Kisah Cinta si Gusti Puteri

Kisah Cinta si Gusti Puteri

Akhirnya aku dapat menonton Puteri Gunung Ledang yang mendapat liputan meluas itu setelah beberapa kali tertunda. Sudah bertahun aku tak masuk panggung dan aku sendiri dah tak ingat tajuk gambar terakhir yang pernah aku tonton.


Rasanya tidak ada filem yang benar-benar lekat diingatanku kecuali Haathi Mere Saathi (di awal 70-an atau lewat 60-an) dan Cubit-Cubitan (pada lewat 70-an). Filem pertama kerana seluruh penduduk Sungai Petani telah menontonnya ketika itu termasuk emak aku sendiri; jadi aku pun tidak mahu ketinggalan. Filem kedua pula adalah kerana wajah Elvy Sukaesih, salah seorang pelakon utamanya itu, ada mirip-mirip wajah seseorang yang sangat rapat kepadaku ketika itu.


Dan yang ketiga mungkin Puteri Gunung Ledang inilah -- ia menghiburkan dan meninggalkan kesan di hati (dan menjadikan aku sebagai seorang pengkritik filem tak bertauliah).


Buat pertama kali mereka berjaya membuat sebuah filem purba yang tidak mencuba untuk menepati urutan dan kacamata hikayat asalnya. Sebaliknya, Tiara dan pengarahnya menterjemahkannya kembali dan melihat dari aspek kemanusiaan. Aku seronok melihat cara mereka menonjolkan pergolakan perasaan yang bermain di dalam hati watak-watak utama filem itu.


Dan buat pertama kali juga, kita melihat watak Datuk Bendahara tidak lagi menjadi seorang yesman tetapi sebagai seorang pentadbir yang berfikir. Rahim Razali memang berjaya sekali melakonkan wataknya. M Nasir juga sangat sesuai sebagai Tuah yang sentiasa di dalam kemurungan oleh kerana pertarungan di antara tugas dan cinta di dalam dirinya.


Adakah rentaknya terlalu lambat? Aku fikir tidak keran PGL bukanlah sebuah filem aksi. Jika ia terlalu pantas, aku rasa penonton tidak akan dapat menjiwai pergolakan perasaan dan kesan dramatik yang cuba disampaikan melalui mimik muka, bahasa badan dan bahasa puitis yang terkandung di dalam skripnya.


WBP aku tak berapa suka dengan adegan pasar yang terlalu simple dengan pondok-pondok seperti pasar minggu sahaja. Sebagai pusat komersial serantau kepada sebuah kerajaan berdaulat, sudah tentu para peniaganya mampu membangunkan kedai yang lebih kukuh dan teratur.


Yang keduanya: Sultan Mahmud mempunyai gigi yang tidak tersusun elok! Terdapat banyak shot yang menonjolkan kecacatan ini hingga aku berfikir adakah ini cerita Raja Bersiong atau pun PGL. Dengan kepakaran dan teknologi yang mereka miliki, sepatutnya mereka boleh menggunakan sudut lain yang lebih sesuai.


Secara keseluruhan, PGL boleh dibanggakan. Aku harap ia akan mencetuskan trend baru dalam pembikinan filem tempatan. Mungkin selepas ini kita akan dapat melihat bagaimana Tuah meng'ayat' Teja sampai cair awek Pahang tu dan apa sebenarnya terjadi dalam perjalan dari Pahang ke Melaka. Aku tak dapat percaya yang Tuah tiada perasaan langsung kepada Teja setelah mengembara merentasi hutan belantara berminggu-minggu berdua...



posted by: tiff (reply)
post date: 09.13.04 (3:44 pm)

congratulations! finally you did it! ermmm filem hindustan... elvy sukaesih? saya tak tahu siapa itu pak... k, back to pgl... interesting comments....




posted by: krismann (reply)
post date: 09.13.04 (9:13 pm)

Mbak Elvy ialah seorang penyanyi dangdut, seangkatan dgn Bapak Rhoma Irama.



posted by: tiff (reply)
post date: 09.14.04 (2:54 am)

oic... she's must be a pretty lady and perhaps like ermmm "...1974 company dinner... where it all started?"



posted by: taurusgal (reply)
post date: 09.14.04 (7:27 pm)

elvy memang seorang yang cantik dan anggun.....dan ini menguatkan semangat aku untuk memnonton filem PGL tapi tunggu vcd keluar lah...hehehehehehe..sebab ada seorang pelakon singapura yang turut berlakon dalam filem PGL



posted by: krismann (reply)
post date: 09.14.04 (11:11 pm)

tiff: uncanny resemblance, right down to the 'tahi lalat' on the chin. sigh ;) kata tak tahu



posted by: ianz (reply)
post date: 09.15.04 (1:40 am)

kalau elvy dah gelek..mengancam ooo..hehehehe



posted by: tiff (reply)
post date: 09.16.04 (1:11 am)

kah kah kah just trying trying only :-)



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (11:02 am)

Nice article



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (7:54 pm)

Nice article



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 03.01.09 (3:44 am)

Nice article



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 03.01.09 (11:36 am)

Nice article

Your Name:


Your Comment: