Selamat Tinggal Pembaca Budiman
12.20.04 (10:43 pm) [edit]
Ini ialah posting terakhir aku untuk tahun ini. Aku perlu menyusun and menganalisa beberapa perkara yang sedang berlaku di dalam kehidupan aku masa ini. Aku perlu melihat ke dalam diri dan membezakan apakah realiti dan apakah ilusi. Jadi ini ialah ucapan selamat tinggal untuk para pembaca semua; terima kasih kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan komen dan ucap selamat. Jumpa lagi di tahun depan, entah bila aku sendiri pun tidak dapat pastikan lagi.
Panggilan Pulau :: Bahagian Terakhir
12.20.04 (10:40 pm) [edit]
Sabtu lepas sepatutnya aku ke Langkawi untuk memancing bersama kawan-kawan dan kalau ada kelapangan, mungkin aku boleh pergi intai-intai Mahsuri misteri tu sekali lagi. Manalah tahu kalau-kalau kali ini aku lebih bertuah dari yang sebelum ini.
Tuah bukanlah sesuatu yang mengiringi expedisi ini sejak mula. Perjalanan ini telah tertunda beberapa kali entah kenapa. Bahkan ia hampir dibatalkan sahaja apabila empat dari lapan orang kawan-kawan yang telah setuju untuk pergi menarik diri pada saat akhir. Kami berempat membuat keputusan untuk meneruskannya atau sampai bila pun kami tidak akan dapat pergi.
Tidak disangka pada awal pagi hari Sabtu itu, aku sendiri pun tak dapat pergi. Aku mendapat notis singkat supaya berada di selatan pada hari itu juga. Jadi aku pun menaiki bas ekpress pertama keluar dari Sungai Petani. Untuk mengelak daripada kutukan member kerana belot kepada prjuangan kami, aku memberitahu mereka dengan SMS ketika dalam perjalanan.
Sepanjang perjalanan aku berfikir berkenaan perburuan gila ini -- adakah ia berbaloi dengan usaha yang dilakukan. Adakah itu yang aku mahu atau aku melakukan hanya untuk menyenangkan hati orang-orang lain. Bagaimana pula dengan hati aku sendiri? Dan di dalam bas itu aku memutuskan yang pencarian itu dengan tamat dengan rasminya.
Aku sedar yang Mahsuri telah lama mati atau memang tidak pernah wujud. Aku tidak akan dapat mencarinya di mana-mana. Tidak di pulau ini, tidak di pulau lain.

Dah Lama Daah...
12.11.04 (11:55 pm) [edit]
Betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah lima dekad rupanya aku di sini. Jika Chairil Anwar mahu hidup seribu tahun lagi, bagi aku lima puluh lagi pun cukuplah.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, hari ini ialah ulangtahun ke-50 kewujudan aku di planet Bumi ini. Tiada sambutan meriah, tiada ciuman dan pelukan kerana anak-anak semua berada di tempat lain. Hanya pesanan SMS dan [i]missed call[/i] dari mereka. Itu pun sudah memadai untuk mengembirakan aku.
Oleh kerana menyambut harijadi seorang diri bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, maka aku umumkan secara [i]online[/i] kepada para pembaca budiman sekelian. Segala ucapan selamat dari anda semua, aku siap-siap ucapkan terima kasih banyak-banyak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
[b]Belum sempat aku menghantar posting ini, aku menerima sebuah berita gembira dari seorang teman. Bagi aku ia adalah hadiah harijadi paling berharga dan paling tidak dijangka. Berita ini melengkapkan hari bahagia ini dan menjadikan harijadi ke 50 ini paling istimewa dari 49 hari-hari ulangtahun sebelum ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan ini bersama aku. [/b]

Selamat Pengantin Baru
12.09.04 (9:39 pm) [edit]
Aku ada terima jemputan seharu dua yang lepas. Dah nak kahwin si Eliza dengan si Nazri pada hari Sabtu ini. Semoga bahagia sampai bila-bila.
Perasan tak kadang-kadang kita terjumpa dalam cerpen ayat ini: [i]"...mereka mengakhiri zaman percintaan mereka dengan perkahwinan ..."[/i]? Kenapa pula selepas berkahwin tak boleh lagi bercinta? Mungkin itulah sebabnya banyak perkahwinan tidak kekal -- mereka berhenti bercinta!
Pada Eliza dan Nazri, aku harap mereka [i]"mengukuhkan lagi zaman percintaan mereka dengan perkahwinan." [/i]Perkahwinan adalah langkah seterusnya dalam bercinta. Banyak lagi yang perlu diharungi bersama.
Bercakap tentang ayat, kad jemputannya memuatkan kata-kata indah ini:
[b][i]"Maksud al-Hadith Rasulullah SAW -- Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai."[/i][/b]
Sungguh indah dan sungguh romantis. Ia diletakkan oleh pencetak kad itu sebagai penyeri kad. Benarkah ia sebuah hadith, dan jika ia siapa perawinya? Aku pun dulu cari makan buat kad kahwin dan aku juga gunakan ayat tersebut. Sehingga aku terdengar versi Inggerisnya di radio dan aku bertanya mereka yang lebih arif.
Aku yakin ia bukan sebuah hadith; tolong beritahu aku jika pembaca sekelian mempunyai maklumat yang lebih authoritatif. Sementara itu kalau nak guna dalam kad jemputan, elok jangan katakan ia sebuah hadith. Majlis perkahwinan ini kerja baik, jangan cacatkan dengan kepalsuan.

Laporan Luar Bandar
12.06.04 (9:30 pm) [edit]
Aku duduk di kedai kopi sambil menghirup Nescafe pagi aku, merenung keadaan semasa kehidupan di kampung. Aku tersedar yang terdapat satu fenomena yang muncul di luar bandar -- lebih ramai orang perempuan yang menjana pendapatan utama, menjadi [i]main bread winner![/i]
Mereka bekerja di kilang-kilang dan pejabat-pejabat di bandar dan menumbang kepada pendapatan keluarga. Kalau dia sudah berkahwin, dialah yang membawa balik sumber pendapatan tetap. Jika dia belum, sumbangannya adalah tetap [i]significant[/i].
Kalau dulu suaminya pakai kapcai buruk, sekarang pakai motor berkilat. Kalau dulu Pak Long tak ada kereta, kini dia pakai sekurang-kurangnya Kancil yang dibeli oleh anak perempuannya.
Habis tu, orang lelaki buat apa ya? Sambil menunggu padi masak dua kali setahun, musim buah sekali setahun, rileks lepak-lepak. Tunggu isteri balik dari kilang di bawah pokok ceri atau sembang-sembang di kedai kopi.
Apa akan jadi akhirnya ya?

BURUNG DI DALAM SANGKAR
12.05.04 (10:30 pm) [edit]
[i]kau membuat aku ketawa gembira
entah ke mana segala duka dan lara
kau membuat aku lupa seketika
akan dunia yang ada di luar sana
tetapi engkau sendiri terpasung kaki
di dalam sangkar emas indah berseni
tanpa ruang melebarkan sayap walau se inci
dan terbang bebas di langit yang tinggi
aku meminta engkau katakanlah segera
andai dapat aku pula mencuba walau sekali
untuk membuatkan engkau ketawa gembira
walau dari luar sangkar emas indah berseni[/i]
========================= ===
Kadang-kadang apa yang berlaku di sekeliling kita, pada orang-orang yang kita kenali, boleh mempengaruhi mood kita. Kadang-kadang kita rasa sperti lemas terkapai-kapai kerana kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah suasana. Minggu ini agak melankolik, aku pun tak tahu samada tulisan di atas tu layak dipanggil puisi. Entahlah.
Tetapi aku sentiasa percaya begini:
Keadaan semestinya akan bertambah baik dengan ke[b]ingin[/b]an, ke[b]yakin[/b]an dan peng[b]harap[/b]an. [b][i]Hang in there![/i][/b]

Inikah Cinta?
12.02.04 (3:14 am) [edit]
Aku ke bank semalam. Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil, aku tertarik dengan kelakuan sepasang remaja yang sedang melaksanakan transaksi mereka di kaunter. Dari pakaian mereka, jelas mereka adalah sama-sama menuntut di sebuah institusi pelajaran lanjutan khas untuk mereka yang tidak layak (atau tidak mahu) ke IPT. Dan tentunya hubungan mereka adalah lebih dari rakan sekelas.
Cara mereka berinteraksi meloyakan aku: Pelajar perempuan itu berdiri di kaunter untuk berurus dengan kerani bank sementara bfnya memberikan arahan/maklumat sambil duduk di kerusi menunggu berhampiran. Setelah selesai baru bfnya bangun dan mencapai buku simpanan dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.
Mungkin mereka baru menerima elaun atau biasiswa. Aku terfikir tidak mungkin mereka mempunyai akaun bersama -- mengapa buku itu dipegang oleh si pelajar lelaki? Jika itu memang akaunnya, mengapa dia tidak sendiri menguruskannya? Macam-macam bermain di kepala aku. Sambil beredar dari kaunter aku melihat si pelajar lelaki itu seolah-olah memarahi gfnya dan mengacah seperti hendak memukul dengan belakang tangannya.
Mungkin ia satu gurauan, tetapi tidak nampak kelucuannya. Tidak di dalam tempat awam seperti dewan perbankan itu dan di hadapan orang ramai yang sedang menunggu giliran dipanggil. Dan tidak di mana-mana sekali pun!
Setelah selesai urusan aku di kaunter aku keluar dan aku bertemu mereka sekali lagi di luar. Pelajar perempuan itu tersepak retakan lantai kakilima yang tidak rata dan dia dimarahi lagi oleh bfnya.
Terfikir aku: Mengapa ada perempuan yang rela diperlakukan begitu? Adakah ini tafsiran cinta dan pengorbanan yang mereka cari? Aku sama sekali tidak melihat seri keceriaan orang yang bercinta di muka gadis pelajar itu.
Aku ada 3 anak perempuan yang aku sangat sayangi. Minta simpang malaikat 44 -- tidak akan aku benarkan mereka lalui kewujudan sebegitu. Na'uzubillah!
Dan jika anda adalah seorang perempuan yang sedang berada di dalam situasi yang sama, bebaskanlah diri anda. Hidup ini terlalu singkat, nikmatilah ia sepenuhnya. Setiap orang berhak kepada kebahagiaan.