Panggilan Pulau
11.25.04 (1:08 am) [edit]
Aku ke Langkawi pada hari Isnin lepas untuk -- percaya atau tidak -- skodeng anak dara, atau [i]pi cari ponu[/i] kata orang Tanjung. Aku sendiri pun tak berapa percaya tetapi atas desakan ramai, aku pergi. Emak aku keluar titah perintahnya, anak-anak dara bertiga aku pun memberi restu dan sokongan yang tak berbelah bagi. Sedikit pun mereka tidak gentar untuk beribu tiri, walau betapa pun rupa paras, tinggi rendah, kecil besar, warna kulit dan kebaranan sikap orangnya. Kata mereka: Tiga lawan satu, apa takut? Mereka hanya mahukan seseorang yang boleh menjaga aku kononnya; macamlah aku ni sudah tak boleh menguruskan diri sendiri. Yang menjadi pencetus kepada misi gila ini ialah, tidak lain dan tidak bukan, Kak Zah aku sendiri.
Zah ialah kakak paling muda dan paling rapat dari tiga orang kakak aku, mungkin juga yang tercantik antara mereka. Jarak perbezaan umur kami tidak jauh dan kalau kami berjalan sama aku akan disangka abang mungkin kerana muka tin sardin aku (rujuk posting sebelum ini) serta jambang beruban aku. Walaupun dibesarkan berasingan dan menjalani kehidupan masing-masing berjauhan, kami rapat mungkin kerana senasib; kami berpisah dengan pasangan masing-masing selang sehari dua dalam minggu yang sama 10 tahun lalu. Suatu kebetulan yang pelik, tetapi ia cerita lain. Begitulah hidup ini.
Kakak aku yang seorang ini adalah seorang tukang karang dan pencerita yang hebat. Zah boleh bercerita tentang sesuatu yang biasa seperti bagaimana membuat sekeping sandwic dan orang boleh duduk terpukau dengan mulut melopong mendengarnya. Jadi apabila dia tiba dengan suaminya (nombor tiga!) pada hari Raya kedua yang lalu, dia mendapati kami seisi rumah sebagai audien yang tersedia berada di bawah pukauan telunjuk dan retoriknya. Topik syarahan perdananya adalah berkenaan penemuan calon adik ipar terbarunya yang tidak tahu menahu di pulau lagenda itu.
Kalah dengan asakan kaum wanita seisi rumah, aku bersetuju untuk mempertimbangkan usul Kak Zah aku dengan syarat aku pergi berjumpa dan bercakap dengan calon yang dicadangkan terlebih dahulu tanpa dia mengetahui perancangan mereka. Jadi dengan berbekalkan beberapa klu dan panduan dari Zah, aku menyiapkan diri untuk merentasi laut dalam dan menawan hati si Mahsuri serta hidup aman bahagia hingga ke akhirnya, atau begitulah kata cerita klasik dahulu kala. Kebetulan pula, Isnin lepas ada dua tiga orang kawan aku yang hendak pergi memancing di sana. Jadi aku pun menyertai rombongan mereka ke sana atas alasan "meninjau peluang-peluang perniagaan dan kemungkinan membuka cawangan pejabat" di pulau beras terbakar itu.
Tiba di sana, kami disambut oleh seorang kawan lama yang bekerja menyelia projek pembinaan adiknya di situ. Destinasi pertama kami ialah bot yang akan digunakan mereka nanti untuk mengambil seekor ikan jenahak yang dipancing malam sebelumnya. Kemudian kami pergi mencari kedai makan yang sanggup memasak ikan yang beratnya lebih dari sekilo itu untuk jamuan tengahari. [i]Ikan Jenahak Tiga Rasa[/i] itu adalah antara yang paling lazat pernah aku makan. Selepas makan mereka semua ke bot untuk membuat persiapan keluar memancing sementara aku meneroka pekan Kuah seperti pelancong untuk mencari Mahsuri misteriku berdasarkan panduan dan lokasi yang diberitahu oleh Kak Zah aku.
