kata mereka ...

Aku Rindu

Dah berminggu aku berjauhan dengan Tiff. Sejak cuti Hari Raya Cina hari tu. Aku tak dapat pulang bersama kerana tuntutan kerja dan keluarga di sini. Rindunya aku. Sungguh-sungguh rindu. Macam berbulan-bulan rasanya.

Jadi tengah layan blues ler ni sambil mengharap agar matahari akan berlalu dengan lebih pantas. Dan aku ulang-ulang dengar lagu ini:



Ooops! Jika paparan YouTube berkenaan tidak ada di skrin anda, ini bermakna pihak pengendali tak benarkan pauntan ke luar ler tu. Macam ni jer lah, salin URL ini:

http://www.youtube.com/watch?v=RTGRtajINTY" title="http://www.youtube.com/watch?v=RTGRtajINTY" target="_blank"http://www.youtube.com/watch?...

dan tampalkan ke address bar anda di atas.
Jika anda melihat 3 barisan kod di paparan anda (boring-lah tBlog ni) gunakan barisan teratas sekali sahaja.

3 Comments

Dalam Kurungan

Aku melewati papan tanda ini empat lima kali sehari. Kalau anda nak tahu, di sinilah tempatnya mereka mengurung ibu-ibu yang baru bersalin bersama bayi-bayi mereka. Apa salah mereka sehingga mereka dikurung, kenalah bertanya pada Madam Beh yang menyewa ruang iklan ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tentu ada undang-undang yang mencegah orang-orang ini daripada menahan ibu-ibu dan anak-anak kecil yang tak berdaya tanpa kerelaan mereka. Mungkin orang yang mengiklankan khidmat mengurung ini patut dimasukkan ke dalam karung.

2 Comments

Makan Bersama Bos

Kata Seorang Member, dia bertemu seorang kawan lama baru-baru ini ketika makan tengahari di sebuah restoran. Kawan lamanya itu bersama seorang wanita yang diperkenalkan sebagai akauntan di syarikatnya. Mengikut perhatiannya, hubungan mereka tu amat mesra. Mereka duduk rapat-rapat di meja makan. Dan mereka berkongsi minuman dari gelas yang sama! Nampaknya dia seorang boss yang baik hati kerana tidak membeza-bezakan antara kakitangan. Akauntannya pun seorang jurukira yang cekap serta pandai berjimat-cermat menjaga perbelanjaan syarikat. Cuma ada satu masalah: isteri masing-masing saling mengenali!

0 Comments

Lama Sudah Tidak ke Ladang...

Apa dah jadi dengan blog ini? Tidak ada apa-apa, hanya aku sibuk sedikit hingga tak sempat memblog di sini.

Minggu lepas aku dan beberapa ahli keluarga membuat perjalanan ke selatan. Bukan untuk melancong atau urusan kerja tetapi untuk apa yang aku sifatkan sebagai satu perjalanan untuk meyenangkan hati orang tua-tua dan satu percubaan untuk mematuhi adat bangsa.

Ia bukan satu perjalanan yang licin; persiapan dibuat pada saat-saat akhir dan ada kalanya keputusan terpaksa dibuat on the fly -- secara spontan. Aku bukan seorang yang superstitious tetapi pejunjuknya tidak berapa menyenangkan hati.

Mulanya, kereta Fauzi buat hal apabila suhunya tiba-tiba naik di pertengahan jalan. Masalah kecil; ia dibaiki dengan segera di lebuhraya. Kemudian kami sesat jalan walaupun aku telah menyediakan peta memandu yang lengkap. No problem, seh! Ia hanya sebuah pulau; paling teruk kita akan hanya berpusing-pusing hingga kehabisan minyak. Ketika berusaha menenangkan ahli-ahli rombongan, dahi aku terhantuk bucu pintu kereta. Lukanya sedikit sahaja tetapi darah mengalir hingga membasahi keningku. Kata orang: No gain without pain!

Superstitious? No!

Satu siri petunjuk yang tidak baik? Mengarutlah! 

Lalu, adakah perjalanan itu beroleh kejayaan yang diharapkan? Ummm... tidak sepenuhnya. Ada sedikit kemajuan tetapi ia masih tidak lengkap.

3 Comments

Maulid ur-Rasul

Aku bekerja seperti biasa walau pun hari ialah hari kelepasan am sempena Maulid. Dan aku menerima SMS berikut:

Tiada hrpn slain Allah, tiada idola slain Rasulullah, tiada kata seindah Quran, tiada jln selurus asSunnah, tiada pjuangan slain Islam. SLM MAULIDURRASUL 12 R'AWAL 1427

Sungguh indah kata-kata itu. Hari ini ialah ulangtahun kelahiran Utusan Tuhan yang dihantar sebagai Rahmat Kepada Sekelian Alam. Hari ini ialah hari untuk kontemplasi tentang diri kita dan hubungan kita dengan Utusan mulia ini.

Tokoh idola ini telah meninggalkan Sunnahnya kepada kita. Adakah kita telah berusaha mengikutinya setepat mungkin? Atau kita mencuba pun tidak?

0 Comments

Soalan Bocor

Bulan Februari lepas aku menerima email dari adik aku yang diakhiri dengan soalan ini:

Lagi sekali last… paragraph ni yg paling syok.. AWAT HANG MENIKAH TAK BAGI TAU… aku satu2 nya adik hang di dunia ni… la ni hang nak buat macam mana? Nak aku nak habaq kat mak ka? Kalau hang bagi tau aku pu boleh atoq menikah di SP… anyway selamat pengantin baru…

Memang benar dia adalah satu-satunya adik aku seibu-sebapa dan memang benar aku telah menikah dengan Tiffany pada 20hb November tahun lepas. Tidak ramai yang tahu kerana kami belum memaklumkan kepada sesiapa kecuali sahabat-handai yang rapat sahaja. Dan baru-baru ini aku memberitahu anak-anak sulong dan kedua aku, kalau-kalau berlaku sesuatu kepada salah seorang dari kami berdua. Kemudian Tiff pula memberitahu kedua-dua orang anaknya.

Hari ini (Jumaat, 7hb April) berita ini akhirnya disampaikan kepada emak aku oleh adik aku. Aku sendiri belum sempat berjumpa dan berbual dengannya tentang hal ini. Dari apa yang dikirim oleh adik aku melalui sms, aku difahamkan yang dia menerima berita ini dengan tenang dan gembira. Bahkan dengar khabarnya, dia telah pun merancang-rancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran.

Aku menjangka tidak lama selepas ini seluruh kaum kerabat akan mendapat tahu berita ini. Tentunya mereka gembira dengan perkembangan ini. Aku merasa seperti suatu bebanan yang amat berat telah dilepaskan dari bahu aku. Entahlah, semoga Tiff juga dapat berkongsi rasa kelegaan yang melanda perasaan aku sekarang ini.

Cuma, persoalan yang mungkin akan bermain di fikiran mereka adalah: Mengapa Tiff dan aku perlu merahsiakan sekian lama sesuatu yang baik seperti pernikahan ini?

4 Comments

Tahniah, Dana!



Tahniah kepada Durdana Syahera kerana mendapat 8 A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

dari Abah dan Ummi.

0 Comments

Masalah Dunia

Silap makan. Perut sakit sejak semalam. Apa satu kerja pun aku tak buat, asyik menung dan baring-baring jer. Nak makan apa pun tak selera dan takut kalau-kalau bertambah perit sakitnya.

Selalunya tak ler berapa kisah sangat. Aku boleh lalui hari-hari begini tanpa peduli rasa sakit dan ketidak-selesaannya. Dan penyakitnya akan pergi begitu sahaja di penghujung hari kerana tidak dilayan.

Tapi sejak kebelakangan ini lain pulak. Nak manja-manja dengan orang tua, aku sendiri pun dah tua. Nak kerah anak-anak, semuanya jauh-jauh. Nak dilayan lebih-lebih, melintas depan sepital pun aku takut.

Jadi, aku berkurung dalam pejabat jer. Aku murung dalam pejabat jer. Sekali-sekala aku pergi fikirkan masalah dunia di dalam bilik termenung. Banyak kali dah fikir pun tak selesai juga.

Aku rindukan dia, agaknya.

0 Comments

Kampung Pun Sudah Tidak Selamat

Ketika kita mula meyakini yang kehidupan di kampung itu selamat dari di bandar, perkara-perkara yang tak elok berlaku.

Beberapa bulan yang lepas, seorang penagih yang selalu dijumpai meronda kampung di waktu malam telah ditangkap kerana cuba memperkosa seorang nenek yang sedang berjalan ke masjid untuk solat Subuh. Nasib baik sebuah van kilang lalu di situ ketika itu; dia dihalang dan kemudiannya diambil polis.

Aku kagum dengan semangat niaga seorang anak muda kerana berjaya membuka kedai roti canai yang laris jualannya. Bila dia membeli sebuah kereta BMW terpakai, aku bertambah kagum. Sekarang dia telah menghilangkan diri -- dengar-dengar pihak berwajib amat berminat untuk bercakap dengannya berkenaan pengedaran pil-pil khayal di kalangan remaja kampung.

Beberapa minggu yang lepas ketika minum malam di warung Paktam, aku ternampak beberapa kereta luar menyerbu sebuah kedai yang masih di dalam pembinaan. Seorang pengedar muda bersama beberapa pelanggannya dimasukkan ke dalam van dan hilang di dalam kegelapan malam. Bisik-bisik orang kampung mengatakan yang datang itu semuanya dari Bukit Aman.

Belum pun sempat menghela nafas kelegaan kerana jebon-jebon itu semuanya bercuti panjang, terjadi pula hal di antara jiran-jiran belakang rumah di hujung kampung. Anak bujang orang sebelah dikatakan telah cuba merogol cucu orang belakang yang baru berumur 5 tahun. Budak kecil itu datang dari KL bersama ibunya yang balik bersalin anak kedua.

Ia selamat kerana neneknya datang mencari untuk dimandikan kerana hari sudah petang. Kalau tidak, entahlah apa yang terjadi padanya. Na'uzu bil-Lahi! Nenek dan datuknya segera datang dari Pahang membawa balik cucu mereka bila diberitahu. Sekarang ia menjadi kes polis dan sedang menunggu hari perbicaraan.

Aku mula memikirkan yang di bandar tempat aku bekerja mungkin lebih selamat. Tapi baru-baru ini, seorang perempuan muda keturunan Cina-Siam yang keluar berjogging dijumpai mati dibunuh dan dirogol. Beritanya keluar di akhbar-akhbar.

Mana kita nak pergi?

3 Comments

Dah Lama Dah!

Aku rasa macam orang tua hari ini. Apa kerja aku buat rasa macam slow mlow saja. Dan aku baru tahu yang di anggota badan kita ini rupanya ada sendi-sendi. Nak gerak-gerak macam jam sikit.

Kelmarin ok jer, semuanya berjalan lancar.

Merenung kembali, banyak sekali perkara yang berlaku padaku setahun yang lepas dan semuanya meninggalkan kesan yang mendalam. Banyak acara yang merobah hidup aku lalui dan ia adalah setahun yang sangat-sangat sungguh-sungguh aku sanjungi.

Dan hari ini, aku berumur genap 51 tahun. Dah lama dah; bak sini minyak urut tu!

1 Comments

Ceramah Perdana

Aku kena leter hari ni. Ada orang berleter kat aku. Pot pet pot pet pot pet pot pet pot! Habis cair taik telinga aku dibuatnya. Padan muka aku!

Tapi aku senyum sengih macam kerang basi sepanjang ceramah perdana tu. To be fair, apa yang dileterkan tu adalah dalam 80% betul. Syok pula aku dengar leterannya tu sebab dah lama tak kena cam tu.

0 Comments

Laut Yang Semakin Bergelora

Aku melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Ia mencemaskan dan menyeronokkan pada masa yang sama. Ia perlu dilakukan kerana masanya telah tiba untuk dilakukan.

Semoga tenanglah laut yang bergelora. Semoga ribut taufan kembali sepoi-sepoi bahasa. Semoga damailah keluh-kesah dan rindu dendam di dada. Semoga tenteram tangis hiba di jiwa.

Tetapi ia tidak terjadi seperti yang disangka, tidak terlaksana sepeprti yang direncana. Sebaliknya, lautan itu semakin bergelora, tiupan bayu itu semakin menggila. Segala keluh-kesah dan rindu dendam kembali membara.

