Raya Siber
11.16.04 (2:38 pm) [edit]
Raya tahun ini mungkin biasa seperti tahun-tahun yang sudah tetapi berlaku sesuatu di luar dugaan yang amat mengharukan dan menjadikan Raya kami sekeluarga berbeza. Seorang kenalan siber yang yang hanya saling berutus atas talian telah bermurah hati dan menabur budi yang tak mungkin dapat dibalas secukupnya dan aku tidak mempunyai daya untuk mereka kata secantik bahasa untuk mengucapkan apa yang terukir di dada kepadanya. Kami tergamam atas perlakuan baik hati ini. Budi yang baik dikenang jua, walaupun di alam maya. Berbahagialah kamu wahai insan mulia, semoga kamu sentiasa berada di dalam jagaanNya di mana sahaja kamu berada. It is nice to know there is someone like you out there somewhere. Kami mahu kamu mengetahuinya.
posted by: tiff (reply)
post date: 11.17.04 (3:12 pm)
tiff pong percaya insan tue amat terharu ngan doa kamu sekeluarga dan akan senantiasa mendoakan kebahagian kamu sekeluarga disetiap solatnyer gak... btw, biler nak post new photos of your family.... tentu anak2 nampak different now...
posted by: Embunpagi (reply)
post date: 11.17.04 (3:53 pm)
krismann,
betul apa yang kris lalui, EP pun sedang lalui jugak, kalau bukan kerana rakan cyber yang baik hati,yang telah menyumbangkan tenaga dan masa kerana sifat siratulrahimnya mungkin EP akan lebih tertekan dengan perlakukan manusia yang masih belum bertamadun sepenuhnya, masih punya PHD sehingga sanggup melakukan perkara kurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Namun kami pasrah menerima dugaanNYA. Qada dan Qadar Allah hanya dalam genggamanNYA.
posted by: kris (reply)
post date: 11.17.04 (9:27 pm)
tiff : new photos? alahai, baru semalam diorang ajak bergambar sempena raya, abahnya pula yang camera-shy.
EP : aku kerap membaca postingmu dan seolah2 dapat merasakan sesuatu yg tak dapat diteka dgn tepat. teruskanlah berdoa dan bersabar dgn penuh pengharapan.
posted by: tiff (reply)
post date: 11.18.04 (3:04 am)
alahai.... abahnyer camera shy.... dat's news... sejak biler nie... nie mesti kes sejak pgl asyik diri kat belakang jer kan kan he he aniway, post ler cepat nak tengok how dura n dilla have grown ler...