kata mereka ...

Banjir di Mumbai, di Sini Tempias

Tak lah, aku bukan nak cerita berkenaan Shahrukh berenang di tengah jalanraya di Mumbai. Tapi bila difikirkan, oleh kerana sekarang dah tak boleh menari keliling pokok takut dibawa arus banjir, macam mana pula mereka bercinta ya?

Ketika hujan lebat baru-baru ini, aku berada di pejabat korporat aku yang baru untuk menguruskan transaksi berjuta-juta lemon seperti biasa. Kat dinding tu kan ada lobang 108x19 inci untuk melihat pemandangan indah di belakang pejabat.

Mula-mulanya syok sebab bumbungnya dah tak bocor dan angin sejuk menghembus keluar masuk pejabat aku. Hawadingin semulajadi. Lama-kelamaan rasa macam lembab gitu. Rupa-rupanya tempias menggila habis lantai dan barang-barang aku (baca: kelengkapan pejabat) yang diletakkan di atas lantai habis basah!

Nasib baik ada sedikit McGyver dalam diri aku, jadi aku gantung tikar (bukan gulung tikar) menggunakan dawai untuk menutup lubang tingkap dan tempiasnya berhenti. Tetapi bukan tempias sahaja yang berhenti. Cahaya dan angin pun dah tak masuk. Biarlah, aku ada lampu dan aku ada kipas.

Keesokan harinya semas aku masuk ofis, aku memandang tikar yang tergantung di tingkap aku itu. Cantik pula dia. Ada pattern, ada warna, nampak macam hiasan dinding yang mahal ler pulak. Jadi teruslah ia di situ. Cuma sekarang kalau nak tidor susah sikit sebab dah tak ada tikar.

0 Comments

Hospital Gila!

Pergi ke hospital hari ini untuk mengambil keputusan ujian darah Dalila yang dilakukan pada bulan lepas. Ketika itu pangkal lehernya kelihatan seperti bengkak sedikit dan aku risau yang dia mungkin menghidapi thyroid. Aku pergi ke kaunter dan memberikan nombor KP anak aku dan seorang petugas di situ bertanya tujuan aku ke sana.

Setelah memberitahunya dan aku meminta supaya dia mengeluarkan kad rekod anak aku untuk rujukan. Dia pula menyuruh aku ke bilik rawatan dan bertanyakan jururawat di situ. Jika diperlukan barulah aku datang semula mengambilnya. Si jururawat ini pula bertanya tarikh sebenar ujian itu dilakukan. Aku cakap aku tak pasti tetapi tarikhnya boleh dirujuk di dalam kad rawatan yang tidak mahu diberi oleh petugas di kaunter itu.

Selepas beberapa minit jumpa pula dia laporan tu. Dan laporan tu pula perlu diterangkan oleh seorang doktor. Jadi kembali aku ke kaunter supaya aku dibenarkan berjumpa doktor. Aku diarah ke sebuah bilik doktor yang kosong meminta kad itu sekali lagi. Dua tiga kali aku jenguk masih juga kosong.

Aku pun hilang sabar. Aku meluru ke kaunter dan bertempik kenapa susah sangat untuk berjumpa doktor untuk mendapat penerangan dan meminta supaya kad rawatan anak aku dikeluarkan ketika itu juga. Barulah diorang cakap tidak boleh kerana pesakitnya tidak hadir bersama. Aku cakap apa salahnya kerana aku ini bapanya dan apa yang boleh aku lakukan dengan maklumat perubatan anak aku.

Akhirnya aku diberi kad rawatan itu dan diberi nombor giliran untuk bertemu doktor. Keputusan ujian itu? Dia normal dan tidak perlukan rawatan lanjut. Leganya aku. Simple and sweet. Tetapi bayangkan, betapa rumitnya protokol yang terpaksa aku lalui.

3 Comments

Pindah Pejabat

Aku dah pindah pejabat baru, selang sepintu dari pejabat lama. Tempat ini dulunya surau tetapi sekarang dah ada surau baru di seberang jalan, jadi aku duduklah sebab aku yang bayar sewa.

Nama jer ofis baru, tetapi sekeping dua lantainya dah reput sebab bumbungnya bocor. Aku dah upah orang baiki bumbungnya, jadi dah ok cuma sekarang air masih masuk melalui lobang tingkap yang tak bertingkap apabila hujan lebat.

Aku tampal papan lantai tu dengan kepingan zink dan pasang tikar minyak. Lepas tu aku gantung bunting iklan yang dibuang untuk menutup lobang tingkap supaya tempias hujan tak masuk dan merosakkan perkakasan komputer aku.

Meja pula tak ada, terpaksalah buat kerja atas lantai. Tetapi kalau pelanggan baru yang aku tak kenal, aku ajak turun ke Fatima Cafe di bawah dan gunakan meja Kak Timah buat sementara. Sekarang aku dah pergi beli sebuah meja terpakai dari kedai Osama. RM100 harganya. Dua hari sudah aku tengok kat Tesco, meja baru yang sama saiznya cuma RM89.90. Cehhh!

Dah ler mahal, permukaannya pula penuh dengan bekas torehan dan lobang-lobang. Tadi aku ambil buckram lebihan dari zaman aku buat penjilidan kulit keras dulu tu dan aku salut permukaan meja tu. Cantik ler pula!

Hari ini aku pasang jerejak besi di tingkap, manalah tau kalau-kalau ada orang masuk dan larikan komputer aku. Daun tingkapnya masih tak ada, jadi angin keluar masuk dengan bebas. Bagus juga, tak perlu hawa dingin. Cuma kabinet untuk simpan barang-barang aku jer yang belum. Mana nak cari ekk?

8 Comments