Cabaran Puasa :: Satu Susulan
10.31.04 (2:01 am) [edit]
Aku ingin minta maaf atas apa yang aku tulis dalam siri [b]Cabaran Puasa[/b] jika ia menyinggung mana-mana pihak. Dalam sorotan, ia mungkin seolah-olah aku bermegah kerana [i]berani[/i] melanggar perintah agama. Bukan begitu maksud aku. Aku juga tidak bermaksud untuk menyampaikan mesej bahawa adalah OK untuk ponteng berpuasa. Ia hanyalah cerita untuk dijadikan iktibar betapa lemahnya kita dalam perjalanan menjadi manusia berakal dan beriman. Kebanyakan kita melakukan berbagai perkara bodoh dan sia-sia ketika muda remaja. Ada yang teruk dan ada yang remeh. Usia membolehkan kita menoleh ke belakang dan menyedari semua itu. Dan kita bersyukur jika pegangan kita semakin berusia, semakin mantap dan padu. Semoga kita dipelihara dari menjadi sebaliknya: Semakin tua semakin menjadi salahlakunya, na'uzubillah.
posted by: Blog Fan (reply)
post date: 10.30.04 (9:50 pm)
Anggaplah ia suatu imbauan kenangan masa lalu..kalau tak diceritakan pun, Tuhan nampak apa yg kita buat. You're very down-to-earth, Kri. Tabik spring utk saudara.
posted by: mak ngah (reply)
post date: 10.31.04 (4:43 pm)
anda berani mengaku segala kesilapan yg mana ada org tak seberani anda