Bangkai Binatang di Jalanan

Bangkai Binatang di Jalanan

Kini terdapat satu ciri baru di dalam pemandangan indah di luar bandar. Penambahan baru ini tidak terdapat di dalam gambar-gambar poskad atau pun lukisan. Bayangkan senarionya: langit yang biru, awan berarak perlahan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, gunung ganang yang tegap diselaputi kabus, anak-anak kecil berenang di anak sungai dan, BANGKAI-BANGKAI BINATANG di jalanraya.

Kita sudah tidak menghormati kehidupan dan kematian. Binatang perosak yang dibunuh seperti biawak, ular, tikus dengan senangnya dicampak ke atas jalanraya bersama bangkai binatang domestik yang dilanggar kereta seperti ayam-itek, kucing dan anjing. Semuanya dibiarkan untuk digilis hancur oleh kenderaan yang lalu lalang dan akhirnya menjadi sebahagian dari turapan yang dibuat sebelum mengundi dulu.

Bangkai binatang seperti biawak dan kucing adalah cukup besar untuk menyebabkan kemalangan kepada pengguna motosikal. Kalau lembu kambing pun boleh diratakan oleh bas dan lori treler, aku rasa sudah tentu itu pun ditinggalkan ditengah jalan.

:evil: Kenapa aku merungut tak tentu pasal ni? Tentulah, aku nyaris terlanggar bangkai seekor biawak batik yang baru dibuang ke atas jalan tengahari tadi. Apasal diorang malas sangat -- sudah bunuh, tanamlah elok-elok.

:oops: Jam dia tak betul arr -- baru 6:37 ptg per



posted by: tiff (reply)
post date: 07.24.04 (3:51 am)

yep, stuju kucing slalu menjadi mangsa... satu pagi, 4 bulan lepas tiff sendiri hampir terlanggar sejor kucing tapi sib baik sempat mengelak... tetapi maser memandu kat highway..... sedih, ngeri bila nengok sekor kucing dah kena langgar ditengah tengah jalanraya... terurai isi perut dier... kecian sungguh.... cam terasa kesakitan yang dialamiyer maser dilanggar lari... felt so sick the whole day..... plak tue warna kucing tue samer ngan warna kucing yang hampir tiff langgar.... aduhhhh.. kadangkala orang bukan malas nak tanam tapi tak dapat/sempat nak berhenti terutama skali waktu sibuk dan kemungkinan uga tak der tanah nak tanamkan binatang tue... mithalnyer klau tiff terlanggar kucing di highway sin maser waktu sibuk camner nak berhenti> lagipon tak der tanah kat situ dan klau tiff bawa balik pon... tiff tak tahu camner nak cari/beli tanah untuk tanam dier.... ermmm so... any sugestions?




posted by: Embunpagi (reply)
post date: 07.24.04 (4:46 am)

Kenapa kucing yang jadi mangsa?.
Di kawasan perumahan memang terdapat kucing liar dan kucing peliharaan, kucing liar hidup tanpa belai manja dari manusia, sementara kucing belaan pulak diberi makan dan tempat berteduh...

Bagitu jugak laaa dengan kita , scenario ini jugak berlaku didalam kelompok kita...yang berpelajaran dan berkedudukan di sanjung manakala yang biasa hanya jadi kerlingan sahaja.

Renungkan lah?





posted by: krismann (reply)
post date: 07.24.04 (12:49 pm)

Tiff: dalam bandar tu OK sebab ada orang cuci setiap pagi atau malam. tapi kat luar bandar tu, kalau tanam pun jadi baja.
EP: di atas jalan kereta tak kenal yang mana belaan, yang mana liar. kena fikirkan juga, kan?

Your Name:


Your Comment: