Ia Penting!
07.27.04 (6:09 pm) [edit]
Apa sahaja yang anda lakukan adalah penting. Kecil atau besar, ia penting. Dari sekecil-kecil seperti senyum kepada cashier di supermarket atau ucapan selamat kepada kerani tol di lebuhraya hingga kepada sesuatu yang besar seperti menolong seseorang atau memberi hadiah. Jangat ingat ia tidak penting.
Kamu tidak akan tahu bila sesuatu yg dilakukan dapat memberi semangat kepada seseorang untuk terus hidup atau mencapai sesuatu kecemerlangan. Seluruh alam ini hidup kerana sesuatu yang kecil, yang difikirkan tidak penting seperti sehelai daun yang gugur, berlaku di suatu tempat pada suatu ketika.

posted by: newbie (reply)
post date: 07.27.04 (6:29 am)
errmm....
memang sebuah senyuman yang di lemparkan tika hati di landa resah dapat menghilangkan rasa gundah gulana.
Senyum walaupun pahit hanya empunya diri saja yang mengetahui tahap keikhlasan senyumannya,
Apapun,sedekah yang paling murah dan afdal ialah memberi senyuman pada merka yang kita temui walaupun kita tidak mengenali ketika bertembung atau berseliseh bahu.
Sekadar memberi pandangan ikhlas.
posted by: krismann (reply)
post date: 07.28.04 (8:03 am)
TK kerana sudi singgah ke sini. Selain dari senyuman, kata-kata ringkas seperti "Terima Kasih", "Tolong" dan "Maaf" juga amat besar peranannya.