Bas Buruk

Bas Buruk

Kesian anak aku, Dana. Mulanya dia tak dapat balik ke sekolahnya di Pasir Puteh, Kelantan pada hari Sabtu sebab tiket bas habis. Jadi aku belikan tiket untuk perjalanan hari ini dari kaunter Transnasional.


Semasa basnya sampai, aku dah tak sedap hati. Punyalah buruk basnya hinggakan petugas di kaunternya pun terkejut. "Kenapa dia orang kasi bas buruk ini? Habis stok-stok lama pun dikeluarkan!" katanya.


Lebih kurang setengah jam bas itu berlepas, aku terima SMS: "Buruknya bas ini, macam-macam bunyi ada! Tak boleh sandar sebab dia terus turun ke belakang." Aku dapat bayangkan bagaimana kekok situasinya jika terpaksa tidur dengan penyandar itu di atas ribaan penumpang di belakang.


Aku kerisauan. "Moga-moga selamat sampai ke Kota Bharu," aku berdoa diam-diam di dalam hati. Beberapa jam kemudian datang lagi SMS dari anak aku: "Hu hu hu bas rosak! Kami kena tumpang bas lain, berdiri dari puncak tertinggi tadi, sekarang dah nak sampai Jeli. Teruknya!"


Bayangkanlah! Jalan bengkang bengkok menuruni bukit dan awak terpaksa berdiri. Transnasional akan menerima sepucuk surat dari seorang bapa yang sangat risau nanti.


Akhirnya, datang lagi SMSnya: "Dah sampai KB. Letihnya Abah! Hujan lebat dan hari pun dah nak gelap." Pukul 7:17 malam dan dia masih perlu membuat perjalanan dari KB ke Pasir Puteh. Aku membalas: "Sabarlah. Lain kali Abah tak beli lagi tiket Transnasional." Tobat, kata orang sini.


Dana berjaya dapatkan teksi dan selamat sampai ke asrama sekolahnya. Baru lega rasa di hati. Yang pasti, Transnasional telah hilang seorang pelanggan.



posted by: Embunpagi (reply)
post date: 08.31.04 (5:17 pm)

Saya bukan tidak berkenan ngan service Transnasional tapi cara mereka mengendalikan perjalanan dan cara mereka berkomunikasi ngan orang ramai membuat saya jelak dengan nama itu. Nama yang satu ketika dulu cukup gah..bila hanya syarikat itu sahaja yang punya service yang bagus. Pulang berhari raya cukup seronok. Namun sekarang anak anak lebih gemar menggunkan Plusliner...lebih selesa katanya...perjalanan 4 hingga ke 5 jam... tidak terasa penatnya...




posted by: krismann (reply)
post date: 08.31.04 (10:04 pm)

Betul tu, Embun. Hari tu Mutiara habis, Senibudaya pun habis. Kalau ada pun perjalanan malam, risau pulak sebab sampai sana sebelum Subuh lagi, anak perempuan pula tu. Transnasional dah jadi Trans-not-professional sekarang.

Your Name:


Your Comment: