Perut & Puasa
11.02.04 (5:57 pm) [edit]
Kenapa anda berpuasa?
Pernahkah anda bertanya soalan ini kepada diri sendiri?
Kerap kali jawapan kita ialah kerana ia adalah satu tanggungjawab agama dan kita telah dilatih melakukannya sejak kecil setiap kali Ramadan tiba. Ramai daripada kita melakukannya tanpa mengetahui fadhilat-fadhilatnya, atau mempelajari segala kelebihan di bulan Ramadan itu sendiri. Kita belajar apa yang mesti dan apa yang tidak boleh dilakukan dan kita melakukannya. Itu sahaja. Nokhtah.
Itulah yang aku juga lakukan. Pengetahuan berkenaan berbagai kelebihan dan fadhilat datang kemudian. Ia seperti tambahan nilai kepada produk yang memang telah sekian lama digunakan. Ia menambah pemahaman dan apresiasi kepada ibadat yang memang telah sering dilakukan setiap tahun.
Tetapi bila ada penceramah atau pendakwah yang mula bercerita tentang kebaikan puasa kepada perut kita secara khusus atau badan kita secara amnya, aku rasa hilang hormat kepada mereka. Mungkin ada hadis atau lain-lain sumber keagamaan yang mengatakan demikian tetapi mengapa perlu dihuraikan dengan panjang lebar hingga ia keluar konteks?
Apa kesan puasa kepada perut atau badan kita adalah satu bidang lain yang para penceramah atau pendakwah ini sudah pasti bukan ahlinya dan tidak layak bercakap mengenainya. Jika pun mereka telah membuat kajian ilmiah mengenainya, sumber petikan yang authoritatif hendaklah diberi supaya kupasan mereka tidak menjadi bahan ketawa orang ramai.
Jika benar apa yang mereka ceramahkan, kenapa mereka sendiri ramai yang nampaknya seperti terlebih berat badan? Dan kenapa pula terlalu ramai orang Melayu (= Islam) menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, yang kedua-duanya berpunca dari permakanan? Adakah isi ceramah mereka hanya satu hiburan alternatif masa kini?
Secara peribadi, apa yang perlu diketahui oleh orang kebanyakan (seperti aku ini) hanyalah fakta asasnya: Puasa di bulan Ramadan adalah satu rukun Islam dan mengerjakannya dengan sempurna adalah tanda ketaatan seseorang hamba terhadap Penciptanya. Ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keridhaanNya; bukan kerana ia merehatkan perut atau menyihatkan badan. Jika sebagai kesan sampingan dari berpuasa itu, perut aku rehat dan badan aku sihat, maka ia adalah satu anugerah bonus dariNya. Alhamdulillah!
Setelah mengatakan semua ini, aku mengharapkan kebiasaanku dalam bab melawat tandas akan pulih seperti sediakala. Ramadan aku bermula dengan cirit-birit yang ekstem, diikuti pula dengan sembelit yang menyiksakan dengan satu tempoh tanpa lawatan ke tandas di antaranya!
Perut aku berehat? Tidak, aku rasa ia bekerja lebih masa.