Seorang Lagi Ibu Tunggal...
07.30.04 (3:58 am) [edit]
Berjumpa dengan seorang rakan sekelas, Toy, kelmarin dan dia merungut-rungut kerana seseorang mencarut kepadanya melalui SMS. Risik-risik rupanya penghantar SMS tu adalah ex-husbandnya!
Ex-husband? OMG, seorang lagi menjadi ibu tunggal, :evil: ditinggalkan sudah hampir setahun dengan dua anak yang masih kecil dan terpaksa bertungkus lumus sendirian untuk menyara anak-anak kecil itu.
Kami menghadir kelas yang sama tahun lepas dan aku pernah melihatnya dalam keadaan tersangat murung dengan air mata bergenang. Nak tanya nanti dikatakan menyibuk, jadi aku anggap sebagai pergaduhan rumahtangga biasa sahaja. Toy pernah cakap yang suaminya (ketika itu) tidak memberi sokongan terhadap usahanya mengejar diploma sebagai pelajar sambilan. Aku fikir mungkin suaminya petani atau pemandu van kilang yang kurang memahami kepentingan pengajian tinggi.
Rupa-rupanya tidak. Suaminya seorang guru berijazah dan ketika itu sedang mengambil Masters. Ketika di universiti, dia menjalin hubungan dengan coursematenya -- isteri orang beranak empat! Selepas mendapat Masters, mereka dinaikkan pangkat dan bekerja di KL, bercerai dari pasangan masing-masing dan berkahwin. Khabarnya ini adalah perkahwinan ketiga bagi perempuan itu!
Jadi, tinggallah ex-husband si Toy ini di KL dengan isteri baru dan 4 orang anak tirinya. Si Toy pula tinggallah di kampung bersama dua orang anaknya tanpa sebarang saraan sejak tahun ini. Bila dia SMS tanya fasal saraan anak, dia dapat carut-marut dan seribu helah.
Hairan ya manusia sekarang ini, semakin banyak pelajaran semakin kurang pula pertimbangan akal mereka. Semoga Toy dan mereka yang senasib dapat menghadapi hidup mereka dengan sabar.

Tanpa Tajuk
07.29.04 (12:05 am) [edit]
Selepas aku pos puisi percubaan aku hari tu, seorang sahabat maya aku membalas komen dengan puisi juga. Aku membacanya berulang kali dan aku fikir ia adalah sebuah puisi spontan yang indah. Jadi aku nak kongsi puisi itu dengan pembaca semua terutamanya mereka yang tak baca dan tak tinggal komen. :-) Berikan komen korang, aku ingin tahu.
"[u]TANPA TAJUK[/u]
[i]oleh Tiffy Mustaffa[/i]
aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar disini
tersudut menunggu mati....
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
aku pulang
tanpa dendam
ku terima kekalahanku
aku pulang
tanpa dendam
ku salutkan kemenanganmu
kau ajarkan aku bahagia kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita
aku pulang
tanpa dendam
ku terima kekalahanmu
rebahkan tanggungmu
lepaskan perlahan
kau akan mengerti
semua
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat"
Teruskan berkarya, Tiff!

Ia Penting!
07.27.04 (6:09 pm) [edit]
Apa sahaja yang anda lakukan adalah penting. Kecil atau besar, ia penting. Dari sekecil-kecil seperti senyum kepada cashier di supermarket atau ucapan selamat kepada kerani tol di lebuhraya hingga kepada sesuatu yang besar seperti menolong seseorang atau memberi hadiah. Jangat ingat ia tidak penting.
Kamu tidak akan tahu bila sesuatu yg dilakukan dapat memberi semangat kepada seseorang untuk terus hidup atau mencapai sesuatu kecemerlangan. Seluruh alam ini hidup kerana sesuatu yang kecil, yang difikirkan tidak penting seperti sehelai daun yang gugur, berlaku di suatu tempat pada suatu ketika.

Mesej untuk Akak
07.26.04 (4:39 pm) [edit]
Aku terpaksa logout sekejap, nak pergi cari makan. Dan Akak tidak meninggalkan alamat contact untuk dihubungi semula dan chatterbox tu pun dah offline lagi. Jadi bila Akak senang cuba klik link "Comment" kat bawah ini. Sekarang ini belum ada lagi, nanti saya update. TK kerana mengunjungi blog ini.
8)
8)
Bangkai Binatang di Jalanan
07.24.04 (6:30 pm) [edit]
Kini terdapat satu ciri baru di dalam pemandangan indah di luar bandar. Penambahan baru ini tidak terdapat di dalam gambar-gambar poskad atau pun lukisan. Bayangkan senarionya: langit yang biru, awan berarak perlahan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, gunung ganang yang tegap diselaputi kabus, anak-anak kecil berenang di anak sungai dan, BANGKAI-BANGKAI BINATANG di jalanraya.
Kita sudah tidak menghormati kehidupan dan kematian. Binatang perosak yang dibunuh seperti biawak, ular, tikus dengan senangnya dicampak ke atas jalanraya bersama bangkai binatang domestik yang dilanggar kereta seperti ayam-itek, kucing dan anjing. Semuanya dibiarkan untuk digilis hancur oleh kenderaan yang lalu lalang dan akhirnya menjadi sebahagian dari turapan yang dibuat sebelum mengundi dulu.
Bangkai binatang seperti biawak dan kucing adalah cukup besar untuk menyebabkan kemalangan kepada pengguna motosikal. Kalau lembu kambing pun boleh diratakan oleh bas dan lori treler, aku rasa sudah tentu itu pun ditinggalkan ditengah jalan.
:evil: Kenapa aku merungut tak tentu pasal ni? Tentulah, aku nyaris terlanggar bangkai seekor biawak batik yang baru dibuang ke atas jalan tengahari tadi. Apasal diorang malas sangat -- sudah bunuh, tanamlah elok-elok.
:oops: Jam dia tak betul arr -- baru 6:37 ptg per

Siapa Jiran Kamu?
07.23.04 (8:29 pm) [edit]
Satu kampung menjadi gempar dengan berita seorang anak gadis, Nor Sofina Ramli, disembelih hidup-hidup oleh jirannya yang dikatakan tidak siuman! Kejadian itu berlaku di Perigi, Yan, Kedah. Kampung aku berada di dalam daerah yang sama dan jaraknya hanya lebih kurang setengah jam perjalanan jika memandu. Ibu aku yang berada di pekan Yan ketika itu pun lari balik ke rumah ketakutan.
Memang betul bukannya setiap hari jiran terdekat anda menerpa masuk ke rumah dengan pisau ala-Rambo terhunus ditangan dan mula mengukir anak perempuan anda sepotong demi sepotong, satu anggota demi satu anggota. Tetapi apa dah nak jadi dengan masyarakat kita apabila jiran tetangga perlu dilihat dengan syak dan wasangka. Apa nak jadi bila kita sudah tidak boleh mengharapkan orang sebelah?
Aku rasa lega kerana orang itu telah ditangkap oleh polis tetapi tidakkah kejadian yang menyayat hati ini boleh ditegah daripada awal lagi? Jika wayar penyembelih telah putus kenapa dia dibiarkan di kalangan masyarakat? Kita ada tempat untuk orang begini di Tampoi, Tanjung Rambutan dan sebagainya.
Sunguh aku tidak dapat membayangkan derita yang dilalui budak perempuan itu. Dia baru berumur 18 tahun sahaja -- banyak lagi yang perlu dipelajari dan dialami. Seluruh dunia ini terbentang di hadapannya tetapi kini dia telah pergi.
Salam takziah untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Dan [i]al-Fatihah[/i] untuk anak gadis yang tak berdosa itu.

Sebuah Puisi Bernama "Kata Mereka"
07.22.04 (11:00 pm) [edit]
Ini ialah puisi dengan tajuk yang sama dan yang digunakan sebagai tajuk blog aku ini. Asalnya ia ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk [i]They Said[/i] yang aku hantar ke [url=http://www.poetry.com]Poetry.com[/url]. Puisi itu kemudiannya aku alihbahasa ke BM untuk paparan di [url=http://melayu.com]Sembang Karya dan Puisi[/url], salah satu dari tempat-tempat lepak aku.
Ia ditulis ketika aku melalui fasa kemurungan berkala aku dan ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa baik hidup mau pun yang telah pergi. Nikmatilah ia!
[LINE]
[b]KATA MEREKA[/b]
[i]oleh krismann
pada 15hb Sep 2003 01.25:29 pagi[/i]
kata mereka
jika dirinya aku sayangi
lepaskanlah dia bebas pergi
lalu aku lepaskan dia seikhlas hati
tetapi mengapakah aku sedih sayu
ketika dia melangkah meninggalkanku?
kata mereka
jika aku lepaskan dia bebas pergi
akan datang kepadaku seorang pengganti
yang lebih baik dari yang telah pergi
lalu aku mencari dan menanti berganti hari
tetapi mengapakah aku masih meyendiri hingga kini?
kata mereka
jika kepadaku dia kembali
maka selamanya dia akan ku miliki
dan jika dia terus pergi
maka dia tidak layak kusayangi
lalu mengapakah tanpanya aku sunyi sepi?
lalu mengapakah padanya tersangat kurindui?
apa yang tidak dikata mereka
ialah ketika dia melangkah pergi
dibawanya bersama sebahagian dari diri
lalu bagaimakah aku harus meneruskan hidup ini
tanpa dia bersamaku di sisi?
apakah yang mereka tahu
tentang kekosongan hati ini
yang sentiasa menanti
yang sentiasa sepi
yang sentiasa merindui
yang sentiasa bertanya tanpa henti
mengapakah aku lepaskan dia pergi.

Salaams!
07.22.04 (9:11 pm) [edit]
Aku sebenarnya nak mulakan blog Bahasa dah lama dah tetapi terkial-kial nak cari tajuk yang sesuai. Blog ini juga adalah sebagai respons kepada Rina Kay yang bertanya kenapa tak blog dalam BM -- jadi ini dia Rina a.k.a. BLK. Saya mendengar apa yang Auntie (Auntie?) keluhkan. Harap Auntie gembira dengan kelahiran blog ini. Bukannya apa, blog BI tu untuk saya mengasah skill yang dah berkarat jer...
Jadi akhirnya, aku memilih "Kata Mereka" sebagai tajuk sempena sebuah sajak yang pernah aku suka-suka tulis. WBP kandungan blog ini akan terdiri lebih daripada "kata aku" daripada "kata mereka" -- boleh? Nama pilihan yang memula tu klisye sangat bunyinya, Tiff -- macam orang frust jer, tak ngam rasanya.
Selamat membaca.