kata mereka ...

Maulid ur-Rasul

Aku bekerja seperti biasa walau pun hari ialah hari kelepasan am sempena Maulid. Dan aku menerima SMS berikut:

Tiada hrpn slain Allah, tiada idola slain Rasulullah, tiada kata seindah Quran, tiada jln selurus asSunnah, tiada pjuangan slain Islam. SLM MAULIDURRASUL 12 R'AWAL 1427

Sungguh indah kata-kata itu. Hari ini ialah ulangtahun kelahiran Utusan Tuhan yang dihantar sebagai Rahmat Kepada Sekelian Alam. Hari ini ialah hari untuk kontemplasi tentang diri kita dan hubungan kita dengan Utusan mulia ini.

Tokoh idola ini telah meninggalkan Sunnahnya kepada kita. Adakah kita telah berusaha mengikutinya setepat mungkin? Atau kita mencuba pun tidak?

0 Comments

Soalan Bocor

Bulan Februari lepas aku menerima email dari adik aku yang diakhiri dengan soalan ini:

Lagi sekali last… paragraph ni yg paling syok.. AWAT HANG MENIKAH TAK BAGI TAU… aku satu2 nya adik hang di dunia ni… la ni hang nak buat macam mana? Nak aku nak habaq kat mak ka? Kalau hang bagi tau aku pu boleh atoq menikah di SP… anyway selamat pengantin baru…

Memang benar dia adalah satu-satunya adik aku seibu-sebapa dan memang benar aku telah menikah dengan Tiffany pada 20hb November tahun lepas. Tidak ramai yang tahu kerana kami belum memaklumkan kepada sesiapa kecuali sahabat-handai yang rapat sahaja. Dan baru-baru ini aku memberitahu anak-anak sulong dan kedua aku, kalau-kalau berlaku sesuatu kepada salah seorang dari kami berdua. Kemudian Tiff pula memberitahu kedua-dua orang anaknya.

Hari ini (Jumaat, 7hb April) berita ini akhirnya disampaikan kepada emak aku oleh adik aku. Aku sendiri belum sempat berjumpa dan berbual dengannya tentang hal ini. Dari apa yang dikirim oleh adik aku melalui sms, aku difahamkan yang dia menerima berita ini dengan tenang dan gembira. Bahkan dengar khabarnya, dia telah pun merancang-rancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran.

Aku menjangka tidak lama selepas ini seluruh kaum kerabat akan mendapat tahu berita ini. Tentunya mereka gembira dengan perkembangan ini. Aku merasa seperti suatu bebanan yang amat berat telah dilepaskan dari bahu aku. Entahlah, semoga Tiff juga dapat berkongsi rasa kelegaan yang melanda perasaan aku sekarang ini.

Cuma, persoalan yang mungkin akan bermain di fikiran mereka adalah: Mengapa Tiff dan aku perlu merahsiakan sekian lama sesuatu yang baik seperti pernikahan ini?

4 Comments