Banjir di Mumbai, di Sini Tempias

Banjir di Mumbai, di Sini Tempias

Tak lah, aku bukan nak cerita berkenaan Shahrukh berenang di tengah jalanraya di Mumbai. Tapi bila difikirkan, oleh kerana sekarang dah tak boleh menari keliling pokok takut dibawa arus banjir, macam mana pula mereka bercinta ya?

Ketika hujan lebat baru-baru ini, aku berada di pejabat korporat aku yang baru untuk menguruskan transaksi berjuta-juta lemon seperti biasa. Kat dinding tu kan ada lobang 108x19 inci untuk melihat pemandangan indah di belakang pejabat.

Mula-mulanya syok sebab bumbungnya dah tak bocor dan angin sejuk menghembus keluar masuk pejabat aku. Hawadingin semulajadi. Lama-kelamaan rasa macam lembab gitu. Rupa-rupanya tempias menggila habis lantai dan barang-barang aku (baca: kelengkapan pejabat) yang diletakkan di atas lantai habis basah!

Nasib baik ada sedikit McGyver dalam diri aku, jadi aku gantung tikar (bukan gulung tikar) menggunakan dawai untuk menutup lubang tingkap dan tempiasnya berhenti. Tetapi bukan tempias sahaja yang berhenti. Cahaya dan angin pun dah tak masuk. Biarlah, aku ada lampu dan aku ada kipas.

Keesokan harinya semas aku masuk ofis, aku memandang tikar yang tergantung di tingkap aku itu. Cantik pula dia. Ada pattern, ada warna, nampak macam hiasan dinding yang mahal ler pulak. Jadi teruslah ia di situ. Cuma sekarang kalau nak tidor susah sikit sebab dah tak ada tikar.

0 Comments

Your Name:


Your Comment: