Hospital Gila!
07.22.05 (1:32 am) [edit]
Pergi ke hospital hari ini untuk mengambil keputusan ujian darah Dalila yang dilakukan pada bulan lepas. Ketika itu pangkal lehernya kelihatan seperti bengkak sedikit dan aku risau yang dia mungkin menghidapi thyroid. Aku pergi ke kaunter dan memberikan nombor KP anak aku dan seorang petugas di situ bertanya tujuan aku ke sana.
Setelah memberitahunya dan aku meminta supaya dia mengeluarkan kad rekod anak aku untuk rujukan. Dia pula menyuruh aku ke bilik rawatan dan bertanyakan jururawat di situ. Jika diperlukan barulah aku datang semula mengambilnya. Si jururawat ini pula bertanya tarikh sebenar ujian itu dilakukan. Aku cakap aku tak pasti tetapi tarikhnya boleh dirujuk di dalam kad rawatan yang tidak mahu diberi oleh petugas di kaunter itu.
Selepas beberapa minit jumpa pula dia laporan tu. Dan laporan tu pula perlu diterangkan oleh seorang doktor. Jadi kembali aku ke kaunter supaya aku dibenarkan berjumpa doktor. Aku diarah ke sebuah bilik doktor yang kosong meminta kad itu sekali lagi. Dua tiga kali aku jenguk masih juga kosong.
Aku pun hilang sabar. Aku meluru ke kaunter dan bertempik kenapa susah sangat untuk berjumpa doktor untuk mendapat penerangan dan meminta supaya kad rawatan anak aku dikeluarkan ketika itu juga. Barulah diorang cakap tidak boleh kerana pesakitnya tidak hadir bersama. Aku cakap apa salahnya kerana aku ini bapanya dan apa yang boleh aku lakukan dengan maklumat perubatan anak aku.
Akhirnya aku diberi kad rawatan itu dan diberi nombor giliran untuk bertemu doktor. Keputusan ujian itu? Dia normal dan tidak perlukan rawatan lanjut. Leganya aku. Simple and sweet. Tetapi bayangkan, betapa rumitnya protokol yang terpaksa aku lalui.

posted by: hijaupurnama (reply)
post date: 07.22.05 (9:21 pm)
Dapat bayangkan apa yang sdr alami.B'hadapan dgn situasi seakan sama bila bawa mak untuk temujanjinya dgn doktor. Kalau bercerita, saya akan hasilkan satu tulisan yg mungkin lebih pjg drp apa yg Kris tulis. Paling m'geramkan bila nama my mom tidak dipanggil hanya kerana failnya tak termasuk dalam pilihan tangan jururawat tersebut. Jst imagine, fail pesakit yg dah dipanggil nama bercampur aduk dgn yg belum dipanggil nama, diangkat diletak,diambil disimpan.. yg kiri letak kat kanana. yg kanan diletak kat troli. yg kat troli dicampak ke kiri.kiri kanan troli. Troli, kanan, kiri. Kanan, kiri, troli. Bingung kalau saya jadi fail2 tu..Dan saya lihat ada juga fail yg terbiar tak berusik. Baru faham kenapa nama mak tak dipanggil2.Bila tanya jururawat, dia kata tunggu kejap. Utamakan org lebih tua. Saya ckp saya tanyakan fail mak saya bukan saya.Mendidih bila dia selamba jawab, kenapa mak tak datang sendiri?Mak saya kena stroke.Takkan anak nak dok atas kerusi dan mintak mak uruskan sendiri.Gila!!Bila jumpa fail, dia kata dah panggil dari tadi nama ni..He he..kami bertiga menunggu kat luar tak bergerak2, takkan ketiga2 ada sound problem...
posted by: SM (reply)
post date: 07.27.05 (4:44 pm)
Kri, Sudah lama diharapkan perbaikan di bidang birokrasi pemerintahan yang selama ini banyak menuai kritik. Banyak pakar yang sudah menguliti habis borok birokrasi pemerintahan di negara ini. Birokrasi pemerintahan di Malaysia sememang nya kontraproduktif. Mungkin antara lain disebabkan oleh kepemimpinan yang masih bersifat feodalistik. Bawahan menurut saja apa kehendak atasan /pemimpin, walaupun kebijakan yang dibuat bertentangan dengan peraturan dan jauh dari prinsip keadilan serta tidak mengacu kepada standar kompetensi.
Umumnya, pejabat yang berurusan dengan publik berperilaku sebagai ‘pemilik’ birokrasi pemerintahan. Karena itu, mereka membuat kebijakan cenderung sekehendak hati dan sesuai kepentingannya. Walaupun kebijakannya mengabaikan pedoman kepegawaian yang berlaku, seperti dalam promosi pejabat publik yang melecehkan standar kompetensi, mereka seperti the untouchable, tak tersentuh hukum.
Hal ini bisa terjadi karena umumnya kaunter publik ini dikondisikan untuk selalu tidak peka. Bawahan dianggap bungul dan tidak berani memprotes alias kecot. Wacana untuk memlapurkan pejabat yang menyalahgunakan kuasa sewenang-wenang pun jarang terdengar. Ada hantu yang namanya ‘mutasi’ dan black list bagi yang berani mengkritik, apalagi kalau sampai memprotes kebijakan tersebut. Hanya yang punya keberanian dan masih ‘memiliki hati’ yang berani menyuarakan kebenaran. "Jangan engkau ragu menyuarakan kebenaran, sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah." Mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang telah dibutakan hatinya, sehingga menjadi manusia yang bermuka kayu dan berhati batu. Kebal kritik dan jauh dari kebenaran dan kebaikan
posted by: kris (reply)
post date: 07.28.05 (3:15 am)
Aku boleh relate dengan para last tu. Ketika lawatan sebelumnya, aku sendiri berurusan di kaunter b/p anak aku. Si Mamat di kaunter tu tanya, "Ini siapa yang sakit?" Menyirap juga aku tetapi aku cuba jawab se-polite mungkin, "Dia yang sakit. Saya bapanya. Kenapa?" Lepas tu baru kurang sikit songehnya.
Setuju tu SM. Aku rasa macam diorang sengaja membuli orang ramai yang dianggap bodoh di mata mereka. Mungkin itu sebabnya dulu hospital dipanggil Rumah Sakit.