Dan aku tidak tahan ini semua.

1 Comments

Sebuah Racauan.

Aku konfius. Keseluruhan minggu ini dipenuhi dengan keriuhan perasaan, kata-kata, kemarahan, kesalan, kesilapan, tanggungjawab dan kasih sayang. Ia datang bertalu-talu dan meninggalkan aku letih lesu dan bingung. Itulah kehidupan. Alangkah baiknya jika kehidupan ini mempunyai skrip yang boleh kita kunyah dan telan sedikit demi sedikit.

Mungkin juga umur yang telah banyak ini tidak pernah mematangkan aku atau daya kreativiti aku telah banyak terhakis hingga aku tidak lagi mampu mengambil sedikit di sana, sedikit di sini, sejemput dari masa lampau dan secebis dari masa kini dan secubit dari masa depan dan menghasilkan satu karya indah dari segala perca-perca itu.

Aku letih, aku bingung. Mungkin hanya aku yang meracau.

2 Comments

Selamat Hari Raya

Malas

Aduh. Malasnya nak memblog dalam bulan puasa ini. Jika anda ke mari untuk membaca sesuatu yang baru, minta maaf ya. Tunggu lepas Raya jer lah.

0 Comments

Ramadan Mubarak

Kepada semua pelawat dan pemilik blog yang disenaraikan di sebelah, saya ucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak! Semoga Ramadan tahun ini membawa banyak rahmat dan keberkatan kepada anda semua.

0 Comments

Gadis Zaman Sekarang

Aku berpeluang menyaksikan sesuatu yang menggelikan hati hari ini ketika memandu pulang pada pukul 7:00 pagi. Aku suka apa yang aku rasa apabila pulang pada waktu begini kerana aku melakukan sesuatu yang bertentangan: orang dewasa berpusu pergi kerja, anak-anak telah siap berada di sekolah kecuali beberapa orang yang terkejar-kejar kerana lewat dan aku menghala ke rumah untuk rehat sekejap hingga tengahari.

Hari ini lain sikit. Aku melihat di cermin pandang belakang ada dua penunggang motosikal mengekori aku semasa berada di Seri Tanjung. Seorang lelaki muda yang mungkin juga baru selesai syif malam dan seorang lagi perempuan muda yang aku nampak membeli surat khabar di simpang Bunga Raya tadi. Pandangan biasa tetapi aku perasan yang dia tersenyum nakal dan aku memerhati lagi di cermin pandang belakang. Dia siap bermekap dan cuma memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut tetapi tidak bertopi keledar. Sementara lelaki itu berpakaian lengkap, siap dengan jaket dan helmet, mukanya serius dan nampaknya seperti tergesa-gesa cuba memotong aku.

Lelaki itu berjaya memotong aku di Taman Orkid, dan perempuan itu mengejarnya di belakang dengan laju. Dia sentiasa berada rapat di belakang lelaki itu, kadang-kadang di kiri, kadang-kadang di kanan, dengan tayar hadapannya selaras dengan tayar belakang lelaki itu. Dia tidak memotong walau pun berpeluang ketika di jalan Taman Mawar yang lapang. Aku yang mengekori mereka di belakang tersenyum menyaksikan kelucuan acara mengorat atas motor ini.

Aku amat pasti tentang itu. Budak perempuan itu terang-terang mengorat lelaki tadi dengan acah-acah berlumba dengannya. Aku tidak berapa bimbang keselamatannya kerana aku perhatikan dia berani dan cekap mengedalikan motornya. Dan yang paling melucukan ialah si mamat syif malam itu yang nampaknya kurang senang dengan asakan berani budak perempuan itu, dan dia cuba memecut lari darinya. Orangnya boleh tahan juga rupanya, mungkin sudah bertunang atau berkahwin.

Akhirnya dia dapat menghela nafas lega di Sungai Layar Dalam kerana budak perempuan yang masih tersenyum itu membrek dan membelok masuk ke jalan minitar di hadapan perumahan angkatan tentera. Kedua-dua mereka tentu ada moodal untuk buka cerita dengan kawan-kawan mereka hari ini. Dan aku ada modal untuk memblog.

Hmmm... bebudak pompuan sekarang!

9 Comments

Shaaban Datang

Aku pasang kalendar Hijriah kat situ untuk senang tengok tarikh kita yang bersamaan dengan kalendar Gregorian yang kita selalu pakai. Dan aku baru sedar bahawa kita dah sampai ke bulan Shaaban. Sudah hampir seminggu pun.

Tak sampai sebulan lagi datang pula Ramadan, dan lepas tu Raya. Ini sudah kalut nampaknya. Aku perlu lakukan sesuatu. Semua rancangan aku masih tercicir dari datelinenya. Kalut. Kalut.

0 Comments

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-48 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Image hosted by Photobucket.com

1 Comments

Bimbang dan Ragu

Mengapa seluruh kehidupan kita sekarang penuh dengan rasa bimbang dan ragu? Kita sebenarnya tahu yang kita tidak perlu bimbang terhadap sesuatu perkara tetapi kita masih juga mengalaminya. Kebimbangan itu kadang-kadang memuncak hingga melumpuhkan segala pengharapan kita. Apakah kita tidak lagi yakin dengan janji Tuhan yang Dia akan mengubah nasib orang yang mahu berubah? Adakah kita lupa yang Dia akan membantu 10 kali ganda atas usaha kita?

Ketika kita membesar dan mula belajar bertateh, kita tidak pernah bimbang yang kita akan terjatuh, kita tidak pernah ragu yang ibu atau ayah kita tidak akan menyambut kita. Lalu kita bertateh dengan berani, bangun semula jika terjatuh untuk sampai ke dalam pelukan ibu atau ayah yang menanti sambil memberi semangat. Dan akhirnya kita berjaya berjalan sendiri dan lama-kelamaan berlari ke sana sini macam peluru.

Dengan sikap yang sama, kita mepelajari berbagai kemahiran -- panjat pokok, mandi sungai, naik basikal dan lain-lain -- tanpa bimbang atau takut. Kita tidak pernah ragu kepada kebolehan kita. Sehinggalah ada orang memberitahu kita akan akibat buruk yang mungkin diterima dari perbuatan itu. Sehinggalah orang menakut-nakutkan kita. Keraguan yang ditanam oleh orang lain atau yang lahir dari satu dua kegagalan mula mempengaruhi keyakinan diri kita.

Semakin kita dewasa semakin banyak pengalaman yang kita lalui dan setiap satu menyumbang kepada kebimbangan atau keyakinan diri dan mengatur bagaimana kita berfikir dan bertindak dalam kehidupan seharian. Ia membentuk personaliti kita dan menentukan siapa aku, kamu, dia dan mereka, samada dalam aspek negatif atau pun positif.

Apabila itu berlaku, kembalilah bertateh dan bangun semula setiap kali kamu terjatuh. Lakukanlah dengan kepercayaan jika kamu tidak belajar bertateh, kamu tidak akan berjalan dan berlari selamanya. Bertatehlah dengan keyakinan bahawa ada orang yang sedang menunggu di hadapanmu, memberi semangat dan menghulur tangan untuk meyambut serta memelukmu apabila kamu sampai di sana. Just do your 10% and leave the rest to Him.

1 Comments

Lost and Found

Terkezoot gembira aku menerima sapaan dari Jacque di kekotak chatterbox. Aku hanya mengenalinya di alam siber, dan aku mula risau apabila melihat blog isterinya, Eva, menjadi sepi sejak posting terakhir pada 23 Januari 2005. Aku benar-benar harap yang mereka berdua o.k. dan sentiasa berada di dalam perlindungan Tuhan. Jika kamu berdua membaca ini, semoga dapat menghantar sedikit berita.

Dan dalam rayauan aku ke alam siber, aku menjumpai sebuah negeri yang indah. Jika anda gemarkan susunan kata berseni dan mungkin juga sedikit jiwang (tidakkah kita semua?), maka anda perlu singgah ke sana. Tempat ini bernama NEGERI SENJA dan ia diperintah oleh seorang puteri bernama Atta. Terima kasih kepada Funny Accent yang mengesyorkannya pada aku.

1 Comments

Berhentilah Seketika

Pejamkan mata dan tarik nafas panjang-panjang. Itu yang dunia sekarang perlukan. Mungkin dengan itu ia akan lebih aman. Kita kerap menjadi tidak sabar dan terlalu terkejar-kejar untuk mencapai sesuatu dan dalam prosesnya, merombak peraturan alam sedia ada. Kita melakukan kerosakan dan kita menyakiti sesama sendiri.

Kita tidak lagi melakukan kontemplasi -- menyelami hati sendiri, hati mereka yang hampir dengan diri kita dan kita putus hubungan dengan alam di sekeliling kita yang dijadikanNya untuk kita. Kita hanya mahukan apa yang kita mahukan. Kita fikir itulah cara terbaik untuk kita berbakti, kita beramal baik.

Apabila didatangi masalah, apabila perlu membuat keputusan besar, ketika marah, apabila dilanda resah atau kecewa, perlahankan langkahmu. Berhentilah seketika. Pejamkan matamu dan tarik nafasmu panjang-panjang. Ketika melepaskan nafasmu keluar perlahan-lahan, bukalah mata hatimu dan perhatikanlah alam di sekelilingmu, pandanglah hati-hati mereka yang rapat dan lihatlah ke dalam dirimu sedalam-dalamnya.

Di sana ada jawapannya. Di sana ada penyelesaiannya. Di sana ada kasih sayang. Di sana ada kebahagiaan. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah memejamkan matamu dan menghela nafas panjang dan dalam.

2 Comments

Razanne, Pengganti Barbie

Aku baru dapat tahu. Kini kanak-kanak Islam sudah pun mempunyai anak patung alternatif yang bernama Razanne. Patung mainan ini direka oleh Noor Saadeh, seorang bekas pemuzik professional di New York.



Razanne didatangkan di dalam tiga warna kulit -- putih, kekuningan dan gelap -- dan dua warna rambut -- hitam dan perang. Ia dijual oleh Noorart yang menjual berbagai alat mainan dan pendidikan khusus untuk kanak-kanak Islam.


Lihatlah Razanne siap dengan telekung, bersedia untuk solat. Aku kagum dengan kesungguhan seorang perempuan yang hanya baru memeluk agama Islam.

0 Comments

Mandi Tak Basah...

Aku menukar jadual hidup hari ini, nampaknya tak berapa menjadi. Selama ini aku di pejabat sampai awal pagi, sarapan bersama dengan pekerja-pekerja pasar dan pulang ke rumah tidur sampai tengahari sebelum kembali ke ofis semula. Itulah rutinnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Tetapi semalam, aku terpaksa tukar jadualnya. Atas permohonan ibu yang uzur sedikit. Apa yang dipersetujui ialah aku akan cuba balik ke rumah sebelum tengah malam. Semalam adalah satu percubaan yang gagal.

Aku terbaring di atas katil, terkebil-kebil sampai pagi. Tak boleh pejam, tak dapat tidur. Teringat orang jauh. Rindu yang teramat sangat.

Sebab aku tak ada apa kerja, aku hantar SMS demi SMS kepada orang jauh yang sedang tidur sampai hampir habis kredit aku. Tiada balasan pada mulanya tetapi lepas itu ada satu dua balasan orang mengantuk.

Hampir pukul tiga pagi, dia terbangun dan dia call. Kami bercakap sepatah dua dan aku terlena; telefon bimbit masih terlekat di telinga. Aku tertidur sampai tengahari baru bangun.

So, the point is: I don't know what the point is!

3 Comments

Perisian Percuma

Aku dapat berita ini dari seorang kawan dan aku ingin berkongsi dengan semua yang suka singgah ke blog aku ini. Ia adalah sebuah perisian yang dapat membaca ayat-ayat al-Quran dan Azan pada waktu-waktu yang boleh disetkan. Bukan itu sahaja, siap ada ceramah agama lagi!

Jadi, sesiapa yang berminat, sila klik banner kat sebelah ------- kanan tu. Ia PERCUMA tau! Pergilah muat turun sekarang :)

Banner yang dibawahnya ialah untuk membuat carian dari mana-mana Hadith dan juga dari al-Quran menggunakan kata -kata kunci. Canggih! Kalau anda mempunyai website sendiri, enjin carian boleh diletakkan ke dalam laman web sendiri (source code-nya disediakan).

0 Comments