Setelah puas aku selidiki setiap inci pekan Kuah aku menyusur pulang ke jeti untuk kembali ke tanah besar. Tidak, aku tidak menemui Mahsuri misteri tetapi aku puas hati kerana mendapat [i]Jenahak Tiga Rasa[/i] seberat 1.3kg dan sekotak coklat bebas cukai sebagai oleh-oleh untuk anak-anak di rumah.
Di dalam feri semasa pulang ke tanah besar aku bertekad untuk kembali ke Langkawi dalam masa terdekat, mungkin kali ini aku akan mendapat Jenahak, Alu-alu atau Kerapu yang lebih besar. Aku kena belajar memancing, samada Mahsuri wujud atau tidak di dalam hidupku.

Ibu Mertuaku, NOT the Movie.
11.21.04 (3:42 pm) [edit]
Semalam (Sabtu) aku pergi menziarah bekas ibu mertua di Pulau Pinang. Kebetulan aku mempunyai sedikit urusan di sana dan kita masih berhari raya. Aku memang telah lama berhajat untuk menziarahinya dan juga saudara-mara 'lama' di sana tetapi aku tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk melakukannya sejak menjadi 'menantu terbuang' 10 tahun yang lalu.
Mana boleh saja-saja muncul di depan pintu bekas mertua serta ipar-duai dan terus bermesra seperti tidak ada apa yang pernah berlaku. Setiap langkah ke sana mengembalikan memori lama dan ia memerlukan kecekalan hati dan kekuatan jiwa yang luar biasa untuk melakukannya. Dan perbualan telefon dengan 'bekas' adik ipar aku, Shida, dua minggu sebelum Raya telah memberikan kecekalan dan kekuatan yang aku perlukan untuk membuat perjalanan ke sana.
Ia bermula sebagai perbualan biasa untuk mengatur perjalanan Shida dan anak-anaknya bersama anak-anak aku sendiri untuk pergi berhari raya di rumah bekas isteri aku di Kuala Lumpur. Di akhir perbualan aku bertanya khabar tentang keadaan ibunya. Aku telah pun tahu yang bekas mertua aku kini mula hilang ingatan -- dia tidak dapat mengingati hal-hal yang baru berlaku.
Shida menceritakan apa yang berlaku ketika anak sulung dan bekas isteri aku datang berziarah tidak lama dahulu. Ketika mereka mahu berangkat pulang, semua orang terpegun apabila bekas ibu mertua aku berkata, "Kirim salam pada S*****! (nama panggilan aku)" Ia adalah satu adegan lucu bercampur haru kerana aku bukannya lagi menjadi menantunya selama satu dekad!
"Datanglah jenguk-jenguk sendiri kalau ada masa," kata Shida. Jadi aku pun pergilah ke sana kelmarin untuk menjenguk sendiri. Bekas ibu mertua aku masih mengenali aku dan bercerita tentang kematian suaminya yang telah lama meninggal seolah-olah ia berlaku bulan lepas. Seolah-olah aku tidak mengetahuinya sedangkan aku berada di sana ketika itu. Selain daripada daya ingatan yang semakin pudar, dia kelihatan sihat.
Aku juga dapat berjumpa semula dengan anak-anak saudara yang hanya anak-anak kecil pada kali terakhir aku berziarah beberapa tahun yang lalu tetapi kini dah besar panjang. Dipendekkan cerita, ia adalah satu ziarah hari raya yang penuh silaturrahim biasa dari seorang menantu, abang ipar dan bapa saudara yang lama tidak berkunjung. Aku merasa terharu kerana begitu disanjung dan dialu-alukan seperti tidak pernah berlaku perpisahan antara aku dan salah seorang ahli keluarga mereka.
Aku pulang petang itu dengan perasaan bercampur baur:
[u]Gembira[/u] kerana walaupun kehilangan isteri, aku tidak pernah kehilangan mertua dan keluarga ipar;
[u]Sedih[/u] kerana aku tentunya tidak dapat berjumpa mereka dengan lebih kerap;
[u]Kesal[/u] kerana aku tidak mungkin dapat memberi bimbingan intelektual dan sokongan moral sebagai seorang [i]uncle[/i] kepada anak-anak saudara yang semakin membesar. Tuntutan sosial dan adat resam menghendaki aku membataskan diri oleh kerana ikatan perkahwinan yang telah dirombak.
Dan akhir sekali, aku rasa [u]tersangat malu[/u] kerana aku pernah berlaku kasar dan bertindak di luar batasan manusia bertamaddun terhadap mereka suatu ketika dahulu. Aku sangat-sangat mengharapkan yang mereka benar-benar telah memaafkan aku di bulan yang mulia ini.

Raya Siber
11.16.04 (2:38 pm) [edit]
Raya tahun ini mungkin biasa seperti tahun-tahun yang sudah tetapi berlaku sesuatu di luar dugaan yang amat mengharukan dan menjadikan Raya kami sekeluarga berbeza. Seorang kenalan siber yang yang hanya saling berutus atas talian telah bermurah hati dan menabur budi yang tak mungkin dapat dibalas secukupnya dan aku tidak mempunyai daya untuk mereka kata secantik bahasa untuk mengucapkan apa yang terukir di dada kepadanya. Kami tergamam atas perlakuan baik hati ini. Budi yang baik dikenang jua, walaupun di alam maya. Berbahagialah kamu wahai insan mulia, semoga kamu sentiasa berada di dalam jagaanNya di mana sahaja kamu berada. It is nice to know there is someone like you out there somewhere. Kami mahu kamu mengetahuinya.
Eid Mubarak
11.13.04 (3:39 pm) [edit]
dari sebuah CC:
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung dan pembaca. Harap maafkan segalanya jika ada terkasar bahasa atau tertulis pendapat yang menyentuh perasaan.
krismann.
Hello Tiffy
11.04.04 (1:35 pm) [edit]
Aku menerima SMS lucu ini dari [url=http://warna2pelangi.blogdriv...]Tiffy[/url] semalam:
"[b]Penyimpan mohor Besar Raja-raja telah mengisytiharkan bahawa mereka yang selalu ponteng puasa bolehlah berhari raya pada 11 Nov 04 bersamaan dengan Hari Deepavali![/b]"
Lucu siot, kan?
Aku pun membalas: "[b]Aduh! Tahun ini belum lagi, setakat ini masih bertahan[/b]."
Biarlah deepa raya dulu, aku bercadang nak raya dengan orang-orang berpuasa.
Kemudian aku [i]forward[/i]kan mesej itu kepada beberapa orang kawan yang mempunyai langganan tetap kepada apa sahaja maklumat dari aku, benar atau palsu, lawak atau serius. Baru jer hantar pada seorang, ada panggilan masuk dan nama [url=http://warna2pelangi.blogdriv...]Tiffy[/url] terpampang di skrin telefon aku.
Alamak, aku telah mengguris perasaan seseorang ke? Mesej ini ada kod [i]anti-forward-moward[/i ] atau [i]anti-spam[/i] ke? Ini mesti serius kerana ia panggilan jarak jauh, aku di pendalaman Kedahdah dan dia di Singapurapura! Sebelum memicit butang telefon itu aku merancang plan B: kalau apa-apa hal, pura-pura tak dengar dan tutup telefon. Lagi pun aku sedang berada di dalam bas yang bising.
[b]Bismillah![/b] [i]*picit butang*[/i] [b]Hello? Hello! Hellooo![/b]
[i]*bunyi bising dalam telefon*[/i]
[b]Hel-LO![/b]
[i]*bising luar telefon*[/i]
Ada bunyi balasan dari Singapurapura tetapi tidak berapa jelas, jadi aku fikir tutup jer lah telefon ni. Tiba-tiba keluar suara yang lemak merdu:
[b]Miee! Tiff sini. Did you call me just now?[/b]
Sedapnya suara dia! [i]Accent[/i]nya pun menyenangkan.
Tiffy ini ialah salah seorang rakan siber aku, aku tak tengok batang hidung dia, aku tak pernah dengar suara dia, kami hanya berhubung menggunakan huruf-huruf elektronik. Aku terpegun sebentar sebelum dapat menjawab Tidak; dan aku hanya membalas SMSnya dan sedang mencuba untuk sebarkan kepada orang lain.
Suara lunak merdu itu menjawab:
[b]Oh really? There's something funny going on with our connection then...[/b] [i](or something like det-lah)[/i]
Kemudian aku teringat yang ini adalah panggilan jarak jauh. Walaupun ia adalah tersalah sambung oleh kerana masalah teknikal, dan kami belum mengetahui panggilan itu dari siapa kepada siapa; seseorang akan terpaksa membayarnya. Jadi satu langkah drastik terpaksa dilakukan dan aku menjawab:
[b]Yeah but it's OK. Selamat Berpuasa, Tiff![/b]
[i]*bunyi bising dalam telefon* [/i]
[b]Tiff? [/b]
[b]Ya! [/b]
[b]Selamat Berpuasa![/b]
[b]Ya![/b]
[b]Bye![/b]
[b]Bye![/b]
Dan suara lunak merdu dengan [i]accent[/i] yang menyenangkan milik Tiffy itu pun lenyap digantikan bunyi enjin dan gegaran bas yang meneruskan perjalanan ke bandar.
[b]We'll talk again sometime, Tiff.[/b]

Perut & Puasa
11.02.04 (5:57 pm) [edit]
Kenapa anda berpuasa?
Pernahkah anda bertanya soalan ini kepada diri sendiri?
Kerap kali jawapan kita ialah kerana ia adalah satu tanggungjawab agama dan kita telah dilatih melakukannya sejak kecil setiap kali Ramadan tiba. Ramai daripada kita melakukannya tanpa mengetahui fadhilat-fadhilatnya, atau mempelajari segala kelebihan di bulan Ramadan itu sendiri. Kita belajar apa yang mesti dan apa yang tidak boleh dilakukan dan kita melakukannya. Itu sahaja. Nokhtah.
Itulah yang aku juga lakukan. Pengetahuan berkenaan berbagai kelebihan dan fadhilat datang kemudian. Ia seperti tambahan nilai kepada produk yang memang telah sekian lama digunakan. Ia menambah pemahaman dan apresiasi kepada ibadat yang memang telah sering dilakukan setiap tahun.
Tetapi bila ada penceramah atau pendakwah yang mula bercerita tentang kebaikan puasa kepada perut kita secara khusus atau badan kita secara amnya, aku rasa hilang hormat kepada mereka. Mungkin ada hadis atau lain-lain sumber keagamaan yang mengatakan demikian tetapi mengapa perlu dihuraikan dengan panjang lebar hingga ia keluar konteks?
Apa kesan puasa kepada perut atau badan kita adalah satu bidang lain yang para penceramah atau pendakwah ini sudah pasti bukan ahlinya dan tidak layak bercakap mengenainya. Jika pun mereka telah membuat kajian ilmiah mengenainya, sumber petikan yang authoritatif hendaklah diberi supaya kupasan mereka tidak menjadi bahan ketawa orang ramai.
Jika benar apa yang mereka ceramahkan, kenapa mereka sendiri ramai yang nampaknya seperti terlebih berat badan? Dan kenapa pula terlalu ramai orang Melayu (= Islam) menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, yang kedua-duanya berpunca dari permakanan? Adakah isi ceramah mereka hanya satu hiburan alternatif masa kini?
Secara peribadi, apa yang perlu diketahui oleh orang kebanyakan (seperti aku ini) hanyalah fakta asasnya: Puasa di bulan Ramadan adalah satu rukun Islam dan mengerjakannya dengan sempurna adalah tanda ketaatan seseorang hamba terhadap Penciptanya. Ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keridhaanNya; bukan kerana ia merehatkan perut atau menyihatkan badan. Jika sebagai kesan sampingan dari berpuasa itu, perut aku rehat dan badan aku sihat, maka ia adalah satu anugerah bonus dariNya. Alhamdulillah!
Setelah mengatakan semua ini, aku mengharapkan kebiasaanku dalam bab melawat tandas akan pulih seperti sediakala. Ramadan aku bermula dengan cirit-birit yang ekstem, diikuti pula dengan sembelit yang menyiksakan dengan satu tempoh tanpa lawatan ke tandas di antaranya!
Perut aku berehat? Tidak, aku rasa ia bekerja lebih masa.