Durian

Durian

Hari ini aku ketagih durian. Jadi, sebelum pulang ke rumah pagi tadi aku menyusur dengan motosikal ke dangau Din Tili untuk mencari durian yang dinamakan Udang Bakar. Dua minggu lepas aku ada membelinya untuk dibawa ke rumah adik aku di Perlis. Isinya yang kuning kemerahan itu, mak aaih... Kena seulas sudah kenyang!

Sampai di pondoknya, Din sedang rileks sambil mematah-matahkan petai. Untuk makan malam agaknya. Durian habis, katanya. Baru tadi ada geng JKR lalu dan kebas semuanya. Huh! Diorang ni kerja ke apa? Ada pula keluar cari durian waktu bekerja!

Terpaksalah aku pulang dengan bakul motosikal yang kosong. Singgah sekejap di pondok durian lain. Duriannya banyak tetapi aku tak pernah beli dari orang-orang ini. Jadi aku duduk-duduk, sembang-sembang dulu sebagai pemanis kata pembuka cerita.

Kemudian baru aku katakan hasratku untuk mencari sebiji durian untuk dibawa pulang. Hanya sebiji, tak nak special offer selonggok atau sebakul yang selalunya mengecewakan. Si anak towkay durian itu mencari-cari dan menarik sebiji bersaiz sederhana dari longgokannya dan mengatakan yang durian itu adalah yang terbaik dari semua yang ada. Dan hanya sebiji itu sahaja yang ada.

Aku bayar RM3, masuk dalam bakul motosikal dan terus memecut pulang. Memang benar kata budak itu. Aku makan lima ulas dari dua pangsa dan aku sudah tidak dapat bergerak seperti ular sawa kekenyangan. Tiada pilihan lain dari melengkar di atas katil.

Ketika hampir lena, aku kenangkan tentang satu kehidupan tanpa durian di masa hadapan. Tiff yang sangat aku sayang itu mempunyai ALAHAN kepada durian; baunya pun tak boleh!

Aduh, bagaimana harus aku hadapi ujian ini?



posted by: tiff (reply)
post date: 07.02.05 (6:55 pm)

enjoy it while it lasts baby :-)



posted by: ziemash (reply)
post date: 07.04.05 (3:35 pm)

makan kat gerai jual durian tu ... hilangkan bau bebetul.. baru jumpa tiff hehe



posted by: Ola (reply)
post date: 07.05.05 (10:56 pm)

Haa..ha...Tiff cerita kat I tadi waktu lunch...Ini bukan cubaan Kri...betul-betul! I remembered during schooldays Tiff came to my house and she was almost like want to faint sebab we had durians at home. Like you, I minat durian but my hubby is just like Tiffy..hates durian !! tapi after a while he's okay I makan in the house but must berus gigi 3x daa.. Don't worry, next time while here, nak makan durian, come over to my house lah...amacam??? Tiff, ok ape??



posted by: kris (reply)
post date: 07.06.05 (9:15 pm)

Nampaknya tiba musim durian kena minta cuti ler aku.



posted by: tiff (reply)
post date: 07.06.05 (9:53 pm)

Encik Krismann, percutian durian awak TIDAK diluluskan. Harap Maklum.



posted by: larasati (reply)
post date: 07.11.05 (7:24 pm)

like you i love durians too especially the ones that they called D24 or XO



posted by: kris (reply)
post date: 07.28.05 (3:26 am)

Cuti tak lulus, aku amek MC ler, Tiff. Janji I get my durian fix. Not to forget my curry fix too.

XO tu tak mabuk ke, Lara?



posted by: SharidaTakuya (reply)
post date: 08.22.05 (11:58 pm)

dine in je la.. (kt gerai jual derian tu le)

Your Name:


Your Comment: