BURUNG DI DALAM SANGKAR

BURUNG DI DALAM SANGKAR

[i]kau membuat aku ketawa gembira
entah ke mana segala duka dan lara
kau membuat aku lupa seketika
akan dunia yang ada di luar sana

tetapi engkau sendiri terpasung kaki
di dalam sangkar emas indah berseni
tanpa ruang melebarkan sayap walau se inci
dan terbang bebas di langit yang tinggi

aku meminta engkau katakanlah segera
andai dapat aku pula mencuba walau sekali
untuk membuatkan engkau ketawa gembira
walau dari luar sangkar emas indah berseni[/i]

========================= ===
Kadang-kadang apa yang berlaku di sekeliling kita, pada orang-orang yang kita kenali, boleh mempengaruhi mood kita. Kadang-kadang kita rasa sperti lemas terkapai-kapai kerana kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah suasana. Minggu ini agak melankolik, aku pun tak tahu samada tulisan di atas tu layak dipanggil puisi. Entahlah.

Tetapi aku sentiasa percaya begini:
Keadaan semestinya akan bertambah baik dengan ke[b]ingin[/b]an, ke[b]yakin[/b]an dan peng[b]harap[/b]an. [b][i]Hang in there![/i][/b]



posted by: SM (reply)
post date: 12.05.04 (10:45 pm)

dalam hati kita ..gusar busar..sakit terluka..aduhh. Tapi..semua akan berlalu...terhapus oleh sinar senyuman. Senyumlah dalam menghadapinya.....kalau itu sukar biasa-biasakan..puisi ka bukan ? yang pasti ianya luahan hati... bagus sekali.




posted by: tiff (reply)
post date: 12.06.04 (5:49 pm)

ermmmm cian ur fren 2 yer... kena kurung dlm sangkar emas yer....

Your Name:


Your Comment: