Seorang Lagi Ibu Tunggal...
07.30.04 (3:58 am) [edit]
Berjumpa dengan seorang rakan sekelas, Toy, kelmarin dan dia merungut-rungut kerana seseorang mencarut kepadanya melalui SMS. Risik-risik rupanya penghantar SMS tu adalah ex-husbandnya!
Ex-husband? OMG, seorang lagi menjadi ibu tunggal, :evil: ditinggalkan sudah hampir setahun dengan dua anak yang masih kecil dan terpaksa bertungkus lumus sendirian untuk menyara anak-anak kecil itu.
Kami menghadir kelas yang sama tahun lepas dan aku pernah melihatnya dalam keadaan tersangat murung dengan air mata bergenang. Nak tanya nanti dikatakan menyibuk, jadi aku anggap sebagai pergaduhan rumahtangga biasa sahaja. Toy pernah cakap yang suaminya (ketika itu) tidak memberi sokongan terhadap usahanya mengejar diploma sebagai pelajar sambilan. Aku fikir mungkin suaminya petani atau pemandu van kilang yang kurang memahami kepentingan pengajian tinggi.
Rupa-rupanya tidak. Suaminya seorang guru berijazah dan ketika itu sedang mengambil Masters. Ketika di universiti, dia menjalin hubungan dengan coursematenya -- isteri orang beranak empat! Selepas mendapat Masters, mereka dinaikkan pangkat dan bekerja di KL, bercerai dari pasangan masing-masing dan berkahwin. Khabarnya ini adalah perkahwinan ketiga bagi perempuan itu!
Jadi, tinggallah ex-husband si Toy ini di KL dengan isteri baru dan 4 orang anak tirinya. Si Toy pula tinggallah di kampung bersama dua orang anaknya tanpa sebarang saraan sejak tahun ini. Bila dia SMS tanya fasal saraan anak, dia dapat carut-marut dan seribu helah.
Hairan ya manusia sekarang ini, semakin banyak pelajaran semakin kurang pula pertimbangan akal mereka. Semoga Toy dan mereka yang senasib dapat menghadapi hidup mereka dengan sabar.

posted by: tiff (reply)
post date: 07.29.04 (6:03 pm)
tersentuh ati bila baca kisah toy nie.. kebelakangan nie terlalu banyak kisah camnie yang tiff dengar... sungguh menyedihkan... yang mengherankan/menggeramkan tiff the so called 3rd party tue tak rasa bersalah kat orang yang mereka lukakan atinyer tue.... nie blum lagi anak2... nie yang buat singles takut nak kawin kah kah kah on top of that single parenting is very, err actually extremely challenging....
oops btw, kekadang tue bukan sms lucah jer... email pong dierang antar
posted by: Honeytar (reply)
post date: 09.25.04 (8:17 pm)
I've heard too many stories of the same kind. Ini lah akibatnya pembangunan jasmani yg tidak disertai dgn pembangunan rohani. If we have more conscience, we wouldn't have the heart to treat others like this. My prayers for the ibu tunggal.
posted by: mizan (reply)
post date: 08.01.06 (8:08 pm)
ingin berkenalan