Menjadi Warga Emas

Menjadi Warga Emas

Hujung minggu yang lepas aku ke Bukit Merah Lake Resort di Taiping untuk menghadiri perhimpunan bekas pelajar STAR lepasan tahun 1972. Perjumpaan semula tahun ini istimewa dan dipanggil Ulangtahun ke-50, bukan kerana kumpulan kami telah wujud demikian lama tetapi kerana semua ahli berumur setengah abad.


Meja pendaftaran menjadi riuh-rendah apabila kawan-kawan lama bertemu semula dan ramai yang sukar dikenali kerana rupa paras telah banyak berubah di mamah usia. Meneka identiti sesama sendiri menjadi acara utama yang melucukan; hanya gerak-geri, suara dan ciri-ciri unik dapat dijadikan panduan pengenalan kerana wajah, berat badan dan saiz setiap orang telah banyak berubah.


Oleh kerana aku sendiri sudah lebih sepuluh tahun tidak menghadiri perjumpaan tahunan ini, maka identiti aku menjadi objek tekaan mereka dan begitu juga aku sendiri menghadapi kesukaran mengenali separuh dari mereka yang hadir. Itulah kerja aku dan Iskandar (yang sudah bercucu) pada petang Sabtu lepas. Yang lucunya, nama si Iskandar itu sendiri pun aku tidak ingat sehinggalah pada majlis makan malam hari itu. Kalau benda ini terjadi 10 tahun lepas, mungkin mereka telah mencampakkan aku ke dalam Tasik Merah itu.


Antara bekas rakan sekelas yang hadir hari itu ialah Dato Rosli Shariff (CIMA), Nasir Ahmad (PUNB), Nasir Majid (penasihat kerohanian Datuk Malik, perenang English Channel), Prof. Abdul Fatah (USM) dan ramai lagi yang tidak dapat aku senaraikan di sini.
 
AJK penganjur yang diketuai oleh Fathil Sharif (yang tak besar-besar sejak dulu) telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang. Mereka mengadakan berbagai acara dan permainan untuk ahli dan keluarga, majlis tahlil untuk kawan-kawan yang telah pergi, kuliah subuh untuk kami yang menghampiri senja dan penubuhan jaringan sokongan sesama sendiri. Terima kasih Fathil, SM Noordin, Mat Bahadon dan yang lain-lain.



posted by: tiff (reply)
post date: 09.22.04 (3:33 am)

awww that's fun... klau kena buang kat tasik merah tue rasernyer lebih fun to see you swimming a shore



posted by: senja (reply)
post date: 09.22.04 (5:30 pm)

ini yang seronok yer kris.. bila berjumpa kawan kawan lama.. kadang kadang tu nama dia kita lupa tapi maseh lagi ingat rupa dia.. bila ingat rupa.. lupa lak nama dia.. lagi bila usia dah masuk senja.. berubah segala galanya.. terutama size dan berat badan..

tapi walau macam manapun.. pasti ada sesuatu yang boleh mengingatkan kita semula pada sesaorang tu.. terutama pada suaranya.. atau gaya jalan dia.. atau sesuatu tanda pada wajah mukanya seperti tahi lalat .. lesung pipit dipipi dan dimple dibawah dagunya.. betul tak??



posted by: krismann (reply)
post date: 09.23.04 (5:38 am)

Yang pasti, bungkusan luar saja berubah. Isi dalamnya masih sama.

Your Name:


Your Comment: