CABARAN PUASA, Bhg. I
10.17.04 (10:50 pm) [edit]
Ramadan ialah bulan penuh cabaran; beruntunglah sesiapa yang dapat melaluinya dengan sabar dan tanpa cacat cela ibadahnya. Dari masa matahari naik hingga ke senja, ada sahaja gangguan yang cuba menguji kesabaran atau merosakkan puasa seseorang. Berhati-hatilah!
Aku mulai merasai cubaan puasa ketika aku baru berumur 8 tahun. Aku telah pergi ke mesjid untuk melihat makcik-makcik menyediakan moreh. Tiba-tiba seorang makcik memanggil aku dan memberikan sepinggan bihun yang baru digoreng. Aku lupa (betul!) yang aku berpuasa dan terus sebat bihun tadi. Memang sedap sekali bihunnya!
Rupa-rupanya kejadian itu telah diketahui oleh nenek aku di rumah (melalui laporan ringkas berkarat sepupu aku yang juga bedal sepinggan) dan aku dijatuhkan hukuman tidak dibenarkan berbuka puasa bersama orang lain. Jadi petang itu, aku duduk sahaja di tepi dinding memerhatikan sahaja semua orang menjamu selera dengan lahapnya.
Sepupu aku dimaafkan dan dibenarkan berbuka bersama-sama orang lain kerana dua perkara:
(i) Dia membuat laporan secara sukarela dan menjadi saksi utama pendakwaan; dan
(ii) Dia mengaku menyambung semula puasanya selepas tersedar dari lupa (dan selepas habis bihun itu sepinggan).
Jadi aku kalah kes itu tanpa dipanggil membela diri. Datuk aku cuba berhujah bagi pihak aku; tetapi dalam urusan dapur nenek aku mempunyai kuasa autonomi.
Maka makanlah aku seorang diri apabila semua orang telah kenyang dan bangun. Lauk pauk pun semuanya telah dikucar-kacir dan tinggal saki-bakinya sahaja. Sekarang aku mengelak dari melawat dapur mesjid di petang hari, terutama ketika menu morehnya ialah bihun goreng.
[b]Bhg II :: CABARAN PUASA KETIKA DI SEKOLAH MENENGAH [/b]

posted by: tiff (reply)
post date: 10.18.04 (8:22 pm)
teringat maser kecil dulu.. klau tak poser or poser half day pong tak bleh mkn together ngan orang buka poser. kena dok one corner gak..
posted by: newbie (reply)
post date: 10.19.04 (11:05 pm)
krismann; semasa kecil dulu saya pernah menipu mak :-( mak tanya puasa tak? saya angguk. yes puasa. letih pelbagai... then bila mak bawak bukti yg saya tak puasa, saya terkedu. mmg kan, bila kita tuang air dari peti sejuk dlm gelas dan minum... bekas berkabus tu masih kekal pada gelas...
posted by: akulah (reply)
post date: 10.20.04 (9:40 pm)
bila lagi nak sambung bahagian II,kot-kot aku boleh syer sama...
posted by: ziemash (reply)
post date: 10.22.04 (2:29 am)
hehe.. karang nampak bihun goreng, mesti teringat kisah bro kriss & bihunnya