Soalan Bocor
04.08.06 (5:36 am) [edit]
Bulan Februari lepas aku menerima email dari adik aku yang diakhiri dengan soalan ini:
Memang benar dia adalah satu-satunya adik aku seibu-sebapa dan memang benar aku telah menikah dengan Tiffany pada 20hb November tahun lepas. Tidak ramai yang tahu kerana kami belum memaklumkan kepada sesiapa kecuali sahabat-handai yang rapat sahaja. Dan baru-baru ini aku memberitahu anak-anak sulong dan kedua aku, kalau-kalau berlaku sesuatu kepada salah seorang dari kami berdua. Kemudian Tiff pula memberitahu kedua-dua orang anaknya.
Hari ini (Jumaat, 7hb April) berita ini akhirnya disampaikan kepada emak aku oleh adik aku. Aku sendiri belum sempat berjumpa dan berbual dengannya tentang hal ini. Dari apa yang dikirim oleh adik aku melalui sms, aku difahamkan yang dia menerima berita ini dengan tenang dan gembira. Bahkan dengar khabarnya, dia telah pun merancang-rancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran.
Aku menjangka tidak lama selepas ini seluruh kaum kerabat akan mendapat tahu berita ini. Tentunya mereka gembira dengan perkembangan ini. Aku merasa seperti suatu bebanan yang amat berat telah dilepaskan dari bahu aku. Entahlah, semoga Tiff juga dapat berkongsi rasa kelegaan yang melanda perasaan aku sekarang ini.
Cuma, persoalan yang mungkin akan bermain di fikiran mereka adalah: Mengapa Tiff dan aku perlu merahsiakan sekian lama sesuatu yang baik seperti pernikahan ini?
Lagi sekali last… paragraph ni yg paling syok.. AWAT HANG MENIKAH TAK BAGI TAU… aku satu2 nya adik hang di dunia ni… la ni hang nak buat macam mana? Nak aku nak habaq kat mak ka? Kalau hang bagi tau aku pu boleh atoq menikah di SP… anyway selamat pengantin baru…
Memang benar dia adalah satu-satunya adik aku seibu-sebapa dan memang benar aku telah menikah dengan Tiffany pada 20hb November tahun lepas. Tidak ramai yang tahu kerana kami belum memaklumkan kepada sesiapa kecuali sahabat-handai yang rapat sahaja. Dan baru-baru ini aku memberitahu anak-anak sulong dan kedua aku, kalau-kalau berlaku sesuatu kepada salah seorang dari kami berdua. Kemudian Tiff pula memberitahu kedua-dua orang anaknya.
Hari ini (Jumaat, 7hb April) berita ini akhirnya disampaikan kepada emak aku oleh adik aku. Aku sendiri belum sempat berjumpa dan berbual dengannya tentang hal ini. Dari apa yang dikirim oleh adik aku melalui sms, aku difahamkan yang dia menerima berita ini dengan tenang dan gembira. Bahkan dengar khabarnya, dia telah pun merancang-rancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran.
Aku menjangka tidak lama selepas ini seluruh kaum kerabat akan mendapat tahu berita ini. Tentunya mereka gembira dengan perkembangan ini. Aku merasa seperti suatu bebanan yang amat berat telah dilepaskan dari bahu aku. Entahlah, semoga Tiff juga dapat berkongsi rasa kelegaan yang melanda perasaan aku sekarang ini.
Cuma, persoalan yang mungkin akan bermain di fikiran mereka adalah: Mengapa Tiff dan aku perlu merahsiakan sekian lama sesuatu yang baik seperti pernikahan ini?
posted by: senja (reply)
post date: 04.16.06 (3:22 pm)
assalamualaikum.. kris, laa.. mana pi chatbox ni, puas akak cari ngak ada, so akak jawab disini lah yer..
pertama tama kali akak ucapkan selamat pengantin baru.. takpelah walaupun dah berlalu.. semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian sekeluarga.. amin ya rabbal 'alamin..
kedua.. terimakasih masih lagi menjenguk blog akak tu, akak je yang selalu sebuk sangat sejak dah ada cucu tu.. paham paham je lah..
akhir sekali.. sampaikan salam akak pada tiff.. kalau ke singapura nanti.. bagitaulah kak akak.. boleh singgah umah akak yang cute ni..
posted by: senja (reply)
post date: 04.16.06 (3:23 pm)
alamak kris!.. akak jawab jam akak 8:33 pagi.. tapi dia kuar kat blog kris waktu petang lak..
posted by: kris (reply)
post date: 04.26.06 (9:49 pm)
Terima kasih, Senja. Chatbox dah expired, nantilah saya cari yang baru. Insya-Allah, nanti saya cuba jengok-jengok sebab sekarang dah nak jadi orang Singapore :)
posted by: lollypop (reply)
post date: 06.02.06 (10:37 am)
elehmek abg kriss.. congratss.. lama x jengah blog ne.. da ada org baru ghupanya.. :) congrats gik skalik :)