Maulid ur-Rasul
Aku bekerja seperti biasa walau pun hari ialah hari kelepasan am sempena Maulid. Dan aku menerima SMS berikut:
Tiada hrpn slain Allah, tiada idola slain Rasulullah, tiada kata seindah Quran, tiada jln selurus asSunnah, tiada pjuangan slain Islam. SLM MAULIDURRASUL 12 R'AWAL 1427
Sungguh indah kata-kata itu. Hari ini ialah ulangtahun kelahiran Utusan Tuhan yang dihantar sebagai Rahmat Kepada Sekelian Alam. Hari ini ialah hari untuk kontemplasi tentang diri kita dan hubungan kita dengan Utusan mulia ini.
Tokoh idola ini telah meninggalkan Sunnahnya kepada kita. Adakah kita telah berusaha mengikutinya setepat mungkin? Atau kita mencuba pun tidak?