kata mereka ...

Lama Sudah Tidak ke Ladang...

Apa dah jadi dengan blog ini? Tidak ada apa-apa, hanya aku sibuk sedikit hingga tak sempat memblog di sini.

Minggu lepas aku dan beberapa ahli keluarga membuat perjalanan ke selatan. Bukan untuk melancong atau urusan kerja tetapi untuk apa yang aku sifatkan sebagai satu perjalanan untuk meyenangkan hati orang tua-tua dan satu percubaan untuk mematuhi adat bangsa.

Ia bukan satu perjalanan yang licin; persiapan dibuat pada saat-saat akhir dan ada kalanya keputusan terpaksa dibuat on the fly -- secara spontan. Aku bukan seorang yang superstitious tetapi pejunjuknya tidak berapa menyenangkan hati.

Mulanya, kereta Fauzi buat hal apabila suhunya tiba-tiba naik di pertengahan jalan. Masalah kecil; ia dibaiki dengan segera di lebuhraya. Kemudian kami sesat jalan walaupun aku telah menyediakan peta memandu yang lengkap. No problem, seh! Ia hanya sebuah pulau; paling teruk kita akan hanya berpusing-pusing hingga kehabisan minyak. Ketika berusaha menenangkan ahli-ahli rombongan, dahi aku terhantuk bucu pintu kereta. Lukanya sedikit sahaja tetapi darah mengalir hingga membasahi keningku. Kata orang: No gain without pain!

Superstitious? No!

Satu siri petunjuk yang tidak baik? Mengarutlah! 

Lalu, adakah perjalanan itu beroleh kejayaan yang diharapkan? Ummm... tidak sepenuhnya. Ada sedikit kemajuan tetapi ia masih tidak lengkap.

3 Comments