Kampung Pun Sudah Tidak Selamat

Kampung Pun Sudah Tidak Selamat

Ketika kita mula meyakini yang kehidupan di kampung itu selamat dari di bandar, perkara-perkara yang tak elok berlaku.

Beberapa bulan yang lepas, seorang penagih yang selalu dijumpai meronda kampung di waktu malam telah ditangkap kerana cuba memperkosa seorang nenek yang sedang berjalan ke masjid untuk solat Subuh. Nasib baik sebuah van kilang lalu di situ ketika itu; dia dihalang dan kemudiannya diambil polis.

Aku kagum dengan semangat niaga seorang anak muda kerana berjaya membuka kedai roti canai yang laris jualannya. Bila dia membeli sebuah kereta BMW terpakai, aku bertambah kagum. Sekarang dia telah menghilangkan diri -- dengar-dengar pihak berwajib amat berminat untuk bercakap dengannya berkenaan pengedaran pil-pil khayal di kalangan remaja kampung.

Beberapa minggu yang lepas ketika minum malam di warung Paktam, aku ternampak beberapa kereta luar menyerbu sebuah kedai yang masih di dalam pembinaan. Seorang pengedar muda bersama beberapa pelanggannya dimasukkan ke dalam van dan hilang di dalam kegelapan malam. Bisik-bisik orang kampung mengatakan yang datang itu semuanya dari Bukit Aman.

Belum pun sempat menghela nafas kelegaan kerana jebon-jebon itu semuanya bercuti panjang, terjadi pula hal di antara jiran-jiran belakang rumah di hujung kampung. Anak bujang orang sebelah dikatakan telah cuba merogol cucu orang belakang yang baru berumur 5 tahun. Budak kecil itu datang dari KL bersama ibunya yang balik bersalin anak kedua.

Ia selamat kerana neneknya datang mencari untuk dimandikan kerana hari sudah petang. Kalau tidak, entahlah apa yang terjadi padanya. Na'uzu bil-Lahi! Nenek dan datuknya segera datang dari Pahang membawa balik cucu mereka bila diberitahu. Sekarang ia menjadi kes polis dan sedang menunggu hari perbicaraan.

Aku mula memikirkan yang di bandar tempat aku bekerja mungkin lebih selamat. Tapi baru-baru ini, seorang perempuan muda keturunan Cina-Siam yang keluar berjogging dijumpai mati dibunuh dan dirogol. Beritanya keluar di akhbar-akhbar.

Mana kita nak pergi?



posted by: orang umah (reply)
post date: 01.28.06 (5:43 pm)

Na'uzu bil-Lahi! ish ur entry nie meremangkan bulu roma ler... tingat kat anak2... minta disimpangkan.



posted by: basa (reply)
post date: 03.08.06 (3:15 pm)

Dunia sekarang sudah tidak selamat lagi.



posted by: krismann (reply)
post date: 03.20.06 (12:13 am)

Mungkin orang sekarang tidak lagi berdoa minta keselamatan kaum keluarga dan anak cucu, seperti kita yang mendapat manfaat dari doa orang dulu-dulu.

Your Name:


Your Comment: