Laporan Luar Bandar

Laporan Luar Bandar

Aku duduk di kedai kopi sambil menghirup Nescafe pagi aku, merenung keadaan semasa kehidupan di kampung. Aku tersedar yang terdapat satu fenomena yang muncul di luar bandar -- lebih ramai orang perempuan yang menjana pendapatan utama, menjadi [i]main bread winner![/i]

Mereka bekerja di kilang-kilang dan pejabat-pejabat di bandar dan menumbang kepada pendapatan keluarga. Kalau dia sudah berkahwin, dialah yang membawa balik sumber pendapatan tetap. Jika dia belum, sumbangannya adalah tetap [i]significant[/i].

Kalau dulu suaminya pakai kapcai buruk, sekarang pakai motor berkilat. Kalau dulu Pak Long tak ada kereta, kini dia pakai sekurang-kurangnya Kancil yang dibeli oleh anak perempuannya.

Habis tu, orang lelaki buat apa ya? Sambil menunggu padi masak dua kali setahun, musim buah sekali setahun, rileks lepak-lepak. Tunggu isteri balik dari kilang di bawah pokok ceri atau sembang-sembang di kedai kopi.

Apa akan jadi akhirnya ya?



posted by: cerminalam (reply)
post date: 12.06.04 (5:39 pm)

Dah terlalu dimanja dari usia kanak kanak sehingga dewasa , kerana kelebihan menjadi lelaki, tapi tak diterapkan tanggungjawab dan amanah yang harus di pikul apabila menjangkau dewasa dan matang dalam perjalanan hidup. Zaman sekarang semuanya mudah sehingga tanggujawab pun dipermudahkan. Yang menjadi malangnya ialah wanita itu sendiri, yang mana wanita diletakkan pada tahap yang mulia., kerana kemuliaanya, anak anak menjadi lebih teratur perangainya.
Wanita kekadang patutu disalahkan jugak,bukan kerana apa , kerana mereka jugak ingin menyaingi lelaki maka dengan sendirinyalah terpaksa menanggung sebahagian dari perbelanjaan keluarga. Dimana letaknya keistemewaan wanita dimata lelaki????? .



posted by: newbie (reply)
post date: 12.09.04 (12:34 am)

Bukankah ianya sesuatu yg baik bagi kaum wanita menimba lebih ilmu, sama2 memangku bebanan, memikul tanggungjawab dan sama2 menyumbang kepada keperluan2 hidup dlm era yg mencabar dan 'demanding' ini.



posted by: krismann (reply)
post date: 12.09.04 (5:19 am)

Semua kena ada peranan masing-masing; jangan sampai terbalik kod.



posted by: SAFURA (reply)
post date: 08.12.07 (11:35 pm)

Wanita yg cntik dmata lelaki ialah wanita solehah yg sentiasa menjaga stiap gerak gerinya,bkn sahaja cntik dluaran malah cantik dalamannya...
wanita seperti inilah yg akn memenuhi ruang syurga..





posted by: safura (reply)
post date: 08.12.07 (11:38 pm)

Reply to: krismann
btl ckp awk,stiap insan dmuka bumi ini m,punyai pranan
masing2..so kene pndai2la. jgn b,tindak ikut sesuka hati..

Your Name:


Your Comment: