Aku Rasa Bertuah

Aku Rasa Bertuah

Aku menganggap diri aku sebagai tidak/kurang mesra. Muka aku macam sardin, aku jarang menegur atau senyum pada orang yang aku tidak kenal. Kalau aku dalam bas atau teksi, aku hanya diam dan pandang ke depan atau keluar sahaja. Selalunya, orang lain perlu memulakannya untuk memetik suis kemesraan aku. Hari ini, aku bertekad untuk mengubahnya.

Tadi di perhentian bas ada dua orang budak sekolah. Aku tegur sepatah, mereka jawab sepatah. Aku tanya itu dan ini (yang berkaitan dengan urusan menunggu bas yang tak sampai-sampai), mereka hanya beri jawapan ringkas. Sudah sekolah menengah pun masih tak tahu mengarang ayat yang sempurna. Tidak berhasil usaha aku nampaknya. Mungkin muka sardin aku tidak merangsang kemesraan.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk naik teksi sahaja. Mungkin mereka dah lapar nasi; mungkin mereka bosan dengan orang tua bermuka sardin yang banyak pula songehnya. Sebuah teksi berhenti dan ada seorang penumpang lelaki tua di tempat duduk hadapan. Dia memerhati aku tanpa berkelip matanya. Mukanya lebih sardin dari muka aku; jadi aku pun senyum dan menganggukkan kepala kepadanya. Dia terus memandang aku tanpa sebarang reaksi! Memang sah tidak berhasil langsung usaha aku untuk menjadi mesra-manusia hari ini.

Akhirnya bas datang dan aku turun di stesen untuk menukar bas lain. Aku terpandang seorang perempuan tua yang aku panggil Long di kampung. Dia tidak berapa cam muka sardin aku jadi aku tegur dia dahulu. Setelah berbual kosong seketika, bas yang kami tunggu pun sampai. Aku perasan yang dia membawa bungkusan yang kelihatan berat, jadi aku suruh dia naik dahulu dan aku tolong angkatkan bungkusannya.

Aku letakkan bungkusan yang berat itu di tepi kakinya dan dia pun mengucapkan terima kasih pada aku, "Terima kasihlah, bertuah. Nasib baiklah ada engkau, bertuah woi!"

Wow! Aku dipanggil [i]bertuah[/i] hari ini. Aku diisytiharkan di khalayak ramai sebagai [b]bertuah[/b] hari ini. Dan pengisytiharan itu melenyapkan dua kekecewaan aku dalam usaha menjadi mesra-manusia sebelumnya.



posted by: ziemash (reply)
post date: 10.11.04 (2:56 am)

hehe.. dah tergelak baca pasal muka sardin hehehe. a'a.. kata2 tu kan doa.. moga terus bertuah hari ni, esok & selamanya :D



posted by: senja (reply)
post date: 10.11.04 (6:02 am)


aduuiiii krissss.. awak tahu tak... masa saya baca citer awak ni.. saya ketawa geliati sangat.. rasa macam nak tergolek golek...

sampaikan anak saya panggil saya berkali kali pun saya takperasan..

heheheh.. penat tau gelak kan awak..



posted by: krismann (reply)
post date: 10.12.04 (12:20 pm)

dah memang muka camtu, nak wat camner kan? tapi hati di dalam baik, ha ha ha.



posted by: evajeq (reply)
post date: 10.12.04 (7:32 pm)

ler kris kenapa tak tukar nama terus jadi Hang Tuah??? no no no!!! kalau jd nama begitu org lain yg bertuah... so seharusnya tukar nama Ismi Tuah .. ;)



posted by: eca (reply)
post date: 10.01.07 (10:45 pm)

ko kena buang kan mk sardin ko 2.....always smile ar....together2 like me...he...he...

Your Name:


Your Comment: