Cabaran Puasa :: Bhg II

Cabaran Puasa :: Bhg II

Ramadan 1391H tiba ketika aku bersiap-siap untuk menghadapi LCE dalam tahun 1970. Guru Besar (sekarang Pengetua) kami ketika itu adalah seorang liberal (sekarang sekular) dan dia mengumumkan bahawa makanan akan disediakan untuk pelajar-pelajar yang memilih untuk tidak berpuasa! Sebelum anda menyangka yang bukan-bukan, kelonggaran itu diberikan hanya kepada pelajar-pelajar yang menghadapai peperiksaan utama sahaja.

Apa lagi; aku rasa 99% daripada pelajar Tingkatan III, V dan VI Atas di sekolah aku tahun itu menyambut pengumuman itu dengan gembira. Bagi kebanyakan kami remaja muda dan tua, ia bukanlah satu keputusan yang susah sangat seperti memilih antara syurga dan neraka kerana lulus LCE dan melayakkan diri ke Tingkatan IV adalah syurga kami ketika itu. Neraka ialah balik kampung buat bendang, tangkap ketam nipah, jadi awak bot bilis atau kerja di gok arang.

Ada juga anak-anak orang baik-baik yang berbelah-bagi tetapi ketahanan mereka habis cair dikempen oleh 'perayu-perayu undi' dengan kata-kata seperti, "Aah, apa takut? HM tanggung!" Tetapi aku rasa faktor motivasi utama ialah kerana makanan disediakan oleh pihak sekolah dan kami tidak perlu 'mencuri makan' seperti tikus.

Jadi hampir semua kami tak berpuasa hampir sebulan penuh tahun itu! Sarapan pagi, makan tengahari dan minuman petang semua disediakan di dewan makan. Kami makan malam bersama pelajar lain yang berbuka puasa dan selepas kelas [i]prep[/i], kami bersama mereka menikmati [i]supper[/i]. Yang teruknya, ada beberapa orang dari kami (termasuk aku sendiri) yang turut bangun bersahur bersama mereka! Enam kali makan sehari dalam bulan puasa!

WBP, kami mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tahun itu dan kami semua layak ke Tingkatan IV. Aku tak tahu pula jika semua orang dah selesai bayar balik hutang puasa hampir sebulan itu. Kalau belum, tentu banyak treler beras fidyahnya...



posted by: newbie (reply)
post date: 10.25.04 (10:06 pm)

saya tersenyum sumbing membaca entri ini... bak kata mak saya; depan mak ni mak nampaklah kamu puasa ke tidak, bila dah jauh dari mata mak, mak tak taulah. tapi masalahnya depan mata mak pun kita selalu jugak culas. tak perlu berjauhan dgn mak.... zaman kecik2 dululah ;-) salam ramadan drp saya.



posted by: ziemash (reply)
post date: 10.25.04 (10:46 pm)

hehe.. 6 kali sehari tu! fuhh :D



posted by: tiff (reply)
post date: 10.26.04 (9:51 am)

ermmm thot mine a plate of nasi lemak was bad... ada gak yang makan sampai 6 kali... maser tue bertambah tak berat badan kah kah kah



posted by: krismann (reply)
post date: 10.27.04 (1:23 am)

kami dulu, mak-bapa campak jer kat asrama tu, takder lawat-melawat macam ibubapa sekarang dan KAMI yang melawat ibubapa 3 kali setahun. Apa yg kami buat, kami jer yg tahu, ha ha ha!



posted by: evajeq (reply)
post date: 10.27.04 (2:22 am)

wah kriss.. skool mana tu??? very very liberal eiks cikgu dia.. kami kat hostel.. yg cuti solat pon kena hambat kalau tak dtg surau LOL time solat dan berbuka



posted by: bodger (reply)
post date: 10.30.04 (6:12 pm)

saya masih ingat masa tu kita kat sekolah diajar macamana mat saleh makan, kena pakai fork and spoon, walaupun masa warden round tangan penuh lekat dgn nasi, diasrama penuh kita tak didik (ketika itu) apa sebenarnya Islam dan tak pernah di ajar penghayatannya. Tak pernah ditakutkan dengan neraka dan tak pernah diceritakan nikmat berada disyurga. Setelah kita keluar dari sekolah dan mula dewasa bahawa kita banyak 'tertinggal' dalam ugama dan mula merangkak mencarinya. Alhamdulillah, Allah sedarkan juga kita tapi rasanya masih ada kawan-kawan yg terus hanyut dan moga Allah terus menyayangi mereka dgn memberi petunjuk yang benar.



posted by: Demetris (reply)
post date: 12.31.07 (12:13 pm)

Nice...

















Your Name:


Your Comment: