Dah Lama Daah...

Dah Lama Daah...

Betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah lima dekad rupanya aku di sini. Jika Chairil Anwar mahu hidup seribu tahun lagi, bagi aku lima puluh lagi pun cukuplah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, hari ini ialah ulangtahun ke-50 kewujudan aku di planet Bumi ini. Tiada sambutan meriah, tiada ciuman dan pelukan kerana anak-anak semua berada di tempat lain. Hanya pesanan SMS dan [i]missed call[/i] dari mereka. Itu pun sudah memadai untuk mengembirakan aku.

Oleh kerana menyambut harijadi seorang diri bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, maka aku umumkan secara [i]online[/i] kepada para pembaca budiman sekelian. Segala ucapan selamat dari anda semua, aku siap-siap ucapkan terima kasih banyak-banyak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~

[b]Belum sempat aku menghantar posting ini, aku menerima sebuah berita gembira dari seorang teman. Bagi aku ia adalah hadiah harijadi paling berharga dan paling tidak dijangka. Berita ini melengkapkan hari bahagia ini dan menjadikan harijadi ke 50 ini paling istimewa dari 49 hari-hari ulangtahun sebelum ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan ini bersama aku. [/b]



posted by: ianz (reply)
post date: 12.11.04 (8:32 pm)

selamat ulangtahun bro...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin..



posted by: senja (reply)
post date: 12.12.04 (2:31 am)



tahniah kris.. disini nak amik kesempatan gak.. untuk mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 50.. semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. dan semoga cepat cepat dapat jodoh.. jangan lupa jemput tau!



posted by: saYANg (reply)
post date: 12.12.04 (6:02 pm)

selamat hari lahir, moga murah rezki dan ceria selalu



posted by: kris (reply)
post date: 12.12.04 (8:05 pm)

Terima kasih Ianz, senja dan saYANg. Semoga kalian juga sentiasa bahgia dan dilindungiNya.



posted by: mayalara (reply)
post date: 12.12.04 (8:52 pm)

happy belated birthday, moga panjang umur & dimurahkan rezeki.



posted by: Embunpagi (reply)
post date: 12.13.04 (8:26 pm)

Selamat harilahir jugak buat krismann...
hehe.. hari natal ni Embunpagi genap 49thn..
Seronok dan syukur kerana hari tu jugak anak saudara kakak kan mengijabkabulkan seorang isteri .
Jadi ingatan selagi hayat dikandung badan..

Selamat harilahir sekali lagi....
Semoga panjang umru,murah rezeki diberikam kesihatan yang baik dan jugak bertambah kenalan.



posted by: SM (reply)
post date: 12.14.04 (6:49 pm)

Memang baru nak tanya bila? Ingat hang ada haba' somewhere around Dec'. Teringat kat hang bila Jatt suruh print business card, Anyway Happy Birthday!!!



posted by: kris (reply)
post date: 12.15.04 (4:13 am)

TK semua:
Maya, semoga awak pun begitu selalu.
49 Embun? Muda lagi tu, ha ha!
SM, akulah yang paling muda antara kita kot.



posted by: jiwarasa (reply)
post date: 12.20.04 (4:18 pm)

Selamat ulangtahun. baru 50!

Your Name:


Your Comment: