Gadis Zaman Sekarang

Gadis Zaman Sekarang

Aku berpeluang menyaksikan sesuatu yang menggelikan hati hari ini ketika memandu pulang pada pukul 7:00 pagi. Aku suka apa yang aku rasa apabila pulang pada waktu begini kerana aku melakukan sesuatu yang bertentangan: orang dewasa berpusu pergi kerja, anak-anak telah siap berada di sekolah kecuali beberapa orang yang terkejar-kejar kerana lewat dan aku menghala ke rumah untuk rehat sekejap hingga tengahari.

Hari ini lain sikit. Aku melihat di cermin pandang belakang ada dua penunggang motosikal mengekori aku semasa berada di Seri Tanjung. Seorang lelaki muda yang mungkin juga baru selesai syif malam dan seorang lagi perempuan muda yang aku nampak membeli surat khabar di simpang Bunga Raya tadi. Pandangan biasa tetapi aku perasan yang dia tersenyum nakal dan aku memerhati lagi di cermin pandang belakang. Dia siap bermekap dan cuma memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut tetapi tidak bertopi keledar. Sementara lelaki itu berpakaian lengkap, siap dengan jaket dan helmet, mukanya serius dan nampaknya seperti tergesa-gesa cuba memotong aku.

Lelaki itu berjaya memotong aku di Taman Orkid, dan perempuan itu mengejarnya di belakang dengan laju. Dia sentiasa berada rapat di belakang lelaki itu, kadang-kadang di kiri, kadang-kadang di kanan, dengan tayar hadapannya selaras dengan tayar belakang lelaki itu. Dia tidak memotong walau pun berpeluang ketika di jalan Taman Mawar yang lapang. Aku yang mengekori mereka di belakang tersenyum menyaksikan kelucuan acara mengorat atas motor ini.

Aku amat pasti tentang itu. Budak perempuan itu terang-terang mengorat lelaki tadi dengan acah-acah berlumba dengannya. Aku tidak berapa bimbang keselamatannya kerana aku perhatikan dia berani dan cekap mengedalikan motornya. Dan yang paling melucukan ialah si mamat syif malam itu yang nampaknya kurang senang dengan asakan berani budak perempuan itu, dan dia cuba memecut lari darinya. Orangnya boleh tahan juga rupanya, mungkin sudah bertunang atau berkahwin.

Akhirnya dia dapat menghela nafas lega di Sungai Layar Dalam kerana budak perempuan yang masih tersenyum itu membrek dan membelok masuk ke jalan minitar di hadapan perumahan angkatan tentera. Kedua-dua mereka tentu ada moodal untuk buka cerita dengan kawan-kawan mereka hari ini. Dan aku ada modal untuk memblog.

Hmmm... bebudak pompuan sekarang!



posted by: qina (reply)
post date: 09.14.05 (10:10 pm)

berani tak bertempat tu ... ngorat la elok2 kan .. eheh



posted by: slash (reply)
post date: 10.04.05 (9:07 am)

Eh, best gak citer ni.. sebenarnya selalu nampak bebenda macam ni tapi bila nak compose blog, lupa plak...



posted by: skool girl (reply)
post date: 03.22.07 (4:34 pm)

Reply to: newbie
eh, kenapa ngan perempuan 2....... tak ada lelaki lain ka nak ngorat.. ada banyak lagi jantan2 kat dunia ni..



posted by: Leigh (reply)
post date: 04.12.07 (8:12 pm)

Keep up the great work!




posted by: Difvo (reply)
post date: 04.12.07 (9:07 pm)

Keep up the great work!




posted by: Tinatzi (reply)
post date: 04.13.07 (6:45 pm)

Keep up the great work!




posted by: Leigh (reply)
post date: 04.14.07 (9:48 am)

Keep up the great work!




posted by: atie (reply)
post date: 04.28.07 (6:51 am)

keep up da great work




posted by: Tinavyv (reply)
post date: 05.09.07 (5:07 pm)

Keep up the great work!


Your Name:


Your Comment: