Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru

Aku ada terima jemputan seharu dua yang lepas. Dah nak kahwin si Eliza dengan si Nazri pada hari Sabtu ini. Semoga bahagia sampai bila-bila.

Perasan tak kadang-kadang kita terjumpa dalam cerpen ayat ini: [i]"...mereka mengakhiri zaman percintaan mereka dengan perkahwinan ..."[/i]? Kenapa pula selepas berkahwin tak boleh lagi bercinta? Mungkin itulah sebabnya banyak perkahwinan tidak kekal -- mereka berhenti bercinta!

Pada Eliza dan Nazri, aku harap mereka [i]"mengukuhkan lagi zaman percintaan mereka dengan perkahwinan." [/i]Perkahwinan adalah langkah seterusnya dalam bercinta. Banyak lagi yang perlu diharungi bersama.

Bercakap tentang ayat, kad jemputannya memuatkan kata-kata indah ini:
[b][i]"Maksud al-Hadith Rasulullah SAW -- Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai."[/i][/b]

Sungguh indah dan sungguh romantis. Ia diletakkan oleh pencetak kad itu sebagai penyeri kad. Benarkah ia sebuah hadith, dan jika ia siapa perawinya? Aku pun dulu cari makan buat kad kahwin dan aku juga gunakan ayat tersebut. Sehingga aku terdengar versi Inggerisnya di radio dan aku bertanya mereka yang lebih arif.

Aku yakin ia bukan sebuah hadith; tolong beritahu aku jika pembaca sekelian mempunyai maklumat yang lebih authoritatif. Sementara itu kalau nak guna dalam kad jemputan, elok jangan katakan ia sebuah hadith. Majlis perkahwinan ini kerja baik, jangan cacatkan dengan kepalsuan.



posted by: kakngah anjakan realiti (reply)
post date: 12.09.04 (10:17 am)

semakin antik perkahwinan itu sememangnya harus digilap selalu deh..



posted by: SM (reply)
post date: 12.09.04 (7:04 pm)

Kri, kebetulan disatu majlis perkahwinan minggu lepas secara tidak sengaja, saya juga di ajak berdiskusi tentang amalan meletakkan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kad jemputan termasuk juga Bismillah... di kepala kad, kemudian kad itu di campak merata-rata dan akhir nya di campak kedalam file bulat (tong sampah). Bukan kah tempat ayat-ayat mulia itu di tempat yang mulia yang harus dijaga. T.K. kerna saling mengingatkan



posted by: (reply)
post date: 03.11.08 (8:04 am)

Reply to: newbie


Your Name:


Your Comment: