Inikah Cinta?
12.02.04 (3:14 am) [edit]
Aku ke bank semalam. Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil, aku tertarik dengan kelakuan sepasang remaja yang sedang melaksanakan transaksi mereka di kaunter. Dari pakaian mereka, jelas mereka adalah sama-sama menuntut di sebuah institusi pelajaran lanjutan khas untuk mereka yang tidak layak (atau tidak mahu) ke IPT. Dan tentunya hubungan mereka adalah lebih dari rakan sekelas.
Cara mereka berinteraksi meloyakan aku: Pelajar perempuan itu berdiri di kaunter untuk berurus dengan kerani bank sementara bfnya memberikan arahan/maklumat sambil duduk di kerusi menunggu berhampiran. Setelah selesai baru bfnya bangun dan mencapai buku simpanan dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.
Mungkin mereka baru menerima elaun atau biasiswa. Aku terfikir tidak mungkin mereka mempunyai akaun bersama -- mengapa buku itu dipegang oleh si pelajar lelaki? Jika itu memang akaunnya, mengapa dia tidak sendiri menguruskannya? Macam-macam bermain di kepala aku. Sambil beredar dari kaunter aku melihat si pelajar lelaki itu seolah-olah memarahi gfnya dan mengacah seperti hendak memukul dengan belakang tangannya.
Mungkin ia satu gurauan, tetapi tidak nampak kelucuannya. Tidak di dalam tempat awam seperti dewan perbankan itu dan di hadapan orang ramai yang sedang menunggu giliran dipanggil. Dan tidak di mana-mana sekali pun!
Setelah selesai urusan aku di kaunter aku keluar dan aku bertemu mereka sekali lagi di luar. Pelajar perempuan itu tersepak retakan lantai kakilima yang tidak rata dan dia dimarahi lagi oleh bfnya.
Terfikir aku: Mengapa ada perempuan yang rela diperlakukan begitu? Adakah ini tafsiran cinta dan pengorbanan yang mereka cari? Aku sama sekali tidak melihat seri keceriaan orang yang bercinta di muka gadis pelajar itu.
Aku ada 3 anak perempuan yang aku sangat sayangi. Minta simpang malaikat 44 -- tidak akan aku benarkan mereka lalui kewujudan sebegitu. Na'uzubillah!
Dan jika anda adalah seorang perempuan yang sedang berada di dalam situasi yang sama, bebaskanlah diri anda. Hidup ini terlalu singkat, nikmatilah ia sepenuhnya. Setiap orang berhak kepada kebahagiaan.

posted by: tiff (reply)
post date: 12.01.04 (8:55 pm)
adegan ini mengingatkan tiff kat sorang of my fren... setiap kali jumpa mesti bf dier nak check enfon dier dan akan bertanyer nama2 dan sms yg tertera di enfon dier... ermmmmm
posted by: hijaupurnama (reply)
post date: 12.02.04 (2:16 pm)
tu ok gak lagi tiff, ada sorang budak pompuan ni- ada rupa, ramai peminat. Tapi dipilihnya bf yg selalu lempang dia even depan kawan2. Sampai le ni saya tak dapat fikir apa sebab dia jadi macam orang bodoh biarkan diri dikasari oleh bf yg tak ada sebarang hak ke atas diri.Fikirkan secara logik, bukan susah sgt nak bebaskan diri drp manusia sebegitu. Lainle kalau b'gelar suami, kena lalui prosedur yg pelbagai.
posted by: ianz (reply)
post date: 12.02.04 (5:43 pm)
oh no...seperti bak kata orang 'report duty' gitu..wanita harus ada mempunyai kebebasan jugak...
posted by: Cerminalam (reply)
post date: 12.02.04 (10:10 pm)
Sesungguhnya dan seharusnya seorang lelaki itu memahami bahawa wanita dijadikan dari tulang rusuknya, dan sebagai wanita yang lemah seharusnyalah dia dibimbing supaya tulang rusuk itu tidak patah atau dalam erti kata lain supaya tidak terpesong dan lari dari kehidupan sebenar. memang lelaki punya hak namun wanita jugak punya hak. Seelok eloknya berikanlah hak masing masing mengikut ketentuannya. InsyaAllah kalau diikut apa yang sepatutnya dilakui oleh tuntutan agama, hidup akan lebih teratur dan tersusun perjalanannya. InsyaAllah.
Lelaki tidak seharusnya merasa megah dengan kedudukannya yang hebat dan kuat. Semestinya tiada siapa yang kuat melainkan yang empunya hak yang menjadikan langit dan bumi, peredaran mentari dan bulan , siang dan malam, hendaknya kita kembali kepada fitrah alam.
posted by: ziemash (reply)
post date: 12.04.04 (3:13 am)
itu bukan cinta rasanya.. tapi memperbodohkan diri sendiri. kalau belum apa2 dah sering dimarah diherdik.. mcmn ya nak menjalani hidup berdua yg lebih panjang?
posted by: krismann (reply)
post date: 12.05.04 (6:44 am)
TK kepada semua yg menghantar komen. Seperti hal-hal lain di dalam kehidupan seharian, segalanya bergantung kepada usaha dan kehendak diri kita sendiri. Selainnya, serahkanlah kepadaNya menentukan.