nanti peminat lari, tapi tak apa, ada juga yang masih setia. TST. Bila mai KL kita buat doa selamat



posted by: Bodger (reply)
post date: 01.18.05 (5:56 pm)

Alhamdulillah hang ok..kalau ke Shah Alam carilah aku.



posted by: amoi (reply)
post date: 02.03.05 (8:00 am)

Tsunami sebenarnya
alunan air biasa
meruntun kepercayaan nurani
menghimbau masa lalu
merangkak pergi



posted by: krismann (reply)
post date: 02.12.05 (6:02 am)

Reply to: amoi
Syahdunya amoi.

Your Name:


Your Comment: