Siapa Jiran Kamu?
07.23.04 (8:29 pm) [edit]
Satu kampung menjadi gempar dengan berita seorang anak gadis, Nor Sofina Ramli, disembelih hidup-hidup oleh jirannya yang dikatakan tidak siuman! Kejadian itu berlaku di Perigi, Yan, Kedah. Kampung aku berada di dalam daerah yang sama dan jaraknya hanya lebih kurang setengah jam perjalanan jika memandu. Ibu aku yang berada di pekan Yan ketika itu pun lari balik ke rumah ketakutan.
Memang betul bukannya setiap hari jiran terdekat anda menerpa masuk ke rumah dengan pisau ala-Rambo terhunus ditangan dan mula mengukir anak perempuan anda sepotong demi sepotong, satu anggota demi satu anggota. Tetapi apa dah nak jadi dengan masyarakat kita apabila jiran tetangga perlu dilihat dengan syak dan wasangka. Apa nak jadi bila kita sudah tidak boleh mengharapkan orang sebelah?
Aku rasa lega kerana orang itu telah ditangkap oleh polis tetapi tidakkah kejadian yang menyayat hati ini boleh ditegah daripada awal lagi? Jika wayar penyembelih telah putus kenapa dia dibiarkan di kalangan masyarakat? Kita ada tempat untuk orang begini di Tampoi, Tanjung Rambutan dan sebagainya.
Sunguh aku tidak dapat membayangkan derita yang dilalui budak perempuan itu. Dia baru berumur 18 tahun sahaja -- banyak lagi yang perlu dipelajari dan dialami. Seluruh dunia ini terbentang di hadapannya tetapi kini dia telah pergi.
Salam takziah untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Dan [i]al-Fatihah[/i] untuk anak gadis yang tak berdosa itu.