Bimbang dan Ragu

Bimbang dan Ragu

Mengapa seluruh kehidupan kita sekarang penuh dengan rasa bimbang dan ragu? Kita sebenarnya tahu yang kita tidak perlu bimbang terhadap sesuatu perkara tetapi kita masih juga mengalaminya. Kebimbangan itu kadang-kadang memuncak hingga melumpuhkan segala pengharapan kita. Apakah kita tidak lagi yakin dengan janji Tuhan yang Dia akan mengubah nasib orang yang mahu berubah? Adakah kita lupa yang Dia akan membantu 10 kali ganda atas usaha kita?

Ketika kita membesar dan mula belajar bertateh, kita tidak pernah bimbang yang kita akan terjatuh, kita tidak pernah ragu yang ibu atau ayah kita tidak akan menyambut kita. Lalu kita bertateh dengan berani, bangun semula jika terjatuh untuk sampai ke dalam pelukan ibu atau ayah yang menanti sambil memberi semangat. Dan akhirnya kita berjaya berjalan sendiri dan lama-kelamaan berlari ke sana sini macam peluru.

Dengan sikap yang sama, kita mepelajari berbagai kemahiran -- panjat pokok, mandi sungai, naik basikal dan lain-lain -- tanpa bimbang atau takut. Kita tidak pernah ragu kepada kebolehan kita. Sehinggalah ada orang memberitahu kita akan akibat buruk yang mungkin diterima dari perbuatan itu. Sehinggalah orang menakut-nakutkan kita. Keraguan yang ditanam oleh orang lain atau yang lahir dari satu dua kegagalan mula mempengaruhi keyakinan diri kita.

Semakin kita dewasa semakin banyak pengalaman yang kita lalui dan setiap satu menyumbang kepada kebimbangan atau keyakinan diri dan mengatur bagaimana kita berfikir dan bertindak dalam kehidupan seharian. Ia membentuk personaliti kita dan menentukan siapa aku, kamu, dia dan mereka, samada dalam aspek negatif atau pun positif.

Apabila itu berlaku, kembalilah bertateh dan bangun semula setiap kali kamu terjatuh. Lakukanlah dengan kepercayaan jika kamu tidak belajar bertateh, kamu tidak akan berjalan dan berlari selamanya. Bertatehlah dengan keyakinan bahawa ada orang yang sedang menunggu di hadapanmu, memberi semangat dan menghulur tangan untuk meyambut serta memelukmu apabila kamu sampai di sana. Just do your 10% and leave the rest to Him.



posted by: tiff (reply)
post date: 08.30.05 (7:34 pm)

adakalanya kebimbangan itu perlu didalam kehidupan... tanpanya kita mungkin akan terlalu menyerah kepada tak takdir sedang kita perlu berusaha untuk mengubah nasib

Your Name:


Your Comment: