Panggilan Pulau :: Bahagian Terakhir

Panggilan Pulau :: Bahagian Terakhir

Sabtu lepas sepatutnya aku ke Langkawi untuk memancing bersama kawan-kawan dan kalau ada kelapangan, mungkin aku boleh pergi intai-intai Mahsuri misteri tu sekali lagi. Manalah tahu kalau-kalau kali ini aku lebih bertuah dari yang sebelum ini.

Tuah bukanlah sesuatu yang mengiringi expedisi ini sejak mula. Perjalanan ini telah tertunda beberapa kali entah kenapa. Bahkan ia hampir dibatalkan sahaja apabila empat dari lapan orang kawan-kawan yang telah setuju untuk pergi menarik diri pada saat akhir. Kami berempat membuat keputusan untuk meneruskannya atau sampai bila pun kami tidak akan dapat pergi.

Tidak disangka pada awal pagi hari Sabtu itu, aku sendiri pun tak dapat pergi. Aku mendapat notis singkat supaya berada di selatan pada hari itu juga. Jadi aku pun menaiki bas ekpress pertama keluar dari Sungai Petani. Untuk mengelak daripada kutukan member kerana belot kepada prjuangan kami, aku memberitahu mereka dengan SMS ketika dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan aku berfikir berkenaan perburuan gila ini -- adakah ia berbaloi dengan usaha yang dilakukan. Adakah itu yang aku mahu atau aku melakukan hanya untuk menyenangkan hati orang-orang lain. Bagaimana pula dengan hati aku sendiri? Dan di dalam bas itu aku memutuskan yang pencarian itu dengan tamat dengan rasminya.

Aku sedar yang Mahsuri telah lama mati atau memang tidak pernah wujud. Aku tidak akan dapat mencarinya di mana-mana. Tidak di pulau ini, tidak di pulau lain.



posted by: tiff (reply)
post date: 12.20.04 (12:37 pm)

ala la la la sedihnyer.... rasernyer tentu berbaloi w/pun xpedisi tue you raserkan giler so dun give up.. keep trying...

Your Name:


Your Comment: