Abu Rokok dan Masak Lemak

Abu Rokok dan Masak Lemak

Kita sentiasa mengaku bahawa bangsa kita halus budi pekertinya dan agama anutan kita amat murni ajarannya. Gabungan keduanya sepatutnya menjadikan kita satu masyarakat yang terbaik dalam segala segi. Begitulah sepatutnya.


Realitinya, kita masih perlu belajar dan membudayakan banyak perkara: common sense, contohnya.


Semalam sedang aku makan tengahari di sebuah restoran, aku nampak ada seorang pelanggan mengambil lauk sambil mengepit rokok di jari. Abu rokok sepanjang lebih kurang tiga sentimeter itu nampaknya hanya menunggu masa untuk gugur. Hanya menunggu satu hembusan angin atau satu pergerakan secara tiba-tiba, ia pasti bercerai dan melayang jatuh.


Bagaimana kalau abu rokok itu terjatuh ke dalam takungan masak lemak cili api itu? Adakah dia akan mencedoknya keluar atau membiarkannya di situ sebagai perisa tambahan? Apa juga cara penyelesaiannya, bagi aku makanan itu sudah tercemar.


Apa salahnya rokok itu dimatikan atau dihabiskan dahulu sebelum mengambil makanan. Aku tahulah rokok dah naik harga sekarang tetapi takkanlah nak menghisap rokok sambil makan nasi.


Itulah masalahnya dengan restoran layan diri ini; berbagai jenis manusia bebas keluar masuk ke bahagian lauk pauk itu. Dulu aku terpandang seorang tua melayan dirinya di sebuah restoran lain. Dia tidak berbaju tetapi hanya memakai singlet. Dia juga menyimpan bulu ketiak yang berserabut seperti hirisan tembakau Jawa. Ughhh!


Bila aku komplen pada tuan kedai berkenaan adegan yang memualkan itu, jawapannya lebih lagi memualkan: "Apa boleh buat, pelanggan sentiasa betul." Kita yang merasa jijik ini bukan pelanggankah? Sejak itu aku tidak lagi makan tengahari di situ.



posted by: ianz (reply)
post date: 09.25.04 (4:08 pm)

pernah sekali tu masa ian ke sebuah pusat makanan untuk membeli makanan, ian ternampak seekor lipas merayap di atas makanan di salah sebuah gerai di situ..geli seh..



posted by: evajeq (reply)
post date: 09.26.04 (2:20 pm)

yuck.. memang la dorang tak pentingkan kebersihan.. :(.. teringat kat zaman sekolah dulu kat hostel.. penyelia tak ambik kira sangat mengenai kebersihan makanan so dia biarkan je tukang masak sesuka hati. Sedih btol bila tengok dlm telur goreng, kulit telur tidak dibuang.. sayur pula kengkadang terdpt ulat.. :( . I hate it very much kalau ingat kisah tukang masak tersebut. Finally dorang kena fired dan kena ganti dgn tukang masak yg lebih bersih dan memang masakan mereka lebih sedap dan berkhasiat. :(



posted by: tiff (reply)
post date: 09.29.04 (12:00 pm)

oops teringat fear factor.. heeeeelp

Your Name:


Your Comment: