Ibu Mertuaku, NOT the Movie.

Ibu Mertuaku, NOT the Movie.

Semalam (Sabtu) aku pergi menziarah bekas ibu mertua di Pulau Pinang. Kebetulan aku mempunyai sedikit urusan di sana dan kita masih berhari raya. Aku memang telah lama berhajat untuk menziarahinya dan juga saudara-mara 'lama' di sana tetapi aku tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk melakukannya sejak menjadi 'menantu terbuang' 10 tahun yang lalu.

Mana boleh saja-saja muncul di depan pintu bekas mertua serta ipar-duai dan terus bermesra seperti tidak ada apa yang pernah berlaku. Setiap langkah ke sana mengembalikan memori lama dan ia memerlukan kecekalan hati dan kekuatan jiwa yang luar biasa untuk melakukannya. Dan perbualan telefon dengan 'bekas' adik ipar aku, Shida, dua minggu sebelum Raya telah memberikan kecekalan dan kekuatan yang aku perlukan untuk membuat perjalanan ke sana.

Ia bermula sebagai perbualan biasa untuk mengatur perjalanan Shida dan anak-anaknya bersama anak-anak aku sendiri untuk pergi berhari raya di rumah bekas isteri aku di Kuala Lumpur. Di akhir perbualan aku bertanya khabar tentang keadaan ibunya. Aku telah pun tahu yang bekas mertua aku kini mula hilang ingatan -- dia tidak dapat mengingati hal-hal yang baru berlaku.

Shida menceritakan apa yang berlaku ketika anak sulung dan bekas isteri aku datang berziarah tidak lama dahulu. Ketika mereka mahu berangkat pulang, semua orang terpegun apabila bekas ibu mertua aku berkata, "Kirim salam pada S*****! (nama panggilan aku)" Ia adalah satu adegan lucu bercampur haru kerana aku bukannya lagi menjadi menantunya selama satu dekad!

"Datanglah jenguk-jenguk sendiri kalau ada masa," kata Shida. Jadi aku pun pergilah ke sana kelmarin untuk menjenguk sendiri. Bekas ibu mertua aku masih mengenali aku dan bercerita tentang kematian suaminya yang telah lama meninggal seolah-olah ia berlaku bulan lepas. Seolah-olah aku tidak mengetahuinya sedangkan aku berada di sana ketika itu. Selain daripada daya ingatan yang semakin pudar, dia kelihatan sihat.

Aku juga dapat berjumpa semula dengan anak-anak saudara yang hanya anak-anak kecil pada kali terakhir aku berziarah beberapa tahun yang lalu tetapi kini dah besar panjang. Dipendekkan cerita, ia adalah satu ziarah hari raya yang penuh silaturrahim biasa dari seorang menantu, abang ipar dan bapa saudara yang lama tidak berkunjung. Aku merasa terharu kerana begitu disanjung dan dialu-alukan seperti tidak pernah berlaku perpisahan antara aku dan salah seorang ahli keluarga mereka.

Aku pulang petang itu dengan perasaan bercampur baur:
[u]Gembira[/u] kerana walaupun kehilangan isteri, aku tidak pernah kehilangan mertua dan keluarga ipar;
[u]Sedih[/u] kerana aku tentunya tidak dapat berjumpa mereka dengan lebih kerap;
[u]Kesal[/u] kerana aku tidak mungkin dapat memberi bimbingan intelektual dan sokongan moral sebagai seorang [i]uncle[/i] kepada anak-anak saudara yang semakin membesar. Tuntutan sosial dan adat resam menghendaki aku membataskan diri oleh kerana ikatan perkahwinan yang telah dirombak.

Dan akhir sekali, aku rasa [u]tersangat malu[/u] kerana aku pernah berlaku kasar dan bertindak di luar batasan manusia bertamaddun terhadap mereka suatu ketika dahulu. Aku sangat-sangat mengharapkan yang mereka benar-benar telah memaafkan aku di bulan yang mulia ini.



posted by: hairi (reply)
post date: 11.21.04 (2:35 am)

semoga anda akan berbahagia. cerita anda ini cukup mengharukan



posted by: tiff (reply)
post date: 11.22.04 (9:46 am)

i'm touched... dat's very brave of u to retrace ur steps... btw i'm curious... if u hv not been keeping in touch all these years.. bagaimana hubungan anak2 ngan mrk... maaf for asking...



posted by: kris (reply)
post date: 11.22.04 (10:55 pm)

TK, hairi. Budak2 tu OK jer, Tiff. Diorang ada pergi ziarah sekali sekala, walaupun nenek mereka tak berapa ingat. Mereka rapat dgn Auntie & cousins mereka.



posted by: riverman2703 (reply)
post date: 11.23.04 (8:53 pm)

saya terjumpa laman saudara secara tidak sengaja apabila cuba melayari keyword '' Puteri Gunung Ledang''. Setelah membaca posting2 saudara saya jadi berminat dengan gaya bahasa saudara yang bersahaja dan jujur.

Kisah ibu mertua yang saudara tulis bagi pendapat saya cukup jujur dan menginsafkan saya yg belum berkahwin ini untuk merenung perjalanan masa hadapan yang penuh dengan ketidakpastian. Syabas dan teruskan menulis. Semoga segala luka lama dan perjalanan pahit saudara akan terubat. Time is a great healer.



posted by: krismann (reply)
post date: 11.24.04 (8:57 am)

Selamat berkunjung ke sini, Riverman. Saya amat gembira jika ada sesiapa yg mendapat walau sedikit manfaat atau terhibur dengan coretan-coretan ini.



posted by: Helyuqen (reply)
post date: 03.15.08 (1:22 am)

smaller number of pieces but the real wealth or poverty of the princes, that he saw there much splendour, but little strength,

Your Name:


Your Comment: