Panggilan Pulau

Panggilan Pulau

Aku ke Langkawi pada hari Isnin lepas untuk -- percaya atau tidak -- skodeng anak dara, atau [i]pi cari ponu[/i] kata orang Tanjung. Aku sendiri pun tak berapa percaya tetapi atas desakan ramai, aku pergi. Emak aku keluar titah perintahnya, anak-anak dara bertiga aku pun memberi restu dan sokongan yang tak berbelah bagi. Sedikit pun mereka tidak gentar untuk beribu tiri, walau betapa pun rupa paras, tinggi rendah, kecil besar, warna kulit dan kebaranan sikap orangnya. Kata mereka: Tiga lawan satu, apa takut? Mereka hanya mahukan seseorang yang boleh menjaga aku kononnya; macamlah aku ni sudah tak boleh menguruskan diri sendiri. Yang menjadi pencetus kepada misi gila ini ialah, tidak lain dan tidak bukan, Kak Zah aku sendiri.

Zah ialah kakak paling muda dan paling rapat dari tiga orang kakak aku, mungkin juga yang tercantik antara mereka. Jarak perbezaan umur kami tidak jauh dan kalau kami berjalan sama aku akan disangka abang mungkin kerana muka tin sardin aku (rujuk posting sebelum ini) serta jambang beruban aku. Walaupun dibesarkan berasingan dan menjalani kehidupan masing-masing berjauhan, kami rapat mungkin kerana senasib; kami berpisah dengan pasangan masing-masing selang sehari dua dalam minggu yang sama 10 tahun lalu. Suatu kebetulan yang pelik, tetapi ia cerita lain. Begitulah hidup ini.

Kakak aku yang seorang ini adalah seorang tukang karang dan pencerita yang hebat. Zah boleh bercerita tentang sesuatu yang biasa seperti bagaimana membuat sekeping sandwic dan orang boleh duduk terpukau dengan mulut melopong mendengarnya. Jadi apabila dia tiba dengan suaminya (nombor tiga!) pada hari Raya kedua yang lalu, dia mendapati kami seisi rumah sebagai audien yang tersedia berada di bawah pukauan telunjuk dan retoriknya. Topik syarahan perdananya adalah berkenaan penemuan calon adik ipar terbarunya yang tidak tahu menahu di pulau lagenda itu.

Kalah dengan asakan kaum wanita seisi rumah, aku bersetuju untuk mempertimbangkan usul Kak Zah aku dengan syarat aku pergi berjumpa dan bercakap dengan calon yang dicadangkan terlebih dahulu tanpa dia mengetahui perancangan mereka. Jadi dengan berbekalkan beberapa klu dan panduan dari Zah, aku menyiapkan diri untuk merentasi laut dalam dan menawan hati si Mahsuri serta hidup aman bahagia hingga ke akhirnya, atau begitulah kata cerita klasik dahulu kala. Kebetulan pula, Isnin lepas ada dua tiga orang kawan aku yang hendak pergi memancing di sana. Jadi aku pun menyertai rombongan mereka ke sana atas alasan "meninjau peluang-peluang perniagaan dan kemungkinan membuka cawangan pejabat" di pulau beras terbakar itu.

Tiba di sana, kami disambut oleh seorang kawan lama yang bekerja menyelia projek pembinaan adiknya di situ. Destinasi pertama kami ialah bot yang akan digunakan mereka nanti untuk mengambil seekor ikan jenahak yang dipancing malam sebelumnya. Kemudian kami pergi mencari kedai makan yang sanggup memasak ikan yang beratnya lebih dari sekilo itu untuk jamuan tengahari. [i]Ikan Jenahak Tiga Rasa[/i] itu adalah antara yang paling lazat pernah aku makan. Selepas makan mereka semua ke bot untuk membuat persiapan keluar memancing sementara aku meneroka pekan Kuah seperti pelancong untuk mencari Mahsuri misteriku berdasarkan panduan dan lokasi yang diberitahu oleh Kak Zah aku.

Setelah puas aku selidiki setiap inci pekan Kuah aku menyusur pulang ke jeti untuk kembali ke tanah besar. Tidak, aku tidak menemui Mahsuri misteri tetapi aku puas hati kerana mendapat [i]Jenahak Tiga Rasa[/i] seberat 1.3kg dan sekotak coklat bebas cukai sebagai oleh-oleh untuk anak-anak di rumah.

