Kenangan Hari Bapa
06.26.05 (2:36 am) [edit]
Hari Bapa di bulan Jun. Tidak ramai yang meraikannya kerana ia adalah tradisi Barat. Walaupun begitu, ramai dari kita menerimanya sama seperti Hari Ibu kerana mengambil sedikit masa, sehari dalam setahun untuk mengenang dan menyanjungi bapa kita adalah selaras dengan ajaran Islam.
Menjadi bapa bukanlah suatu kerja yang glamer jika dibanding dengan kedudukan seorang ibu. Syurga tidak berada di bawah tapak kaki seorang bapa. Ketika ditanya kepada siapa yang lebih patut dipatuhi, Nabi s.a.w. menyebut "Ibumu" sebanyak tiga kali sebelum menyebut "Bapamu." Nasib baik orang yang bertanya itu tidak beralih begitu sahaja selepas jawapan "Ibumu" disebut pada kali ketiga, kalau tidak sudah tentu bapa-bapa seperti aku hanya menjadi sebahagian daripada perabot sahaja di rumah.
Aku menganggap diri aku sebagai seorang bapa yang involved, terlibat secara langsung dalam kehidupan anak-anak aku selain daripada meminjamkan nama aku untuk di"bin/binti"kan mereka. Aku hadir ketika mereka sampai di planet ini dan berpeluang mengatakan sesuatu dalam bahasa Arab di telinga mereka. Aku membersihkan uri yang datang bersama mereka di sinki dapur dan menanamnya di tempat yang selamat. Aku mengkaji bahan-bahan bacaan agama dan bertanya kepada orang-orang berilmu ketika memilih nama-nama mereka.
Aku pakar dalam memakaikan mereka lampin (jenis pakai-buang belum popular ketika itu) dalam berbagai cara mengikut trend semasa -- dijamin tidak longgar atau terlondeh. Aku turut berjaga malam untuk menyediakan susu formula dan menyalinkan lampin mereka yang telah basah. Apabila mereka besar, aku berjaga malam lagi untuk bersama membuat kerja sekolah yang bertimbun, diberi tanpa belas kasihan oleh guru-guru mereka.
Jadi, pada Hari Bapa yang lalu aku seperti mengharap juga, menanti-nanti akan ucapan selamat dari budak-budak ini. Ucapan pertama datang dari Dana di Kelantan melalui SMS pada malam Hari Bapa. Kemudian Tiffany telefon memberi ucapan -- dia bukan anak aku, tetapi ucapan darinya memeriahkan suasana. Tidak lama kemudian datang ucapan melalui SMS dari Reza, anak sulong aku yang berada di Kuantan ketika itu. Not bad, dua dari empat kira sudah ok ler tu.

Dari atas kiri mengikut putaran jam:
Reza Fahri, Durratul Syamiqa,
Durdana Syahera dan Dalila Syakira.
Esoknya, hari Ahad, Durra datang berjumpa bersama bungkusan X-Meal dari KFC. Dia bekerja di kilang sepanjang cuti semester dan baru mendapat gaji setengah bulan agaknya. Ucapan Hari Bapa darinya diiringi peluk-cium; jadi kiranya perayaan Hari Bapa aku hampir lengkap dan sempurna.
Yang tinggal hanya si bongsu, Dalila. Biarlah, bukannya penting sangat Hari Bapa ini. Khamis lepas, aku menerima telefon dari Dalila. Antara lain katanya: Abah tahu tak Dalila demam teruk baru-baru ini? Boleh tak Abah datang ke asrama esok?
Petang Jumaat aku berkejar ke sana. Merajuk budak tu sebab aku lewat sampai. Jadi terpaksalah aku minta kebenaran gurunya untuk membawa dia keluar ke pekan Gurun shopping serba sedikit dan makan roti canai di restoran. Selepas menghantarnya pulang ke asrama, aku mengungkit tentang ucapan Hari Bapa yang masih tertunggak darinya. Dia tak pasti jatuh pada hari apa, katanya.
Aku menjawab: Ahad lepas, Ahad kedua dalam bulan Jun. Dia terus memeluk dan mencium pipi Abahnya yang penuh berjambang ini sambil mengucapkan Selamat Hari Bapa. Ya, menjadi bapa mungkin tidak glamer, mungkin tiada syurga di bawah tapak kaki, mungkin tiga kali kurang keeutamaan dari ibu, tetapi aku tidak mempunyai sebarang rungutan.
Dan sebagai gembala yang akan ditanya esok, aku berdoa dan berharap yang aku akan dapat menyatakan bahawa aku telah menjalankan tugas aku sebagai bapa sebaik mungkin. Amin.

posted by: SM (reply)
post date: 06.27.05 (3:25 am)
KRI,
Masih ku Ingat satu waktu dulu, aku pernah kerumah mu, sewaktu menunggu kepulangan mu aku memerhatikan anak-anak mu. Reza waktu itu sedang mecuba-cuba motosikal bapanya, puteri-puteri yang bertiga sedang leka bermain dihalaman.
Aku tak berpeluang bertemu mereka selepas itu. Tahu-tahu dah dewasa. Tahniah buat kau yang aku kira telah berjaya mendewasakan mereka. Sewaktu di di persimpangan kau telah memilih untuk bersama mereka, kerana itu yang lebih berharga dari apa yang kita boleh berikan kapada mereka. Tahniah Abah dan selamat Hari Bapa
posted by: krismann (reply)
post date: 06.29.05 (7:56 am)
Benar SM. Aku banyak membuat pilihan salah dalam hidupku tetapi memelihara mereka dalam ke'tunggal'an aku adalah pilihanku yang paling betul dan paling tak ternilai. Masih dapat kau kenali mereka dari gambar-gambar kecil tu?
posted by: tazmania (reply)
post date: 07.03.05 (2:52 am)
tahniah kerana berjaya membesarkan anak anak mu dengan kesabaran.......
posted by: hijaupurnama (reply)
post date: 07.07.05 (9:03 pm)
Ma sha' Allah, cutenya anak2 awak. Tak puas saya tatap-sejuk mata memandang. Bertuahnya mendapat anugerah seperti ni..
posted by: tiff (reply)
post date: 07.08.05 (9:54 pm)
hijau, sejuk tengok anak dier... tengok bapak lagi sejuk he he >:(
posted by: krismann (reply)
post date: 07.14.05 (1:01 am)
TK, Taz dan Hijau. Hanya buat sekadar termampu, selainnya adalah anugerhNya.
Sejuk, Tiff? Ingatkan hot gitu :)
posted by: rina (reply)
post date: 06.13.06 (8:46 pm)
seronok dan terharu membacanya artikel awak. adakah awak ni bapa tunggal? nak interview boleh?
posted by: krismann (reply)
post date: 08.13.06 (7:51 pm)
Fuyooo, interview! Glamer akhirnya!