Masalah Dunia
Silap makan. Perut sakit sejak semalam. Apa satu kerja pun aku tak buat, asyik menung dan baring-baring jer. Nak makan apa pun tak selera dan takut kalau-kalau bertambah perit sakitnya.
Selalunya tak ler berapa kisah sangat. Aku boleh lalui hari-hari begini tanpa peduli rasa sakit dan ketidak-selesaannya. Dan penyakitnya akan pergi begitu sahaja di penghujung hari kerana tidak dilayan.
Tapi sejak kebelakangan ini lain pulak. Nak manja-manja dengan orang tua, aku sendiri pun dah tua. Nak kerah anak-anak, semuanya jauh-jauh. Nak dilayan lebih-lebih, melintas depan sepital pun aku takut.
Jadi, aku berkurung dalam pejabat jer. Aku murung dalam pejabat jer. Sekali-sekala aku pergi fikirkan masalah dunia di dalam bilik termenung. Banyak kali dah fikir pun tak selesai juga.
Aku rindukan dia, agaknya.