Di dalam feri semasa pulang ke tanah besar aku bertekad untuk kembali ke Langkawi dalam masa terdekat, mungkin kali ini aku akan mendapat Jenahak, Alu-alu atau Kerapu yang lebih besar. Aku kena belajar memancing, samada Mahsuri wujud atau tidak di dalam hidupku.



posted by: ep (reply)
post date: 11.24.04 (1:09 pm)

Tak jumpa ke ponu tu?



posted by: tiff (reply)
post date: 11.25.04 (11:48 am)

cayer ler mie.. tinjau "peluang perniagaan n buka cawangan".. oops btw klau tak jumpa tue kenaler gi lagi sekali.... pasti jumpa... he he



posted by: newbie (reply)
post date: 11.25.04 (8:40 pm)

payah-payah tiff jellah jadi mashuri.... tu pun kalu masih kosong



posted by: krismann (reply)
post date: 11.26.04 (1:52 am)

EP: Tak jumpa pun, ha ha!
Tiff: Mesti kena follow-up aar. Nak ikut meh ler!
newbie: Isyk! Dia tu Puteri Gunung Lalang, mana boleh jadi Mahsuri :)



posted by: hijaupurnama (reply)
post date: 11.26.04 (8:48 pm)

newbie: tu le juga yg dok terlintas di kepala..
Krismann: PGLalang dah depan mata buat apa nak cari Mahsuri yang belum tentu ada... :-)



posted by: krismann (reply)
post date: 11.27.04 (6:18 am)

isyk isyk, ke situ pula korang ni. nanti aku kena ketuk dengan Popeye -- tak nak ah jadi Brutus!



posted by: ianz (reply)
post date: 11.27.04 (4:49 pm)

ian tak pernah jejak kan kaki ke langkawi..insyallah satu hari akan ke sana jugak...



posted by: senja (reply)
post date: 11.28.04 (2:22 pm)


Kris.. kalau dah diseru tu cari ler.. sian anak anak tu.. mengharap belaian kasih ibu baru.. kalau takjumpa belah utara.. cuba pi kat belah selatan plak.. mana tau jumpa nanti..

newbie: betul tu tersangaaaattt lah setuju..



posted by: hijaupurnama (reply)
post date: 11.28.04 (2:32 pm)

Kriss: Jgn jadi Brutus, jadi le Popeye.. :-)
Tiff: Hope u dun mind me playing 'Kak Zah'



posted by: Embunpagi (reply)
post date: 11.28.04 (5:48 pm)

Buat krismann.. yang buat posting tu bukan Embunpagi...

Embunpagi tak pernah guna nama singkatan..
Pls bear in mind . Id tak serupa.. eh...




posted by: SM (reply)
post date: 11.28.04 (11:51 pm)

Fifty Something.....hmmm kalau jumpa Mahsuri ke PGL ke ! bagi tau kat gua. Ubi jaga percuma untuk satu tahun



posted by: krismann (reply)
post date: 11.29.04 (4:34 am)

Baru perasan, Embunpagi. Ingatkan orang yang sama tadi. No prob, maknanya bertambah seorang lagi pembaca, he he.
SM: Banyak ada, macam-macam ada; jom kita pi sana!



posted by: tiff (reply)
post date: 11.29.04 (3:36 pm)

whoaaa meriahnyer umah nie...

Hijau, fancy meeting u here... maner hang pi? lama tak nampak? slamat ari rayer n maaf yer...

korang nie... bagi ler can kat dia tue ngorat Mahsuri....

mie, ikan jenahak masak briyani dam sedap tapi kenaler careful sket sebab ikan tue lembut sangat... tapi best.... cubaler next time




posted by: amoi (reply)
post date: 02.03.05 (8:05 am)

Aman sekali dunia ini jika sang anak redha



posted by: krismann (reply)
post date: 02.12.05 (5:57 am)

Reply to: amoi
Kebetulan, anak sulung memang nama Reza :)



posted by: krismann (reply)
post date: 02.12.05 (5:58 am)

Reply to: hijaupurnama
Aku tak berapa suka makan bayam arr!



posted by: krismann (reply)
post date: 02.12.05 (5:59 am)

Reply to: senja
Amboi! Rekemen ler satu kat selatan sana :)

Your Name:


Your Comment: